Kurus Sebab Bariatric
Semalam bila terbaca kisah ada suami influencer katanya paksa isteri potong usus atau buat pembedahan bariatric untuk kurus.dan bila berjaya kurus nak jual ubat kurus. tipu pulak konon kurus sebab makan product dia

. Tak pastilah betul ke tidak. kalau salah info maafkan saya. cuma nak kongsikan kisah saya nak turunkan berat dulu dan sebenarnya bahaya ke tak kurus sebab bariatric?
Saya Kurus Sebab Bariatric ke?

nak buat takde duit dikkk.. jadi buat cara sendiuri je ehh boleh juga kurus. bila saya nak turunkan berat dulu, saya dengan suami sama sama buat. benda yang basic je kami buat.
1. JAGA MAKAN
kita gemuk sebab makan dan seharusnya wajib la nak kurus pun sebab makan la. Boleh makan apa sahaja tapi kawal. makan untuk hidup bukan hidup keje makan je. kami enjoy makan nasi putih,sambal belacan ,lauk kegemaran. idok lerr bakar rebus salad je. makan lauk kari,sambal, asam pedas.
cuma kami kawal makan makanan segera, makanan minuman tinggi gula, kuih, jajan tu kurangkan. air manis macam teh tarik sesekali je. teringin sangat order 1 gelas share berdua.barulah romantik kennnn
2. AKTIFKAN BADAN
ada orang suka p gym,zumba ,run,hiking dll. saya dengan suami suka briskwalk. Jalan kaki je awak. berapa kilo ikut la kemampuan diri. awal awal tu mungkin 1-2km. lama lama upkan lagi.
3. AMBIL SUPPLEMENT
ye saya ambil supplement Shaklee sebab untuk elak kurang nutrisi. Kita bukan nak kilogram je turun tapi taknak lah rambut gugur,haid kacau bilau, kurus tapi kolesterol,viseral fat tinggi. kurus tapi menggelebeh, kurus tapi rambut cepat beruban, kurus tapi nampak tua.
Pilihan saya adalah jaga balik asas.sebab kita bukan sekadar nak kurus. kilogram turun tapi dalaman sakit.
kalau yang nak buat bariatric tu pastikan tahu kenapa nak buat dan dapatkan nasihat doktor. bukan sebab trend. dan janganlah buat bariatric tapi claim kurus sebab product kau jual

. tak baik tau menipu

Kesan Kurus Sebab Bariatric

1. Berat Turun Mendadak

Kesan utama bariatric — berat memang turun cepat sebab perut jadi sangat kecil, dan pengambilan kalori berkurang drastik.

Tapi: bila turun terlalu cepat, tubuh boleh kehilangan otot dan nutrien penting. Ini sebab ramai rasa lemah dan cepat penat selepas beberapa minggu.

2. Kekurangan Nutrisi (Nutrient Deficiency)
Selepas bariatric, penyerapan vitamin & mineral jadi tak normal, terutama:
Vitamin B12, zat besi, kalsium, vitamin D, protein
Bila tak cukup nutrisi:
Rambut mudah gugur
Kulit kusam & kendur
Luka lambat sembuh
Haid tak teratur
Emosi cepat terganggu (depression / mood swing)

3. Metabolisme Jadi Perlahan
Bila kalori terlalu rendah, badan akan mula “mode berjimat tenaga”.
Hasilnya:
Senang naik balik berat bila makan sedikit lebih
Tenaga cepat habis
Sistem hormon terganggu

4. Masalah Pencernaan
Bariatric boleh ubah sistem penghadaman — sesetengah orang alami:
Cirit-birit / sembelit
Tak tahan makanan tertentu
Perut kembung dan cepat loya

5. Masalah Emosi & Psikologi
Ramai yang rasa terkejut dengan perubahan besar pada gaya makan — rasa kecewa bila tak boleh makan banyak, atau stres sebab berat naik balik.
Kadang-kadang datang balik masalah “emotional eating”.

6. Kesan Pada Kulit & Rambut
Bila berat turun cepat → kulit longgar, kusam, rambut gugur teruk.
Sebab badan tak sempat adapt & kekurangan kolagen.
Kurus Sebab Bariatric Boleh ke?

Siapa Yang Sesuai Buat Bariatric Surgery
1. Individu dengan obesiti tahap serius (BMI ≥ 40)

Ini kategori Obesiti Morbid, di mana berat badan terlalu tinggi dan sukar turun walaupun dah cuba diet & senaman bertahun-tahun.
Contoh:
Kalau tinggi 160 cm, berat melebihi 102 kg.
2. Atau BMI ≥ 35 dengan penyakit kronik
Boleh dipertimbangkan untuk pembedahan kalau obesiti disertai:
Kencing manis (diabetes type 2)
Tekanan darah tinggi (hypertension)
Kolesterol tinggi / penyakit jantung
Sleep apnea (gangguan tidur)
Sakit sendi kronik (lutut, pinggang)

Sebab bila berat terlalu tinggi, risiko penyakit ni meningkat dan sukar dikawal tanpa bantuan drastik.
3. Dah cuba semua cara tapi gagal
Doktor biasanya akan nilai dulu sama ada seseorang dah cuba turunkan berat secara semula jadi sekurang-kurangnya 6–12 bulan:
Diet terkawal
Senaman konsisten
Kaunseling pemakanan / doktor keluarga
Kalau masih gagal atau berat cepat rebound → baru doktor akan pertimbangkan bariatric.
4. Umur antara 18 – 65 tahun
Bariatric sesuai untuk orang dewasa yang sihat dari segi fizikal & mental.
Tak disarankan untuk:
Remaja bawah 18 tahun (kecuali kes khas)
Warga emas yang ada risiko pembedahan tinggi
Ibu mengandung / menyusu
5. Mampu jaga disiplin selepas pembedahan
Selepas bariatric, gaya hidup kena berubah 100%:
Makan kena ikut portion kecil
Tak boleh minum air gas / gula tinggi
Wajib ambil supplement sepanjang hidup
Perlu pemantauan doktor berkala

Jadi bukan semua orang mampu ikut disiplin ni, sebab tu doktor akan tapis betul-betul siapa yang layak.

Siapa Tak Sesuai Buat Bariatric
Berat tak terlalu tinggi (BMI bawah 35)
Masih boleh turun berat dengan diet & senaman
Tak sedia ubah gaya hidup
Ada masalah kesihatan serius yang buat pembedahan berisiko tinggi
Mengandung atau merancang kehamilan dalam masa terdekat
Kurus Sebab Bariatric
Pada pendapat saya kalau sebab kesihatan dan dah dapat nasihat pakar suruh buat tu oklah. Tapi jangan la dah buat lepas tu claim kurus sebab makan ubat kurus kau jual pulak
The post Kurus Sebab Bariatric appeared first on Ainul Mustafa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ainulmustafa.com/kurus-sebab-bariatric/