Kurma Daging Tahlil Abah
Assalamualaikum
Khamis lepas 04.04.2019 genab 7hari abah meninggalkan kami. Dan, aku dah berpakat dengan adik beradik untuk buat tahlik abah di masjid yang kebetulan jatuh pada malam Jumaat. Dengan penuh kasih sayang..kakak aku masak nasi minyak dan aku masak kurma daging untum dijamu kepada jemaah masjid
Hanya aku,kakak dan emak aku sahaja yang menyiapkan segalanya. Aku kongsikan repesi yang aku belajar dari arwah jiran aku, Mak Ngah Syah..(semoga ada pahala untuk arwah yang berkongsi resepi kepada aku). Resepi ini untuk kenduri..so kalau korang nak cuba..kurang-kuranglah sukatannya
Bahan-bahan;200g bawang merah200g bawang putih2ruas halia**mayang
200g bawang merah200g bawang putih2ruas halia20batang serai100g lada hitam1kg buah keras**kisar halus
2mangkuk minyak masak4 sekawan: Kulit kayu manis, buah pelaga,bunga lawang,bunga cengkih (anggaran 1 mangkuk campuran semuanya)2pokok daun ketumbar(simpul)
8kg daging+1kg tulang (potong kiub)3kg kentang (belah 4)3kg/3liter santan2kg rempah Kurma100g serbuk kas-kas6 kiub pati lembu
30labu bawang besar(belah 6-8)30tangkai cili hijau(potong 2dan belah hujung)3pokok daun ketumbar (potong kasar)Garam secukup rasa
Cara-cara;
1.Panaskan minyak, tumis rempah ratus 4 sekawan dan daun ketumbar yang disimpul,masukkan bawang dan halia yang dimayang. Gunakan api sederhana
2.Masukkan bawang kisar,halia kisar dan tumis hingga naik bau
3.Masukkan serai kisar dan lada hitam kisar dan kacau hingga terbit minyak
4.Masukkan serbuk rempah Kurma dan serbuk kas-kas, kacau rata dan tambah sedikit air. Tumis sampai rempah pecah minyak dan naik bau
5.Masukkan daging,kacau rata dan tambahkan sedikit air. Jangan henti kacau supaya rempah tidak hangus dibahagian bawah
6.Masukkan buah keras yang dikisar,santan dan 8liter air. Kacau rata dan masukkan kiub pati lembu. Tutup periuk. Biarkan didih sehingga daging lembut
7.Masukkan kentang,kacau rata dan tutup periuk.Masak dengan api sederhana selama 20minit..sesekali kacau perlahan
8.Setelah kuah didih,daging dan kentang lembut, masukan garam, perasakan sesedap rasa(untuk kuah sebanyak ini aku gunakan 40sudu teh garam.. anggaran ikut selera). Akhir sekali masukkan cili hijau,bawang besar dan daun ketumbar yang dihiris kasar..kacau sekejap, tutup periuk dan matikan api. Bahan-bahan ini akan layu dengan kuah yang sedia panas. Tempoh masa memasak selama 3jam
Alhamdulillah..siap juga Kurma Daging ni..portion untuk 100 orang makan
Semoga majlis tahlil dan pahala jamuan makan kepada jemaah ini,sampai kepada arwah abah..amin. 😭
PEN BIRU...menulis
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.penbiru.com/2019/04/kurma-daging-tahlil-abah.html