Kwsp Tidak Patut Dilihat Penyelesaian Sesuatu Cabaran Tengku Zafrul


Oleh Afiq Mohd. Shah  SEMUA pihak tidak sewajarnya melihat simpanan persaraan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai satu-satunya penyelesaian kepada sesuatu cabaran, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam satu video dimuat naik ke akaun Facebook beliau, Tengku Zafrul berkata, tujuan penubuhan KWSP tidak lain hanya sebagai persediaan kepada hari tua rakyat apatah lagi Malaysia bakal mencapai negara tua menjelang tahun 2030.
Menurut beliau, tiga program pengeluaran simpanan KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra diperkenalkan kerajaan sebelum ini hanyalah sebagai langkah jangka masa pendek serta bersifat sementara akibat pandemik.
Secara keseluruhan, beliau berkata, banyak bantuan telah dihulurkan kerajaan bagi membantu rakyat, tidak kira sama ada akibat bencana mahu pun COVID-19.
Tengku Zafrul menegaskan, desakan menuntut pengeluaran tambahan simpanan KWSP dilihat sebagai modal politik mudah.
Bagaimanapun, kata beliau, tuntutan tersebut tidak dibuat dengan sikap bertanggungjawab dan dilakukan secara melulu tanpa analisis serta perkiraan rapi.
“Setakat hari ini, melalui i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, setiap ahli KWSP telah dibenarkan untuk mengeluarkan sehingga RM71,000, jumlah yang bukan sedikit.
“Kalau kita terus benarkan pengeluaran, apa akan jadi kepada simpanan hari tua mereka.
“Kita tidak boleh membenarkan pengeluaran simpanan KWSP untuk semua bencana. Hampir setiap tahun negara dilanda banjir, mungkin akan ada bencana lain seperti tanah runtuh, kebakaran dan sebagainya.
“Kalau untuk setiap bencana ini kita nak keluarkan simpanan KWSP, sampai bila-bila pun simpanan hari tua ini tidak tercapai matlamatnya,” katanya menerusi rakaman video itu hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, ketiga-tiga program pengeluaran simpanan KWSP sebelum ini telah membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM101 bilion.
Katanya, desakan daripada beberapa pihak untuk mengadakan pengeluaran tambahan itu juga akan menjejaskan lagi isu kekurangan simpanan persaraan yang kini telah pun berada pada tahap amat membimbangkan.
Sebagai contoh, Tengku Zafrul memberitahu, median simpanan ahli B40 adalah sebanyak RM1,000 dengan jika jumlah itu kekal hingga hari persaraan, seseorang individu itu hanya mempunyai RM4 sebulan untuk tempoh 20 tahun.
Bagi ahli M40 pula, kata Tengku Zafrul, jumlah tersebut adalah RM25,000 dengan mereka hanya mempunyai RM104 sebulan semasa hari persaraan bagi tempoh sama.
“Hakikatnya hampir 50 peratus atau lebih kurang enam juta pencarum mempunyai baki caruman kurang daripada RM10,000.
“Pendek kata, golongan ini tidak akan mendapat faedah pun jika pengeluaran tambahan i-Citra ini dibenarkan, malah 74 peratus daripada golongan ini adalah bumiputera.
“Lebih membimbangkan lagi 79 peratus daripada golongan mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000 juga adalah bumiputera.
“Percayalah dalam menggubal dasar, kerajaan perlu bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan bukan sahaja untuk jangka pendek tetapi juga kesejahteraan jangka panjang rakyat,” jelas beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/kwsp-tidak-patut-dilihat-penyelesaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Lagi Pengeluaran Kwsp Tengku Zafrul

Tiada Lagi Pengeluaran Kwsp Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 233 hits
Tiada lagi pengeluaran KWSP Tengku Zafrul Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bertegas menolak pengeluaran tambahan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan berkata ia hanya akan membebankan generasi akan datang yang perlu menja...
Hampir 20 Syarikat Setuju Sertai Inisiatif Baucar Diskaun Kata Tengku Zafrul

Hampir 20 Syarikat Setuju Sertai Inisiatif Baucar Diskaun Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 272 hits
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pengurangan kos pembaikan bakal dinikmati secara potongan terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan peng...
Tengku Zafrul Harus Tanding Pru15 Baru Boleh Tahu Dirinya Pejuang Atau Penghasut Rakyat

Tengku Zafrul Harus Tanding Pru15 Baru Boleh Tahu Dirinya Pejuang Atau Penghasut Rakyat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 296 hits
Selain kerajaan Perikatan Nasional atau PN adalah kerajaan pintu belakang kerana beroleh kuasa tanpa menang pilihanraya Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mula diperkenalkan ketika itu sebagai Menteri Kewangan juga adalah menteri pintu be...
Ini Menteri Dari Mana Boleh Meninggal Malaysia Dibuatnya Puad Selar Zafrul Berhubung Pengeluaran Kwsp

Ini Menteri Dari Mana Boleh Meninggal Malaysia Dibuatnya Puad Selar Zafrul Berhubung Pengeluaran Kwsp

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 270 hits
Puad Zarkashi berkata tindakan engku Zafrul Aziz yang memekakkan telinga terhadap rintihan rakyat berhubung pengeluaran KWSP itu akan memberi padah kepada negara PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi menyelar Menteri ...
Baru Je Najib Minta Tolong Tengku Zafrul Baca Komen2 Rakyat Sekali Pm Keluar Kenyataan Berikut

Baru Je Najib Minta Tolong Tengku Zafrul Baca Komen2 Rakyat Sekali Pm Keluar Kenyataan Berikut

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 495 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak meminta Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz membaca komen komen rakyat yang menggesa pengeluaran i Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam Facebooknya sendiri
Keluarkan Simpanan Kwsp Setiap Kali Bencana Bukan Jalan Penyelesaian Yang Baik Untuk Mangsa Banjir Prof

Keluarkan Simpanan Kwsp Setiap Kali Bencana Bukan Jalan Penyelesaian Yang Baik Untuk Mangsa Banjir Prof

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 235 hits
Keluarkan simpanan KWSP setiap kali bencana bukan jalan penyelesaian yang baik untuk mangsa banjir ProfPengeluaran i Citra RM10 000 wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mereka yang terjejas dalam bencana banjir baru baru ini b...
Penghantar Barang Siar Detik Cabaran Istana Takeshi

Penghantar Barang Siar Detik Cabaran Istana Takeshi

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 200 hits
JAKARTA Seorang penghantar barang memuat naik video dia terpaksa melompat pada batu bata untuk menyeberang sebuah paya kecil semasa menghantar bungkusan lapor program berita Liputan 6 semalam Video itu dimuat naik ke akaun TikTok bernama dh...
Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Isham Jalil Backs Pas Leader For Pm Citing Clean Record On Corruption

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Gunung Berapi Shinmoedake Meletus Di Jepun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Begedil Dan Orang Suka Tunjuk Kekayaan

Garuda Muda Siap Tempur Di Piala Kemerdekaan 2025 Tajikistan Jadi Ujian Perdana

Crystal Palace Berjaya Di Wembley Dua Trofi Bergengsi Diraih Liverpool Manchester City Jadi Korban

Rabung Dan Ikan Air Tawar Rezeki Yang Tak Perlu Dibeli

Elakkan 5 Jenis Buah Ini Ketika Diet

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025