Kwsp Perlu Beri Bonus Khas



PENGUMUMAN dividen Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah bukan sahaja menunjukkan simpanan hari tua pekerja sedang diurus dengan baik, malah memberi sinar yang baik kepada ekonomi negara.
Pemberian dividen ini membabitkan peruntukan kewangan berjumlah RM56.72 bilion. Sebanyak RM50.45 bilion adalah untuk pembayaran dividen pencarum akaun konvensional dan RM6.27 bilion bagi akaun shariah.
Sepanjang dua tahun lalu, dunia diancam pandemik yang telah menjejaskan ekonomi, perniagaan dan aktiviti komersial di seluruh dunia.
Seharusnya, tidak banyak harapan boleh diletakkan kepada tabung persaraan pekerja bagi negara kecil seperti Malaysia. Apatah lagi selain masalah global, Malaysia juga berdepan ketidakstabilan politik yang menyaksikan pentadbiran tiga Perdana Menteri dalam tempoh pandemik Covid-19.
Tidak cukup dengan gangguan pandemik, ekonomi dan politik, KWSP sendiri berdepan kesusutan dana secara besar-besaran apabila kerajaan membenarkan pengeluaran kecemasan pencarum menerusi inisiatif i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.
Kebenaran itu bertujuan membantu rakyat menangani tekanan sara hidup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan banyak sektor ekonomi dalam tempoh yang panjang.
Walaupun KWSP cuba meyakinkan pasaran bahawa mereka tidak terjejas dengan keputusan itu, namun pengeluaran sebanyak RM101 bilion akibat pandemik sudah tentu sedikit sebanyak menjejaskan mana-mana dana pelaburan kerana ia membabitkan kecairan aset dan pelaburan.
Justeru, kemampuan KWSP memberi dividen yang baik ini harus diberi penghargaan. Menurut KWSP, kemampuan itu adalah hasil pendekatan kepelbagaian portfolio yang berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA).
Pelaburan terbesar KWSP adalah dalam bentuk instrumen Pendapatan Tetap membabitkan 45 peratus daripada pelaburan, manakala kelas aset kedua terbesar dalam pelaburan KWSP ialah Ekuiti sebanyak 44 peratus, diikuti Hartanah dan Infrastruktur sebanyak enam peratus dan instrumen Pasaran Wang (lima peratus).
Walaupun banyak pihak mengkritik keputusan kerajaan menolak permintaan pengeluaran one-off RM10,000 buat kali kedua, namun ternyata ia memberi manfaat kepada pencarum. Kini mereka ada tambahan simpanan antara RM565-RM610 ke atas RM10,000 yang mahu dikeluarkan.
Pengeluaran RM101 bilion dalam inisiatif pandemik telah menyebabkan 48 peratus pencarum KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka. Setakat 31 Disember lalu, dilaporkan seramai 6.1 juta ahli atau 48 peratus mempunyai baki simpanan kurang RM10,000.
SIMPANAN RENDAH
Jika jumlah 48 peratus itu daripada kumpulan pekerja di bawah 30 tahun, ia bukan sesuatu yang membimbangkan tetapi jika sebahagian besar kumpulan tersebut adalah pekerja berusia 40 tahun ke atas, maka ia mungkin memerlukan penilaian kaedah tertentu bagi meningkatkan tabungan persaraan kumpulan berkenaan.
Golongan pesara yang mempunyai simpanan rendah akan berdepan kesulitan hidup hari tua. Ia sekali gus akan meningkatkan beban perbelanjaan dalam sistem bantuan sosial kerajaan dan generasi akan datang pula bakal berdepan lebih banyak kenaikan cukai bagi menampung perbelanjaan kerajaan.
Justeru, di sebalik kelegaan dengan jumlah dividen yang baik ketika pandemik, kerajaan dan KWSP perlu memikirkan satu kaedah bagi meningkatkan semula simpanan hari tua kumpulan 48 peratus ini.
Kerajaan dan KWSP mungkin boleh mempertimbangkan satu misi khas meningkatkan jumlah caruman bagi kumpulan berkenaan melalui pemberian bonus khas selama 10 tahun.
KWSP boleh mewujudkan pemberian bonus sebanyak RM1,000 setahun selama 10 tahun kepada pencarum KWSP dalam kategori B40, dengan syarat tiada apa-apa pengeluaran dibuat oleh mereka termasuk daripada akaun dua.
Oleh sebab negara memerlukan sumber kewangan bagi membiayai belanjawan defisit, kerajaan boleh mengadakan terbitan bon khas untuk langganan KWSP sahaja dengan kadar dividen lebih baik, dengan syarat KWSP melaksanakan misi khas tersebut.
Ia bukan sahaja akan memberi kelegaan kepada pencarum tetapi juga negara pada masa hadapan.
* Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)
 
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud Tok Mat lipat Tajuddin Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi? ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat. PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil Layari Laman Facebook MYKMU.NET
 
Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 
The post KWSP perlu beri bonus khas appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/06/kwsp-perlu-beri-bonus-khas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 828 Guru Dg41 Pengambilan Khas One Off Lapor Diri 4 Apr Guru Pun Ada One Off

4 828 Guru Dg41 Pengambilan Khas One Off Lapor Diri 4 Apr Guru Pun Ada One Off

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 225 hits
March 11 2022 Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata semakan penempatan guru terbabit boleh dibuat bermula pada 18 Mac menerusi portal e Graduan KPM di pautan https egraduan moe gov my PETALING JAYA Penempatan 4 828 lagi calon yang berjaya ...
Jika Kembali Aktif Rafizi Akan Jadi Bonus Pru15 Nanti

Jika Kembali Aktif Rafizi Akan Jadi Bonus Pru15 Nanti

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 481 hits
MALAYSIA DATELINEDesakan untuk Rafizi Ramli kembali aktif dalam politik terus kedengaran dan kali ini daripada Ahli Parlimen Subang Wong Chen Beliau berkata kembalinya Rafizi akan meningkatkan peluang parti pada pilihan raya umum akan datan...
Tuntutan Pengeluaran Kwsp Rm10 000 2022 Secara One Off Diteruskan Untuk Rakyat

Tuntutan Pengeluaran Kwsp Rm10 000 2022 Secara One Off Diteruskan Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 242 hits
Memorandum ditandatangani lebih 108 000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berhubung pengeluaran oneoff RM10 000 akan diserahkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional yang juga mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara Ketua Penerangan Ber...
Pengeluaran Kwsp Kerajaan Mungkin Ada Halangan Wan Saiful Sumberkini 19 02 2022

Pengeluaran Kwsp Kerajaan Mungkin Ada Halangan Wan Saiful Sumberkini 19 02 2022

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 164 hits
PETALING JAYA Kerajaan hari ini masih tidak membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan wang simpanan mereka mungkin disebabkan ada pertimbangan yang menghalang kerajaan daripada membenarkan pengeluaran tersebut Ketua Penerangan BERSATU Wan Saif...
Potret Akrab Menhan Prabowo Bersama Pangeran Salman Seruput Kopi Khas Saudi

Potret Akrab Menhan Prabowo Bersama Pangeran Salman Seruput Kopi Khas Saudi

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 131 hits
Menteri Pertahanan Prabowo Subianto menghadiri undangan makan pagi bersama dengan His Royal Highness Pangeran Khalid Bin Salman Salman didampingi oleh Panglima Angkatan Bersenjata Saudi Arabia Menhan Prabowo nampak begitu akrab dengan Pange...
Durioo Platform Penstriman Siri Islamik Khas Kanak Kanak

Durioo Platform Penstriman Siri Islamik Khas Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 539 hits
DURIOO PLATFORM PENSTRIMAN SIRI ISLAMIK KHAS KANAK KANAK Assalammualaikum semua Berita gembira buat ibu bapa dan kanak kanak di luar sana Sekarang kita sudah mempunyai platform penstriman siri animasi islamik untuk kanak kanak Ia Buatan Mal...
7 Resep Minuman Segar Khas Korea Mudah Dibuat Dan No Alcohol Pastinya

7 Resep Minuman Segar Khas Korea Mudah Dibuat Dan No Alcohol Pastinya

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 200 hits
Bukan cuma Patbingsoo saja sajian dessert minuman dingin khas Korea juga layak dicoba nih
Presiden Ukraine Turun Berjuang Bersama Tentera Rusia Lepaskan Pasukan Khas Chechen Untuk Memburu

Presiden Ukraine Turun Berjuang Bersama Tentera Rusia Lepaskan Pasukan Khas Chechen Untuk Memburu

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 351 hits
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dilapor telah turun padang bersama pasukan pertahanan dan rakyat Ukraine untuk menentang Rusia setelah negara itu bertindak melancarkan serangan sejak beberapa hari lalu Zelenskyy juga sempat merakam dir...
Durioo Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak Kanak Muslim Di Seluruh Dunia

Durioo Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak Kanak Muslim Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 432 hits
Durioo Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak Kanak Muslim Di Seluruh Dunia Selangor 1 March 2022 Selepas dilancarkan di Ekspo Dubai 2020 yang oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa sebuah syar...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024