Kurik Kundi Mesej Yang Ingin Disampaikan Melalui Lagu


Menurut Kamus Edisi Keempat, “Kurik” adalah bermaksud “Bintik-bintik” manakala “Kundi” adalah sejenis saga yang digunakan untuk menimbang emas. Jadi, “Kurik Kundi” bermaksud “Bintik-bintik yang terdapat pada sejenis saga yang digunakan untuk menimbang emas”. Dalam bidang hiburan, “Kurik Kundi” adalah sebuah lagu yang mula dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza pada tahun 2002. Lagu sepanjang 5 minit 54 saat itu telah digubah oleh Pak Ngah, di mana penulis liriknya adalah Nurul Asyiqin. Kurik Kundi adalah antara lagu dalam album Sanggar Mustika.
Secara umumnya, Siti Nurhaliza telah menampilkan tujuh (7) loghat bahasa Melayu dalam lagu ini. Loghat tersebut adalah Pulau Pinang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Sabah dan Sarawak di mana bahasa Melayu baku dijadikan sebagai pembuka dan penutup lagu. Mesej yang ingin disampaikan adalah, bahasa Melayu mempunyai banyak loghat. Bukan sahaja di Malaysia, malah negara-negara di Nusantara turut mempunyai loghat bahasanya yang tersendiri. Malah loghat-loghat negeri di Malaysia boleh ditemui di negara jirannya, Indonesia.
Antara rangkap senikata yang terdapat dalam lagu Kurik Kundi adalah “Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan, Nak berkisar kaya tutur bicara, Kalau tinggi untung jadi bintang, Oh… oh… oh…, Kalau rendah masih jadi intan.” Rangkap tersebut adalah dalam bahasa Melayu baku. Mesej dalam rangkap ini adalah tradisi asli orang Melayu mempunyai budi pekerti yang tinggi di sebalik banyak perbualan. Akhlak kita yang paling rendah tetap dianggap tinggi oleh orang lain.
Selain itu, “Teratak mahligai bak dipayung teduhnya, Bila budi melingkar anak asuhan, Adat yang lama berbudi berbahasa, Akar kehidupannya..” Rangkap ini juga adalah dalam bahasa Melayu baku. Mesej dalam rangkap ini adalah, Melayu asli mempunyai adat tradisinya yang tersendiri. Adat tradisi yang berbudi bahasa adalah akar kepada kehidupan orangnya.
“Hang dok pi hang dok mai, Lagu tu lagu mana, Pi sini pi sana depa menghela sakan, Awatlah dok kalut megah condong ke barat, Mai kita… Pakat tarik ramai-ramai, Biar ke timur condongnya,..”. Rangkap ini adalah dalam loghat Pulau Pinang dan Kedah. Mesej dalam rangkap ini ditujukan kepada semua orang terutamanya anak muda yang lebih mengagungkan budaya luar berbanding budaya asal-usulnya. Pada masa kini, budaya luar telah menjadi darah daging kepada sebahagian besar anak muda. Budaya luar sedikit sebanyak telah melunturkan semangat jati diri mereka. Rangkap ini ditutup dengan permintaan semua pihak agar dapat mengajarkan anak muda tentang budaya aslinya.
“Ada…O…ada E…, Bunyinya tidaklah serupa, Erti tidak berbeza, Betui yong betui sungguh, Betui ape di kate…”. Rangkap ini adalah dalam loghat Perak. Mesej dalam rangkap ini adalah mengenai loghat. Di Perak, terdapat dua (2) dua loghat iaitu “E” dan “O”. Sebagai contoh, kuale (Kuala) dan memikio (Berfikir?). Walaupun loghat Perak mempunyai bunyi yang berbeza, namun isi maknanya tetap sama.
“Teghtek teghning oghe kito, Hok tu keno jago, Jange sapa berlete kale, Luar napok come…jange dale, habih kuca lembe…” Rangkap ini adalah dalam loghat Kelantan. Mesej dalam rangkap ini adalah kita perlulah tata tertib orang kita iaitu orang Melayu. Kita perlulah berusaha mempertahankan tata tertib tersebut daripada kucar-kacir.
 “Selembut madah begitu taghi, Sek ada sakit ghasa di hati, Kame` nyambut madah tuan hulurkan, Kita` nyambut madah kame` hulurkan”. Rangkap ini adalah dalam loghat Sarawak. Mesej dalam rangkap ini adalah, kita tetap menolong orang lain dalam kesusahan walaupun kita sendiri dalam keadaan susah. Tujuan hidup kita adalah untuk memudahkan orang lain dalam melakukan urusan.
Akhir sekali, “Yang kurik tu kundi yang merah tu saga, Baik budi indahlah bahasa, Oh… oh… oh…, Pantun lama tinggi kiasannya..”. Rangkap ini adalah dalam bahasa Melayu baku. Mesej dalam rangkap ini adalah, Melayu tradisional mempunyai kiasannya yang tinggi. Tidak semua pihak mampu mentafsir kiasan tersebut dengan tepat. Kiasan kata-kata digunakan dalam perbualan agar pihak lain tidak berkecil hati.
Kesimpulannya, banyak pesanan yang ingin disampaikan dalam lagu ini. Kita perlulah menghayati pesanan tersebut agar kita disegani dan dihormati oleh orang lain.  Pada pendapat anda, apakah mesej lain yang ingin disampaikan dalam lagu ini? Sila jelaskan di dalam ruangan komen di bawah.
Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots. 

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2018/12/kurik-kundi-mesej-yang-ingin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Norrela Kongsi Pengalaman Hidup Melalui Lagu Di Dalam Moonstruck

Norrela Kongsi Pengalaman Hidup Melalui Lagu Di Dalam Moonstruck

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 257 hits
Hello pembaca kesayangan Baru baru ini Misz ella telah dijemput untuk ke pelancaran album Moonstruck yang dihasilkan oleh Puan Norrela Izni Bila dicerita serba sedikit tentang biodata Norrela Misz ella sangat kagum dan teruja Makanya pada 1...
Syamel Menceritakan Kisah Hidup Melalui Lagu

Syamel Menceritakan Kisah Hidup Melalui Lagu

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 430 hits
Sukar menidakkan keserasian penyanyi popular Syamel dan pasangan duetnya Ernie Zakri di pentas persembahan Malah gandingan mereka juga menjadi menerusi kejayaan lagu duet Aku Cinta yang mengungguli trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke...
Lirik Lagu Lelah Mengalah Nayunda

Lirik Lagu Lelah Mengalah Nayunda

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 619 hits
Lelah hati ini Lelah hidup denganmu Walau ku terlanjur sayang pada dirimu Tadi Cik Rose terdengar lagu ni itulah baris yang terngiang di telinga best juga melodi lagunya Cik Rose tak tahu siapa penyanyinya Apa judul lagunya Maka Cik Rose ca...
Lirik Lagu Pulang Insomniacks

Lirik Lagu Pulang Insomniacks

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 1491 hits
Lirik Lagu Pulang Insomniacks kenangan yang telah berlalu takkan ku lupa hanya engkau yang aku mahu sudah tentu kisah cintaku bersamamu tidak sempurna walau apa pun kita tetap akan bersama hariku lebih indah pabila kau ada ku menunggu kau p...
Lirik Lagu Janji Terindah Shalma Eliana

Lirik Lagu Janji Terindah Shalma Eliana

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 831 hits
Lirik Lagu Janji Terindah Shalma Eliana Inginku isi hatimu Dengan seluruh hidupku Akan ku sejukkan ia Penuh senyuman ceria Hasratku Hanyalah untuk Buatmu gembira Agar kau bahagia Jujurku Kan terus setia Kan sungguh setia Padamu pujaanku Uca...
Lirik Lagu Dia Anji

Lirik Lagu Dia Anji

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 358 hits
Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemuAku yang pernah terluka kembali mengenal cintaHati ini kembali temukan senyum yang hilangSemua itu karena diaOh Tuhan ku cinta diaKu sayang dia rindu dia inginkan diaUtuhkanlah rasa cinta di hatikuHan...
Lirik Lagu Jangan Pelik Kmy Kmo X B Heart X Joe Sharel

Lirik Lagu Jangan Pelik Kmy Kmo X B Heart X Joe Sharel

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 452 hits
Kmy KmoEy Takyah pelikYang gerak sorang sorang bukan sombong ke langitYang gerak sorang sorang bikin sejarah baikYang gerak sorang sorang peduli orangYang gerak sorang sorang sebab tak nak kacau korangEh wow ni masa sekarangApa dah jadi ope...
Lirik Lagu Salah Makan Bad The Hood

Lirik Lagu Salah Makan Bad The Hood

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 559 hits
JEMBALANG Rest in peace walau kawan sejak lahir Aku diss sebab engkau pernah hadir Duit engkau besar mana takkan buat aku kerdil Macam najib ballin ringgit tapi trust ku kat mahathirTulang patah ramai mengiau Di era baru ramai mengigauDajal...
Lirik Lagu Ku Bersuara Ernie Zakri

Lirik Lagu Ku Bersuara Ernie Zakri

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 734 hits
Lirik Lagu Ku Bersuara Ernie Zakri Assalamualaikum Salam Sejahtera gais Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah lagu baru dari Ernie Zakri yang berjudul Ku Bersuara Lagu ini dikeluarkan oleh Rocketfuel Entertainment secara digital...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri