Label Nombor Di Botol Susu Sebelum Hantar Pengasuh Susu Mudah Dipanaskan Tak Rosak
Sebelum kembali bekerja selepas bersalin ibu-ibu akan mula sibuk untuk buat stok susu anak untuk ditinggalkan pada pengasuh atau pihak taska.
Bagi ibu yang ada rezeki susu banyak, nak buat stok tiada masalah. Kadang tu dah penuh bahagian sejuk beku sebelum masuk kerja.
Cuma yang jadi masalahnya ramai ibu terutama yang mungkin baru dapat anak pertama belum mahir nak mengendalikan stok susu EBM untuk dihantar ke pengasuh. Perkongsian dari Puan Afiqqah Sani ini sangat mudah dan boleh membantu.
Persediaan Penyediaan EBM ke Rumah Pengasuh
Cara ini adalah rutin harian saya, ibu-ibu boleh gunakan sebagai rujukan sekiranya bersesuaian
Pengasuh adalah insan yang menggantikan peranan ibu bapa menjaga anak-anak ketika kita keluar bekerja, oleh itu amatlah baik sekiranya kita memudahkan urusan beliau untuk menjaga anak kita
Mudahkan urusan orang lain, InshaAllah urusan kita juga dimudahkan
1) Cairkan Ebm malam sebelumnya
Sekiranya anda menggunakan Frozen Ebm, boleh lah keluar kan Ebm tu malam sebelumnya, contoh pukul 10 malam, keluar kan dari Frozen ke chiller untuk dicairkan
Sekiranya belum cair sepenuhnya, rendam dalam air paip atau letakkan di bawah aliran air mengalir
2) Sukat susu siap-siap
Sukat susu mengikut feeding anak dan masukkan dalam botol feeding
Saya berikan bekalan anak 2oz× 7 botol, alhamdulillah mencukupi, kebiasaannya hanya menggunakan 5/6 botol sahaja
3) Sediakan botol dengan saiz dan puting yang bersesuaian
Saya menggunakan botol feeding 2 Oz dengan cap, slim neck, setiap botol ada puting sendiri
Kebiasaannya botol feeding 2 Oz beserta cap banyak yang slim neck, wide neck biasa untuk storage, dan tiada cap
Jika tak dapat sediakan setiap botol dengan puting, pilih botol feeding dengan saiz kepala yang sama, agar pengasuh boleh tukarkan kepala sahaja
4) Nomborkan botol mengikut aturan
Ini memudahkan pengasuh untuk memberikan bayi susu mengikut aturan
Kenapa kena nombor? Sebab susu untuk bekalan anak ada yang fresh, ada yang chill, ada yang Frozen
Jika menggunakan susu fresh dan chill sahaja, tiada masalah, kerana lebihan botol boleh disimpan dalam chiller semula untuk kegunaan esoknya
Jika menggunakan susu Frozen, tidak boleh disimpan semula dalam chiller
Susu Frozen hendaklah dihabiskan dalam tempoh 24 jam
Jadi nombor itu untuk memastikan anak anda minum susu yang masih dalam aturan masa yang dianjurkan
5) Letakkan botol feeding di dalam cooler bag atau cooler box dengan bilangan ice brick atau ice pack yang mencukupi
Jadi kita tidak perlu menggunakan peti ais di rumah pengasuh
Pengasuh tinggal untuk suamkan sahaja dan gunakan bekalan mengikut aturan nombor tersedia
Cara penomboran botol bekalan anak
Contoh, jika anda menyediakan 7 botol, anak ditinggalkan di pengasuh dari pukul 7.30 pagi hingga 6.30 petang
Botol 1 Fresh
Botol 2 Frozen
Botol 3 Frozen
Botol 4 Frozen
Botol 5 Chill
Botol 6 Chill
Botol 7 Fresh
Sekiranya susu di botol 5,6,7 tidak habis, maka boleh digunakan semula, kerana susu itu adalah susu fresh (baru diperah) atau susu chill , yang mana bertahan 3-5 hari
Jika susu di botol 5,6,7 susu Frozen, perlu habis kan dalam tempoh 24 jam, bayang kan susu itu telah dicairkan pukul 10 malam sebelumnya, jadi perlu dihabiskan sebelum pukul 10 malam hari berikutnya
Penomboran di atas hanya sekadar rujukan, ibu-ibu boleh bekalkan anak mengikut kesesuaian dan keselesaan, nak yang awal frozen pun boleh, nak bagi semua chill pun boleh, cuma 1/2 botol terakhir elakkan frozen bagi mengelakkan dari pembaziran susu.
Ada anak yang demand tidak terlalu tinggi, jadi agak sayang dan membazir susu itu jika tidak digunakan sehingga habis
Ada anak yang sekiranya ibu telah ada, maka hanya mahu direct feeding, tidak mahu lagi minum susu menggunakan botol, jadi penomboran itu penting supaya dapat mengelakkan pembaziran
Sumber: Afiqqah Sani
The post Label Nombor Di Botol Susu Sebelum Hantar Pengasuh. Susu Mudah Dipanaskan, Tak Rosak appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/label-nombor-di-botol-susu-sebelum-hantar-pengasuh-susu-mudah-dipanaskan-tak-rosak/