Hampir 20 Syarikat Setuju Sertai Inisiatif Baucar Diskaun Kata Tengku Zafrul


 
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengurangan kos pembaikan bakal dinikmati secara potongan terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah.KUALA LUMPUR: Hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia setakat ini, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata pemilik kenderaan dengan kenderaan yang rosak akibat banjir boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah untuk syarikat automotif yang terlibat tanpa perlu membuat sebarang permohonan
“Pengurangan kos pembaikan bakal dinikmati secara potongan terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Zafrul berkata tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022 dan pengguna dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis atau pengedar sah yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Katanya, kerajaan akan terus komited untuk memastikan bantuan berbentuk holistik kepada Keluarga Malaysia dengan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia ini, khususnya yang terkesan dengan bencana banjir supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin.
“Kerajaan mengalu-alukan langkah syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Bhd (PERODUA) dan Proton Holdings Bhd untuk menawarkan diskaun 50 peratus ke atas kos alat ganti. PERODUA juga telah menawarkan upah kerja pembaikan secara percuma.
“Kerajaan menggalakkan syarikat automotif yang lain untuk turut menawarkan insentif yang lebih baik untuk pelanggannya,” katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, beberapa peruntukan dan langkah tambahan telah diambil oleh kerajaan bagi menangani bencana banjir, termasuk jumlah pembiayaan maksimum ditambah daripada RM500,000 kepada RM700,000 untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Bagi perusahaan mikro pula jumlah pembiayaan maksimum ditambah daripada RM75,000 kepada RM150,000.
“Tempoh pembiayaan maksimum juga dipanjangkan daripada lima tahun kepada tujuh tahun,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kerajaan menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara.
Salah satu daripada bantuan tersebut adalah Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022 bagi meringankan beban perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di mana jumlah peruntukan telah ditingkatkan daripada RM200 juta kepada RM500 juta.
Berikut adalah senarai syarikat automotif yang terlibat dengan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia:
1 . Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA)
2 . Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON)
3 . Tan Chong & Sons Motor (Nissan)
4 . UMW Toyota Motor
5 . Honda Malaysia
6 . Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
7 . Volvo car Malaysia
8 . TC Euro Cars (Renault)
9 . Mercedes-Benz Malaysia
10 . BMW Malaysia
11 . Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain)
12 . Mazda, Peugeot dan KIA
13 . TC Subaru
14 . Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
15 . Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd.
16 . Boon Siew Honda Sdn.Bhd.
17 . Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS)
18 . Mofaz Motorsikal Sdn. Bhd.
19 . KMSB Motors Sdn.Bhd. (Suzuki)
-FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/hampir-20-syarikat-setuju-sertai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Zafrul Harus Tanding Pru15 Baru Boleh Tahu Dirinya Pejuang Atau Penghasut Rakyat

Tengku Zafrul Harus Tanding Pru15 Baru Boleh Tahu Dirinya Pejuang Atau Penghasut Rakyat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 288 hits
Selain kerajaan Perikatan Nasional atau PN adalah kerajaan pintu belakang kerana beroleh kuasa tanpa menang pilihanraya Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mula diperkenalkan ketika itu sebagai Menteri Kewangan juga adalah menteri pintu be...
Tiada Lagi Pengeluaran Kwsp Tengku Zafrul

Tiada Lagi Pengeluaran Kwsp Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 219 hits
Tiada lagi pengeluaran KWSP Tengku Zafrul Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bertegas menolak pengeluaran tambahan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan berkata ia hanya akan membebankan generasi akan datang yang perlu menja...
Kwsp Tidak Patut Dilihat Penyelesaian Sesuatu Cabaran Tengku Zafrul

Kwsp Tidak Patut Dilihat Penyelesaian Sesuatu Cabaran Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 174 hits
Oleh SEMUA pihak tidak sewajarnya melihat simpanan persaraan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai satu satunya penyelesaian kepada sesuatu cabaran kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Dalam satu video dim...
Keputusan Pbm Mahu Sertai Bn Belum Dimuktamad Kata Larry Sng

Keputusan Pbm Mahu Sertai Bn Belum Dimuktamad Kata Larry Sng

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 202 hits
January 10 2022 Larry Sng berkata PBM sudah memutuskan untuk menyertai BN namun ia belum muktamad PETALING JAYA Parti Bangsa Malaysia belum memuktamadkan keputusannya memohon menyertai Barisan Nasional sungguhpun akar umbi mahukan parti itu...
Pascabanjir Perlaksanaan Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia Di 1 800 Bengkel

Pascabanjir Perlaksanaan Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia Di 1 800 Bengkel

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 262 hits
PascaBanjir Perlaksanaan Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia Di 1 800 Bengkel Pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir akan menikmati kadar potongan sekurang kurangnya 25 peratus bagi pembelian alat ganti dari...
Baru Je Najib Minta Tolong Tengku Zafrul Baca Komen2 Rakyat Sekali Pm Keluar Kenyataan Berikut

Baru Je Najib Minta Tolong Tengku Zafrul Baca Komen2 Rakyat Sekali Pm Keluar Kenyataan Berikut

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 452 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak meminta Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz membaca komen komen rakyat yang menggesa pengeluaran i Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam Facebooknya sendiri
Syarikat Kenderaan Tawar Diskaun Khidmat Tunda Percuma Pm

Syarikat Kenderaan Tawar Diskaun Khidmat Tunda Percuma Pm

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 191 hits
Oleh Kenderaan milik penduduk Addnan Shahabudin turut dihanyutkan kepala air di Kampung Tanjung Bentong NSTP MOHD RAFI MAMAT KUALA LUMPUR Syarikat kenderaan menawarkan pengecualian bayaran perkhidmatan tunda kenderaan dan diskaun upah baik ...
Isu Kwsp Zahid Najib Nak Selamat Diri Daripada Penjara Kata Mp Bangi

Isu Kwsp Zahid Najib Nak Selamat Diri Daripada Penjara Kata Mp Bangi

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 268 hits
AGENDA DAILY Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming berpendapat Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memainkan isu KWSP dalam usaha menyelamatkan diri daripada hukuman penjara Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming menyindir Presi...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi