Kvclean Kopetro Menawarkan Harga Pakej Pembersihan Yang Cukup Istimewa


Hi Korang,
Sangat meriah majlis Hari Terbuka KVClean di ruang legar Megan Avenue II di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur yang sempat kak lily hadiri baru-baru ini yang mana majlis ini dianjurkan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad melalui anak syarikatnya KOPETRO Ventures Sdn. Bhd


Hari Terbuka KVClean juga telah dihadiri wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga, wartawan media cetak dan media elektronik serta para jemputan yang berada di sekitar kawasan Megan Avenue II. Turut sama hadir memberikan sokongan terhadap program ini ialah wakil-wakil daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa)



Turut diadakan jualan promosi pakej produk-produk KOPETRO seperti produk LengQuas, pakej pembersihan KVClean dan semuanya ditawarkan pada harga yang kak lily rasa amat-amat berpatutan

KVClean telah mula beroperasi sejak April 2019 dan menawarkan servis penjagaan dan pembersihan lengkap termasuk servis penyelenggaraan penyaman udara, pembersihan kediaman, pejabat dan bangunan komersial serta servis disinfeksi

Kesemua perkhidmatan KVClean dikendalikan oleh mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ini bagi memastikan pelanggan mendapat servis yang terbaik




Pengerusi Bahagian Perdagangan & Servis Peruncitan, Wan Ahmad Tarmizi bin Wan Abdul Rahman memberitahu dalam ucapan pembukaannya bahawa Hari Terbuka KVClean diadakan bagi memperkenalkan jenama dan produk KVClean secara rasmi kepada masyarakat

'Masyarakat menjadi lebih prihatin tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat kediaman sejak dunia dilanda wabak Covid-19. Persekitaran yang selamat dan bersih amat dititikberatkan orang ramai demi menyambung kelangsungan hidup dan meneruskan produktiviti perniagaan dalam mengharungi kehidupan pasca Covid-19' ujar Wan Ahmad Tarmizi

Bertemakan ‘Green & Clean’, KVClean beraspirasi untuk menjadi sebuah jenama yang melindungi alam sekitar dan menjadi pemangkin dalam merencanakan kesejahteraan alam sekitar




Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan dan produk penjagaan kebersihan di dalam kediaman dan ruang pejabat, KVClean juga menawarkan pakej pemasangan Panel Tenaga Solar bagi pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar. Penggunaan panel tenaga solar dapat memberi kesan positif kepada Rumah Hijau serta menjimatkan kos elektrik kediaman

Istimewa sempena majlis pelancaran ini, KVClean menawarkan ‘Promosi Hari Terbuka KVClean’ , antaranya seperti:-
· Pakej penyelenggaraan penyaman udara serendah RM50 satu unit sebulan

· Pembersihan pejabat, harga serendah RM399 sebulan ditawarkan bagi 8 sesi pembersihan selama 2 jam setiap sesi



Kedua-dua promosi ini sah bagi tempoh kontrak selama setahun khas buat pelanggan yang mendaftar pakej yang ditawarkan sepanjang majlis berlangsung

Jadi pada mereka yang berminat untuk membuat tempahan bagi servis yang disediakan oleh KVClean boleh berbuat demikian menerusi aplikasi Whatsapp di talian 013-399 6788

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi dan senarai perkhidmatan daripada KVClean bolehlah ikuti akaun media sosial @KVClean di Facebook & Instagram




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2022/09/kvclean-kopetro-menawarkan-harga-pakej.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Terbuka Dan Pelancaran Kvclean Anjuran Kopetro

Hari Terbuka Dan Pelancaran Kvclean Anjuran Kopetro

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 529 hits
Hari Terbuka Dan Pelancaran KVClean Anjuran KOPETRO Assalamualaikum semua Sekali lagi sis dijemput oleh pihak KOPETRO untuk menjadi saksi kepada majlis yang meriah iaitu Hari Terbuka Dan Pelancaran KVClean yang bertempat di ruang legar Mega...
Sinar Embong Event Catering Menawarkan Pakej Perkahwinan Dan Ruang Sewaan Yang Murah

Sinar Embong Event Catering Menawarkan Pakej Perkahwinan Dan Ruang Sewaan Yang Murah

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 230 hits
SINAR EMBONG EVENT CATERING MENAWARKAN PAKEJ PERKAHWINAN DAN RUANG SEWAAN YANG MURAH Kalau di bandar ni kan payah kalau kita nak cari pakej perkahwinan yang mengikut bajet kita Nak sewa ruang untuk majlis pun dah beribu ringgit Tu belum mas...
Kopetro Lancar Kvclean Jenama Baharu Yang Mesra Alam Sekitar

Kopetro Lancar Kvclean Jenama Baharu Yang Mesra Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 245 hits
Hujan pagi 22hb September 2022 semalam lebat juga lah tapi Alhamdulillah sempat juga kak ana hadir ke Hari Terbuka KVClean di Megan Avenue 2 di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur Meriah sangat dengan beberapa booth di bawah pengurusan Kop...
Tak Perlu Risau Harga Minyak Turun Naik Cukup Rm1 Banyak Benda Best Boleh Dapat Di Shell

Tak Perlu Risau Harga Minyak Turun Naik Cukup Rm1 Banyak Benda Best Boleh Dapat Di Shell

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 174 hits
Barang naik harga minyak pun naik jugak Keluhan keluhan macam tu memang selalu kita dengar kan sejak akhir akhir ini Mana tidaknya semua benda naik harga tapi gaji pula tak naik naik siapa je tak mengeluh Tapi nak buat macam mana kerja teta...
Kvclean Mesra Alam Sekitar Jenama Baharu Keluaran Kopetro

Kvclean Mesra Alam Sekitar Jenama Baharu Keluaran Kopetro

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 318 hits
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad melalui anak syarikatnya KOPETRO Ventures Sdn Bhd telah melancarkan produk baharu jenama KVClean baru baru ini di ruang legar Megan Avenue 2 Kuala Lumpur Telah beroperasi sejak April 2019 KVClean menawark...
Emas Pembalikan Kenaikan Harga Diaktifkan Ke Arah Tahap Tertinggi Baharu

Emas Pembalikan Kenaikan Harga Diaktifkan Ke Arah Tahap Tertinggi Baharu

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 186 hits
Harga emas meningkat hari ini dan kini ia didagangkan pada 1 730 Kecenderungan harga adalah menaik apabila USD menyusut nilai Dari segi teknikal XAU USD telah keluar daripada corak pembalikan kenaikkan harga oleh itu lantunan yang lebih bes...
Ekonom Nilai Kenaikan Harga Bbm Sebagai Langkah Pemerintah Atasi Persoalan Bersama

Ekonom Nilai Kenaikan Harga Bbm Sebagai Langkah Pemerintah Atasi Persoalan Bersama

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 155 hits
Muhammad Said menyebut bahwa penyikapan atas penyesuaian BBM meski tidak lepas dari pro kontra haruslah berpijak pada sikap rasional
Jokowi Kalau Harga Naik Tapi Kepala Daerah Diam Saja Artinya Dia Tak Ngerti Inflasi

Jokowi Kalau Harga Naik Tapi Kepala Daerah Diam Saja Artinya Dia Tak Ngerti Inflasi

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 190 hits
Presiden Joko Widodo menyentil lima Kabupaten Kota dengan tingkat inflasi tertinggi Kepala daerah pada lima wilayah tersebut dituntut segera melakukan intervensi agar inflasi dapat terkendali
Fesyen Dikritik Walau Harga Ratusan Ribu Cik B Balas Ada Masalah Ke

Fesyen Dikritik Walau Harga Ratusan Ribu Cik B Balas Ada Masalah Ke

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 209 hits
Anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B membidas seorang individu yang mengkritiknya tiada cita rasa dalam mengenakan Oufit Of The Day jenama mewah Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen dia tiada niat untu...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r