Sajian Barat Daging Ayam No 5 Tu Spageti Udang Sesedap Rasa


Apakata tengahari ni kita makan sajian barat. Sajian berasaskan daging, ayam dan udang memang sungguh wow sedapnya. Boleh dimakan dengan roti dan crepe atau makan dimakan begitu sahaja pun enak.
Ni min kongsikan 5 variasi sajian barat untuk makan tengahari dan malam. Resipi dari Azian , Hassan, penulis buku masakan. Min dah try memang lazat.
1. DAGING STROGANOFF

BAHAN-BAHANNYA :
1 biji bawang holland | dipotong dadu1 ulas bawang putih | dicincang halus3 cendawan butang | dihiris nipis3 sudu makan cuka epal (cider) 3 sudu makan mentega500 gm daging batang pinang | dipotong memanjang1 cawan krim1 cawan susu segar1 sudu teh pasli kering1 sudu teh serbuk lada hitamGaram secukup rasaCARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan dan cairkan mentega dan masukkan bawang holland dan bawang putih.
2. Masak sehingga wangi. Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan cendawan butang dan masak selama 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.
5. Masukkan epal cider dan sedikit air dan biarkan ianya mendidih.
6. Masukkan serbuk lada hitam, pasli, garam,susu segar dan krim
7. Renehkan sebentar sehingga kuahnya pekat.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 25 hingga 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian Tradisional Russia
Keistimewaan : Daging berjus dengan rasa lemak berkrim
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
2. AYAM PANGGANG DENGAN NENAS

BAHAN-BAHAN :
1/2 biji nenas | sederhana saiz, dikupas dan potong dadu2 ketul peha ayam4 sudu makan mentega1 sudu makan madu2 biji bawang merah | dicincang halus
2 biji cili merah | dihiris nipis1 biji oren | ambil jusnya1/2 cawan apple cider @ cuka epal2 sudu makan tepung jagung1 sudu teh serbuk lada hitam1 sudu teh lada sulah1 sudu teh garamCARA MEMASAKNYA :
1. Bersihkan ayam dan tos ayam dengan menggunakan tisu dapur
2. Lumurkan ayam dengan garam,serbuk lada hitam dan lada sulah
3. Sementara itu panaskan mentega didalam kuali
4. Tumis bawang sehingga layu dan kemudian masukkan madu.
5. Masukkan apple cider, jus oren nenas dan cili merah.
6. Bancuhkan tepung jagung bersama air dan masukkan kedalam kuali.
7. Masak sehingga kuah pekat
8. Letakkan ayam keatas dulang pembakar
9. Tuangkan kuah tadi keatas ayam .
10. Panaskan ketuhar, dan bakar ayam di dalamnya dengan suhu 250 C selama 40-45 minit.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian barat fusion
Keistimewaan : Rasa masam manis dari nenas menjadikan ayam panggang lebih lazat
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Sajian barat dengan sentuhan rasa tempatan. Lazat dimakan bersama kentang putar dan coleslaw.
3. CREPE BERINTI BAYAM DAN AYAM

BAHAN-BAHAN :
Bahan crepe :
175 gram tepung serbaguna3 biji telur1 sudu makan mentega1 ½ cawan susu segar½ sudu teh garamBahan inti :
100gm isi ayam | dipotong dadu1 labu bawang Holland | dipotong dadu3 ulas bawang putih | dicincang halus1 ikat daun bayam | secekak, dibasuh bersih dan ditoskan3 tangkai daun ketumbar | dipotong pendek1 sm halia | dicincang halus1 sudu kecil serbuk cili1 sudu kecil garam masala1 sudu kecil garam3 sudu besar minyakCARA MEMASAK:
Cara membuat Crepe:
1.Ayak tepung bersama garam. Ketepikan
2.Pukul telur sehingga kembang dan masukkan telur ke dalam adunan.
3.Kacau adunan hingga sebati.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan terus mengacau adunan.
5. Pastikan adunan tidak berketul.
6. Biarkan adunan seketika untuk 1 jam
7. Selepas itu bolehlah di panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega
8. Masukkan satu senduk adunan dan ratakan seperti membuat pan cake atau lempeng.
Cara membuat inti :
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu.
2. Masukkan isi ayam, bawang putih, halia ,serbuk cili, garam masala dan garam.
3. Selepas itu masukkan tomato dan bayam
4. Kacau hingga ayam masak dan akhir sekali masukkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 – 30 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sajian barat fusion
Keistimewaan : Sajian crepe berkhasiat dengan gabungan inti ayam dan bayam
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Usah membuat crepe yang terlalu tebal kerana ia menenggelamkan keenakan rasa inti ayam bayam.
4. STEW DAGING

BAHAN-BAHAN :
500gm daging batang pinang | diptong saiz 3 sm1 biji bawang holland | dipotong dadu100gm mentega3 sudu makan tepung gandum2 biji lobak merah | dipotong membulat tebal2 batang saderi | dipotong pendek3 sudu teh serbuk lada hitam1 sudu teh thyme1 sudu teh rosemary3 helai daun bayGaram secukup rasaAir secukupnyaCARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega
2. Masukkan bawang holland dan masak setakat ianya layu.
3. Masukkan tepung dan kacau sehingga warnanya menjadi keperangan.
4. Tuangkan air sedikit demi sedikit
5. Ulang langkah ini selama 3 kali dan akhir sekali tuangkan air mengikut kesesuaian.
6. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan reneh sehingga daging lembut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian barat
Keistimewaan : Sajian stew bertambah lazat, bila dihangatkan dari lauk semalaman.
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Enak dimakan bersama roti. Anda juga boleh menambahkan kentang, cendawan dan kacang pis hijau ikut rasa yang anda gemari.
5. SPAGHETTI UDANG

BAHAN-BAHAN :
1 biji bawang holland | dipotong dadu1 ulas bawang putih | dipotong dadu1 sudu teh paprika2 cawan stok ayam150gm spaghetti | direbus dan toskan4 ekor udang2 ekor sotong2 tangkai daun ketumbar | dicincang halus1 sudu makan minyak zaitunGaram dan serbuk lada hitam secukup rasaCARA MEMASAKNYA :
1. Rebuskan dan toskan spaghetti, ketepikan
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan bawang putih dan masak sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk paprika, serbuk lada hitam,tomato dan stok ayam
4. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan udang dan sotong
5. Masak selama 2-3 minit dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Akhir sekali masukkan spaghetti tadi dan gaul.
6. Taburkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta
Keistimewaan : Spaghetti Makanan Laut memang lazat dengan ramuan udang segar
Anggaran kos : RM 13
INFO CHEF : Selain udang dan sotong, anda boleh sahaja memasukkan makanan laut yang lain seperti kekapis, kerang, kepah dan sebagainya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/04/sajian-barat-daging-ayam-no-5-tu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Sedap Dari Ayam Gadis Kongsi Pengalaman Termakan Nasi Kukus Daging Kucing

Lagi Sedap Dari Ayam Gadis Kongsi Pengalaman Termakan Nasi Kukus Daging Kucing

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 551 hits
Lagi Sedap Dari Ayam Gadis Kongsi Pengalaman Termakan Nasi Kukus Daging Kucing Pernah tak kita termakan sesuatu makanan lepas tu kita rasa makanan tu sedap sangat Boleh jadi tukang masak tu memang power sampai bila kedai makan tu tukar tuka...
Resepi Fettucine Bolognese Ikut Sesedap Rasa Di Tekak Sendiri Lazatnya

Resepi Fettucine Bolognese Ikut Sesedap Rasa Di Tekak Sendiri Lazatnya

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 314 hits
Ini juadah di hari minggu yang aku masak beberapa minngu lepas iaitu fettucine bolognese yang aku masak main redah dan campak campak saja Bahan bahannya ikut yang mana ada di peti sejuk rumah Resepi fettucine bolognese ini rasanya tak akan ...
Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Viral Macam Di Kedai Boleh Rasa Ketagih

Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Viral Macam Di Kedai Boleh Rasa Ketagih

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 614 hits
Teringin ayam goreng kunyit tapi bila masak mesti tak jadi macam dekat kedai yang orang jual tu Bukan sahaja orang dewasa malah kanak kanak juga menggemari masakan ayam goreng kunyit rangup macam yang dijual di kedai makan Sesuai untuk dima...
Kita Harus Sedar Bukan Semua Yang Datang Dari Barat Itu Baik Wanita Sudah Hilang Rasa Malu Pensyarah Ini Beri Teguran

Kita Harus Sedar Bukan Semua Yang Datang Dari Barat Itu Baik Wanita Sudah Hilang Rasa Malu Pensyarah Ini Beri Teguran

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 383 hits
Kita Harus Sedar Bukan Semua Yang Datang Dari Barat Itu Baik Wanita Sudah Hilang Rasa Malu Pensyarah Ini Beri Teguran Kecantikkan seorang wanita bukan hanya terletak pada paras rupa kedudukan ilmu pengetahuan sahaja malahan ia juga berkait ...
Layan Makan Kek Ksr Sesedap Rasa

Layan Makan Kek Ksr Sesedap Rasa

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 467 hits
hai assalammualaikumLayan Makan Kek KSR Sesedap Rasa Semua orang suka makan kek macam tu juga dengan nad Tapi sejenis orang macam nad kalau boleh setiap hari nak kena ada kek dekat rumah Sebabnya kadang lepas makan nasi atau petang tekak ni...
Ayam Goreng Sos Thai Rasa Sedap Buat Senang Masak Cepat

Ayam Goreng Sos Thai Rasa Sedap Buat Senang Masak Cepat

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 791 hits
Anda menyukai masakan Thai Resipi ini sungguh mudah dan korang boleh cuba kerana ia sangat mudah dan sedap dihidangkan terus sebaik siap disediakan Menu Ayam Sos Thai Daun Limau Purut ini pasti sekali cuba teringin buat lagi AYAM GORENG SOS...
Ini Tip Bersih Udang Cara Memasak Yang Paling Senang

Ini Tip Bersih Udang Cara Memasak Yang Paling Senang

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 625 hits
Ingin makan masakan udang yang sedap dan terasa manis dan segar isinya tanpa perlu keluar duit banyak makan di restoran ternama atau hotel ye Sebenarnya korang boleh je masak sendiri di rumah hanya dengan ikut tip cara membersih dan memasak...
Udang Sambal Daun Kari

Udang Sambal Daun Kari

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 942 hits
Udang Sambal Daun Kari Minggu lepas punya resepi Tapi baru nak share hari ni Biasalah Busy kalah menteri Asyik makan ayam ikan je Bosan juga Sesekali tukar selera Makan seafood pula la Tengok udang kat Pasar Murah dan besar besar Belilah ka...
Pdip Jokowi Bangun Rasa Percaya Diri Masyarakat Adat

Pdip Jokowi Bangun Rasa Percaya Diri Masyarakat Adat

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 278 hits
Hasto mengungkapkan dukungan Jokowi kepada masyarakat adat nusantara dibuktikan dengan perhatiannya kepada mereka Menurutnya dukungan tersebut sejalan dengan PDIP yang menempatkan masyarakat adat dalam kearifan lokal dan masuk dalam Kongres...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt