Landskap Baharu Politik Melayu




ADA dua peristiwa penting dan menarik kepada politik Melayu Islam sejak beberapa minggu ini. Peristiwa ini boleh menjadi pembolehubah baharu kepada politik negara.
Pertamanya persetujuan dua parti politik Muslim terbesar di negara ini, UMNO dan Pas untuk memeterai persetujuan mengadakan kerjasama dalam pilihan raya umum akan datang.
Walaupun kandungan persefahaman kerjasama ini belum diumumkan, ia tentulah berkisar kepada pembahagian kerusi di kawasan-kawasan majoriti Melayu-Islam bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.
Persetujuan itu sangat menarik kerana dua parti ini sudah bermusuhan berdekad lamanya sejak sebelum merdeka dan tidak pernah menampakkan sinar penyatuan atas nama persamaan agama dan bangsa.
Walaupun Pas kembali bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas Peristiwa 13 Mei 1969, namun kerjasama itu hanya bertahan tidak sampai lapan tahun dan berakhir akibat krisis kepimpinan kerajaan Kelantan.
Perubahan pucuk pimpinan kedua-dua parti pada 1980-an memperlihatkan limpahan perseteruan semakin melebar melampaui ruang lingkup politik kepartian semata-mata.
Pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad daripada tampuk kepimpinan negara dan UMNO pada 2003 turut memberi kesan kepada hubungan kedua-dua parti ini.
Walaupun permusuhan masih nyata, namun cara kepimpinan Presiden UMNO di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi dimensi baharu kepada hubungan UMNO-Pas.
Pada 2008, UMNO dan Pas mengadakan perbincangan peringkat tertinggi mengenai kemungkinan kerajaan campuran Pas-BN di Selangor. Sungguhpun usaha itu gagal, namun perbincangan ini memberi isyarat bahawa UMNO dan Pas boleh duduk semeja membincangkan perkongsian kuasa.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Pas mula menyedari niat dan agenda sebenar DAP. Ini menyebabkan Pas mula menjarakkan diri dengan Pakatan Rakyat dan mengambil keputusan meninggalkan pakatan tersebut dan bertanding secara sendiri dalam PRU14.
Sejak berakhirnya pilihan raya umum lalu, wujud usaha bersungguh-sungguh daripada kedua-dua parti untuk saling membantu dalam pilihan raya kecil yang diadakan.
Namun kerjasama tidak formal dilihat hanya bersifat sementara dan tidak kukuh dalam mencari titik persamaan.
Justeru, dalam PRK Semenyih Februari 2019, Timbalan Presiden UMNO, yang merupakan pemangku Presiden ketika itu, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan hasrat penubuhan Jawatankuasa Kerjasama UMNO-Pas bagi mengkaji hasrat menjalinkan kerjasama secara formal.
Mohamad dilaporkan media sebagai berkata: “Kita bersetuju untuk mengadakan rundingan dan kerjasama di peringkat pusat selepas tamat PRK (pilihan raya kecil) (Dewan Undangan Negeri) Semenyih ini. UMNO akan dipengerusikan (diketuai) oleh saya sendiri, manakala Pas oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.”
Peristiwa kedua yang tidak kurang penting ialah ‘perang’ antara dua pemimpin Melayu berpengaruh dalam Pakatan Harapan akibat skandal video seks luar tabii yang tersebar beberapa minggu lalu.
Kedua-dua tokoh itu dicanang-canang sebagai bakal Perdana Menteri kelapan bagi menggantikan Dr Mahathir.
Walau apa juga kenyataan politik dan permainan bahasa, rakyat dapat melihat dengan jelas perpecahan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sama seperti permusuhan UMNO-Pas yang berdekad lamanya, demikian juga persahabatan akrab antara Anwar dan Azmin sudah terlalu lama dan kukuh selama berdekad.
Rasanya tiada sesiapa akan menyangka suatu hari nanti pasangan Anwar dan Azmin yang berkongsi hampir seluruh kehidupan politik mereka ketika megah di Kementerian Kewangan atau dihumban ke jalanan pada zaman reformasi akan berantakan sebegini rupa.
Siapa sangka UMNO dan Pas akan bekerjasama, manakala Anwar dan Azmin akan berpecah. Kedua-dua faktor ini mungkin akan mengubah landskap politik negara sedikit masa lagi.
Walau apa juga permainan bahasa, rakyat dapat melihat dengan jelas perpecahan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.”
Abd Jalil Backer
Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/29/landskap-baharu-politik-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Pendidikan Politik Supaya Tak Babi Buta Laksana Undi18

Beri Pendidikan Politik Supaya Tak Babi Buta Laksana Undi18

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 177 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Ahli politik jangan ambil kesempatan ajar remaja berpolitik di sekolahBANGI Ahli politik diminta tidak mengambil kesempatan menggunakan golongan remaja dengan mengajar mereka bermain politik kepartian di sekolah susu...
Mengapa Setiausaha Politik Anwar Ditahan

Mengapa Setiausaha Politik Anwar Ditahan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 449 hits
Setiausaha Politik kepada Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak adalah antara pemimpin PKR yang paling lantang bersuara dalam isu video seks membabitkan Datuk Seri Azmin Ali Pada 18 Jun Farhash melal...
Kerjasama Politik Pas Dan Umno Ditangguh

Kerjasama Politik Pas Dan Umno Ditangguh

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 330 hits
Kerjasama Politik PAS dan UMNO Ditangguh sementara UMNO dan PAS menangguhkan proses memuktamadkan piagam kerjasama politik dua parti bagi menumpukan perhatian kepada urusan pindaan Rang Undang undang Perlembagaan di Dewan Rakyat hari ini Ke...
Dr M Kes Video Intim Ada Gerakan Politik Jatuhkan Azmin

Dr M Kes Video Intim Ada Gerakan Politik Jatuhkan Azmin

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 335 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi tampil mempertahankan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan isu video intim Mahathir berkata beliau berasa pelik dengan tindakan individu yang cuba m...
Ahy Sebut Arah Politik Demokrat Bakal Diputuskan Sby

Ahy Sebut Arah Politik Demokrat Bakal Diputuskan Sby

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 180 hits
Hal itu pula yang disampaikan AHY saat ditanya mengenai perebutan kursi pimpinan MPR yang saat ini tengah dibidik sejumlah parpol
Kpn Telah Menjadi Alat Ahli Politik

Kpn Telah Menjadi Alat Ahli Politik

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 582 hits
Inilah yang akan berlaku apabila anda menjadi baruah ahli politik Anda akan terpaksa membuat apa sahaja sekiranya tuan anda membunyikan locengnya Loceng telah pun dibunyikan dan Hamid kena buat apa sahaja termasuk menyelamatkan Azmin Dan it...
Pas Dan Umno Tangguhkan Dahulu Proses Kerjasama Politik

Pas Dan Umno Tangguhkan Dahulu Proses Kerjasama Politik

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 260 hits
PAS dan UMNO hari ini memutuskan untuk menangguhkan dahulu proses piagam kerjasama politik diantara kedua dua parti bagi memberi sepenuh tumpuan kepada pindaan Rang Undang undang Perlembagaan di Dewan Rakyat Setiausaha Agung PAS Datuk Takiy...
Mayat Pemimpin Politik Dalam Keadaan Meragukan

Mayat Pemimpin Politik Dalam Keadaan Meragukan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 238 hits
KUANTAN Mayat lelaki dipercayai pemimpin parti politik di Kuantan ditemui kira kira 2km dari kenderaannya di Gebeng malam tadi Memetik laporan Harian Metro dalam kejadian 10 45 malam itu mayat mangsa ditemui orang awam yang kemudian memaklu...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi