Kurikulum Baharu Selari Dengan Keperluan Ir4 0 Maszlee


KUALA LUMPUR, 29 JUL: Kementerian Pendidikan sedang merancang kurikulum baharu sesuai dengan keperluan Revolusi Industri keempat (IR4.0), kata Menterinya, Dr Maszlee Malik.
Kurikulum itu akan mengandungi tiga elemen utama – Struktur Kurikulum Organik dan Fleksibel; Transformasi Penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran; serta Penilaian Alternatif bagi membantu generasi akan datang menghadapi era revolusi yang lebih mencabar.

“Kita akan mencorakkan sistem pendidikan agar dapat mempersiapkan anak kita bagi menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar pada era revolusi IR 4.0, maka kurikukum kita menjurus kepada IR 4.0.

“We have to admit that the language of technology and the IR 4.0 is based on English. Sciences, all the computing, coding, robotic, these subjects are depends on English. If we want to master all those segment and specialities we (must) do it in English.

(“Kita perlu mengakui bahawa bahasa teknologi dan IR4.0 berdasarkan bahasa Inggeris. Sains, semua komputer, koding, robotik, mata pelajaran ini bergantung kepada bahasa Inggeris. Jika kita ingin menguasai semua segmen itu dan kepakaran kita (mesti) buat dalam bahasa Inggeris.)

“Dalam menghadapi era IR 4.0, kita dihadapkan dengan kepakaran yang tidak pernah wujud, pelbagai bidang baharu. Jadi kita perlu perlengkapkan anak kita dengan teknologi IR 4.0 itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan Laporan Tahunan 2018 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Auditorium Sasana Kijang Bank Negara di sini.
Dalam pada itu mengenai laporan berkenaan, Maszlee berkata beberapa pencapaian dicapai iaitu peningkatan enrolmen pra sekolah kebangsaan sebanyak 85.4 peratus pada 2018 berbanding 84.3 peratus bagi 2017.

Selain itu, program Sifar Cicir Murid telah menunjukkan pengurangan kadar keciciran sebanyak 26.1 peratus di peringkat menengah dan 25.6 peratus di peringkat sekolah rendah.

Beliau berkata, melalui usaha membudayakan Pengajaran Abad ke-21 (PAK 21) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kementerian berjaya meningkatkan jumlah Sekolah Penarafan KBAT yang mencapai tahap cemerlang iaitu 67 peratus (189 daripada 282 sekolah) pada tahun lepas berbanding 4.6 peratus (13 daripada 282 sekolah) ketika 2017.

“Kita juga telah meningkatkan kecekapan dengan pembaikpulihan jumlah sekolah daif sehingga tiga kali ganda iaitu melibatkan 394 sekolah pada 2018 berbanding 120 sekolah pada 2017,” jelasnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Maszlee berkata pihaknya tidak berhasrat meminda waktu persekolahan di seluruh negara sebaliknya menasihatkan ibu bapa supaya memastikan keselamatan anak mereka ke sekolah.

Menteri itu menjelaskan kementerian masih kekalkan waktu persekolahan sedia ada selain tiada perancangan untuk mempercepatkan atau melambatkan sesi persekolahan.

“Kementerian masih kekal dengan waktu persekolahan yang sedia ada, kita tidak pernah awalkan. Jadi diminta ibu bapa dan komuniti memberikan perhatian kepada kebajikan anak mereka dan anak di kawasan persekitaran,” katanya.

Beliau mengulas satu laporan berita tempatan mengenai keadaan gelap atau kelam kerana kurang pencahayaan di kawasan laluan ke sekolah, boleh menyebabkan pelajar yang keluar awal untuk persekolahan sesi pagi terdedah menjadi mangsa jenayah. – BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/08/kurikulum-baharu-selari-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Sampai Masa Nilai Semula Janji Manifesto Malaysia Baharu

Sudah Sampai Masa Nilai Semula Janji Manifesto Malaysia Baharu

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 308 hits
PH perlu untuk berterus terang dengan rakyat Malaysia dan mengakui jika ada sesetengah janji yang dibuat itu adalah hampir mustahil untuk dilaksanakan Kerajaan Pakatan Harapan diingatkan supaya menilai semula janji Malaysia Baharu dan manif...
Adik Pm Singapura Dipelawa Masuk Parti Pembangkang Baharu

Adik Pm Singapura Dipelawa Masuk Parti Pembangkang Baharu

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 163 hits
Adik PM Singapura dipelawa masuk parti pembangkang baharu Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Jul 2019 9 30PM
Logo Baharu Kempen Melawat Malaysia 2020

Logo Baharu Kempen Melawat Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 415 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan logo baharu kempen Melawat Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Logo yang merupakan sebahagian daripada kempen Melawat Malaysia 2020 itu menampilkan pelbagai ikon Ma...
Sebuah Versi Pembangunan Windows 10 Tertiris Memperlihatkan Rekaan Menu Start Baharu

Sebuah Versi Pembangunan Windows 10 Tertiris Memperlihatkan Rekaan Menu Start Baharu

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 153 hits
Menu Start pada Windows 10 masih tidak mempunyai sebarang pembaharuan yang besar sejak ia diperkenalkan Namun melalui sebuah versi pembangunan Windows 10 yang tertiris antaramukanya mungkin akan berubah dengan memperlihatkan rekaan yang ber...
Nokia 220 4g Dan 105 Baharu Dilancarkan Dengan Bateri Boleh Bertahan Hampir Sebulan

Nokia 220 4g Dan 105 Baharu Dilancarkan Dengan Bateri Boleh Bertahan Hampir Sebulan

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 179 hits
Di Malaysia telefon pintar mendominasi pasaran kerana harga jualannya yang kini amat mampu milik Tetapi di negara dunia ketiga dengan ekonomi yang sedikit mundur telefon pintar selular biasa masih mempunyai tempat di pasaran Oleh itu Nokia ...
Semangat Baharu Aqmal

Semangat Baharu Aqmal

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 108 hits
Mula menceburi bidang nyanyian sejak dua tahun lalu namun langkah Aqmal terhenti seketika apabila lagu pertamanya kurang mendapat sambutan Tambahan pula ketika itu dia mengikat kontrak sebagai pemain futsal Melaka Sehubungan itu anak muda b...
Ketiadaan Tapak Pelupusan Sampah Baharu Johor Teruskan Projek Di Bukit Payong

Ketiadaan Tapak Pelupusan Sampah Baharu Johor Teruskan Projek Di Bukit Payong

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 302 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Landskap Baharu Politik Melayu

Landskap Baharu Politik Melayu

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 279 hits
ADA dua peristiwa penting dan menarik kepada politik Melayu Islam sejak beberapa minggu ini Peristiwa ini boleh menjadi pembolehubah baharu kepada politik negara Pertamanya persetujuan dua parti politik Muslim terbesar di negara ini UMNO da...
Kkm Gubal Akta Baharu Berkaitan Vape Rokok Eletronik Dan Shisa

Kkm Gubal Akta Baharu Berkaitan Vape Rokok Eletronik Dan Shisa

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 299 hits
Seri Iskandar Kementerian Kesihatan akan menggubal satu akta baharu bagi mengawal selia penggunaan tembakau vape rokok elektornik dan shisha Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata akta yang dinamakan Akta Tembakau itu dijangka dap...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly