Kwsp Mungkin Jual Kepentingan Plus Jika Dapat Tawaran Sesuai




Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meneliti untuk menjual kepentingannya dalam PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) sekiranya menerima tawaran bersesuaian, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tunku Alizakri Alias.
Beliau berkata, KWSP akan mengkaji dan mempertimbang tawaran itu jika ia terbukti dapat memberi manfaat kepada ahlinya dari segi pulangan dan dividen.
“Pada masa ini, PLUS merupakan aset yang amat positif dan memberi pulangan kukuh selain kedudukanny sebagai organisasi yang diurus dengan baik.
“Dari segi perkhidmatan pula, ia mengendalikan lebuh raya sepanjang lebih 1,200 kilometer dan menyediakan perkhidmatan yang amat baik. Oleh itu, dari perspektif KWSP, kami amat berpuas hati dengan pulangan PLUS selain kedudukannya sebagai aset yang kukuh,” katanya kepada media di luar Forum Megatrends Khazanah 2019 di sini, hari ini.
Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada awal hari ini mengenai kesediaan kerajaan untuk mengkaji sebarang tawaran bagi mengambilalih PLUS, Tunku Alizakri berkata komen itu berkemungkinan dibuat bagi pihak Khazanah Nasional Bhd yang merupakan dana kekayaan negara dan turut memiliki kepentingan dalam konsesi lebuh raya bertol tersebut.
Menurut Dr Mahathir, kerajaan akan meneliti bidaan bagi membeli PLUS, termasuk pihak asing dan beliau dipercayai merujuk kepada tawaran pengambilalihan oleh firma ekuiti persendirian berpangkalan di Hong Kong dan Singapura, RRJ Capital Ltd.
“Sebarang bidaan oleh firma (bagi mengambilalih PLUS) akan dikaji oleh kerajaan. Jika ia (bidaan) sesuai dengan kehendak kita, kita akan layan permintaan mereka,” kata Perdana Menteri.
Khazanah memiliki kepentingan sebanyak 51 peratus dalam PLUS manakala KWSP sebanyak 49 peratus susulan langkah pengambilalihan pada 2011 yang membabitkan transaksi bernilai RM32 bilion.
Selain itu, ditanya mengenai dividen untuk pemegang sahamnya, Tunku Alizakri berkata pihaknya tidak boleh memberi sebarang hala tuju yang jelas (buat masa ini) dan mengakui prestasi ekonomi mencabar di peringkat domestik dan global akan turut memberi kesan bagi kemajuan masa depan.
“Kesemua data itu jelas menunjukkan persekitaran yang mencabar. Sehubungan itu, di pihak KWSP, kami akan memastikan aset ini diurus dengan baik. Namun, sekiranya perlu membeli, kami mengutamakan aset terbaik dari segi jangka panjang dan jika perlu dijual, ia adalah berdasarkan tawaran terbaik,” katanya.
Malah, menurutnya, KWSP juga sentiasa berusaha dan meninjau untuk membeli dan melepaskan aset dalam usaha memberi dividen kepada para pemegang sahamnya.
“Persoalannya, adakah kita mempunyai proses tadbir urus yang sesuai? Kita perlu memastikan semua proses wajar dilaksanakan secara teratur supaya ahli dapat memastikan sebarang penjualan kepentingan itu dibuat demi manfaat mereka,” katanya.
Laporan sebelum ini menyatakan KWSP meraih dividen sebanyak RM1.56 bilion daripada 10 syarikat yang telah membayar sebahagian besar dividen dalam portfolio pada separuh pertama 2019.
Angka itu merupakan peningkatan sebanyak 5.4 peratus berbanding RM1.49 bilion pada setahun lepas.
Antara syarikat-syarikat itu adalah DiGi.Com Bhd, Axiata Group Bhd, Public Bank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd. – BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/08/kwsp-mungkin-jual-kepentingan-plus-jika-dapat-tawaran-sesuai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiket Jual Mykad Sah Mungkin Telah Lama Beroperasi

Sindiket Jual Mykad Sah Mungkin Telah Lama Beroperasi

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 381 hits
Polis tidak menolak kemungkinan kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah yang di percayai di dalangi pegawai kanan Jabatan Pendaftaraan Negara di negeri ini telah lama beroperasi Bagaimanapun kata beliau polis masih menjalankan sias...
Khazanah Tak Minat Jual Plus

Khazanah Tak Minat Jual Plus

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 341 hits
Pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd Khazanah Nasional Bhd menegaskan tidak berminat untuk menjual aset strategik itu kepada mana mana pihak Pengarah Urusannya Shahril Ridza Redzuan berkata setakat ini pihaknya menolak kesemua tawaran yan...
Kerajaan Sedia Jual Plus Pula

Kerajaan Sedia Jual Plus Pula

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 301 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke 14 di Bangunan Parlimen Foto BERNAMAKL Kerajaan bersedia menjual PLUS Malaysia Bhd jika nilainya bersesuaian dengan bidaan ditawarka...
Sandiwara Dap Dan Skandal Jual Kad Pengenalan Rci Perlu Disegerakan Asyraf Wajdi

Sandiwara Dap Dan Skandal Jual Kad Pengenalan Rci Perlu Disegerakan Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 237 hits
Pergerakan Pemuda UMNO memandang serius dan menzahirkan keraguan terhadap dakwaan YB Kasthuri Patto tentang skandal penjualan Kad Pengenalan yang kononnya telah dimulakan sejak era pentadbiran Barisan Nasional walhal beliau terlupa pada wak...
Apa Jadi Kes Jual Mykad

Apa Jadi Kes Jual Mykad

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 545 hits
Jual MyKad kepada warga asing senjata DAP PRU15 kah BANGI Rakyat kesal dengan sikap kerajaan rasis Pakatan Harapan yang membisu dalam isu penjualan dokumen MyKad dan sijil kelahiran kepada warga asing baru baru ini Bukan itu sahaja rakyat j...
Ketahui Harga Jual Hp Samsung S10 Dan Spesifikasi Utama

Ketahui Harga Jual Hp Samsung S10 Dan Spesifikasi Utama

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 317 hits
Anda yang merupakan penikmat sejati smartphone besutan negara Korea Selatan tentu sudah tidak asing lagi dengan smartphone Samsung Smartphone yang kini tengah naik daun ini kembali meluncurkan produk unggulan terbarunya lewat ajang di San F...
Menteri Pasola Dan Cap Ayam Ph Penyebab Malaysia Kekeringan Pelaburan Galak Jual Aset Negara Tok Mat

Menteri Pasola Dan Cap Ayam Ph Penyebab Malaysia Kekeringan Pelaburan Galak Jual Aset Negara Tok Mat

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 533 hits
Kerajaan Pakatan Harapan yang dipenuhi barisan jemaah menteri bertaraf menteri pasola dan cap ayam menyebabkan negara kekeringan pelaburan asing bidas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Katanya walaupun setelah lebih setahun em...
Dap Bela Pengkhianat Negara Dalam Kes Jual Mykad Lepas Tu Tuduh Bn Pulak

Dap Bela Pengkhianat Negara Dalam Kes Jual Mykad Lepas Tu Tuduh Bn Pulak

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 463 hits
PENGKHIANAT NEGARA Begitulah perkataan yang paling sesuai untuk digambarkan ke atas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang yang bersekongkol dengan sindiket menjual MyKad Mereka dilaporkan menerima sejumlah wang antara RM100 000 da...
Hukum Jual Beli Anjing Hukum Jadi Pemburu Anjing Ustaz Kazim Elias

Hukum Jual Beli Anjing Hukum Jadi Pemburu Anjing Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 265 hits
Hukum Jual Beli Anjing Hukum Jadi Pemburu Anjing Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today