Kurangkan Subsidi T20 Penjimatan Besar Negara Berita Harian 15 02 2023


 

KUALA LUMPUR: Pengurangan subsidi kepada golongan kaya (T20) adalah satu penjimatan yang besar kepada negara, sekali gus membantu meningkatkan semula ekonomi.
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin, berkata ia juga dapat mewujudkan pemberian subsidi bersasar kepada golongan yang layak.
Katanya, selain golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40), golongan berpendapatan 40 peratus sederhana (M40) juga semakin terkesan dengan keadaan ekonomi ketika ini.
"Ketika ini kerajaan berbelanja besar untuk subsidi yang dapat dinikmati oleh semua golongan termasuk bukan rakyat Malaysia, seperti rakyat Thailand dan Singapura terutama subsidi petrol dan diesel.
"Ini adalah satu pembaziran sejak sekian lama dan tidak sepatutnya berlaku.
"Oleh itu FOMCA berharap supaya subsidi bersasar selepas ini dapat dilaksanakan dengan sewajarnya," katanya kepada BH, hari ini.
Media melaporkan kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau cukai kepenggunaan lain dalam Belanjawan 2023 bagi menjana pendapatan negara dan menyelesaikan hutang kerajaan.
Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan akan memperkenalkan langkah lain dalam usaha mengurangkan perbelanjaan dan menyelesaikan hutang negara yang kini mencecah RM1.5 trilion, mewakili 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Antara langkah itu katanya, termasuklah pengurangan subsidi bagi T20 seperti dilakukan dalam isu subsidi elektrik.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, menyambut baik hasrat kerajaan yang tidak bercadang untuk memperkenalkan semula GST atau cukai kepenggunaan lain.
Katanya, ini kerana ketika ini rakyat sudah terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Jadi jika ada cukai kepenggunaan yang kerajaan berusaha mahu perkenalkan, sudah pasti akan terus membebankan terutama kepada golongan kurang berkemampuan," katanya.
Berkenaan pengurangan subsidi bagi golongan T20 pula katanya, ia sepatutnya dilaksanakan sejak sekian lama kerana ketika ini, mereka yang tidak sepatutnya mendapat subsidi turut menikmatinya.
Katanya, subsidi bersasar perlu dilaksanakan segera supaya hanya mereka yang layak dapat menerima bantuan yang sewajarnya.
"Mungkin selepas ini boleh laksanakan cara siapa yang layak dan perlukan subsidi seperti subsidi petrol dan diesel perlu membuat permohonan.
"Dengan cara ini, hanya mereka yang layak sahaja yang akan peroleh subsidi dan bukan lagi rakyat negara lain yang sering mengambil kesempatan ketika ini," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian
'KURANGKAN SUBSIDI T20 PENJIMATAN BESAR NEGARA'
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1064517/kurangkan-subsidi-t20-penjimatan-besar-negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/02/kurangkan-subsidi-t20-penjimatan-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Kosong Lppkn 2023 Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Wow

Jawatan Kosong Lppkn 2023 Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Wow

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 234 hits
Jawatan Kosong LPPKN 2023 Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Terkini Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Jawatan Kosong Februari 2023 telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawara...
Kehilangan Wilayah Di Mana Mana Negara Adalah Masalah Besar Pm

Kehilangan Wilayah Di Mana Mana Negara Adalah Masalah Besar Pm

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 201 hits
Dalam perkembangan lain Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan KKM akan bentang kertas putih perolehan vaksin dan kos berkaitan Selain satu lagi kertas putih sedang disiapkan berkenaan isu Batu Putih yang tidak berkesudahan ek...
Rekod 48 791 Kes Muflis Harian Metro 01 02 2023

Rekod 48 791 Kes Muflis Harian Metro 01 02 2023

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 349 hits
Kuala Lumpur Sebanyak 48 791 kes muflis membabitkan rakyat negara ini direkodkan bagi tempoh lima tahun sehingga November tahun lalu Berdasarkan data Jabatan Insolvensi Malaysia Selangor mencatatkan angka tertinggi muflis iaitu 11 936 kes d...
Ppim Gesa Guna Budi Bicara Tarik Kereta Berbaki Pinjaman Kecil Harian Metro 04 02 2023

Ppim Gesa Guna Budi Bicara Tarik Kereta Berbaki Pinjaman Kecil Harian Metro 04 02 2023

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 267 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa institusi kewangan untuk menggunakan budi bicara dalam isu tarik kereta khususnya yang mempunyai baki pinjaman dalam jumlah kecil Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya m...
Belanjawan 2023 Dijangka Kekal Cadangan Kurang Cukai M40 Kenaikan Untuk T20

Belanjawan 2023 Dijangka Kekal Cadangan Kurang Cukai M40 Kenaikan Untuk T20

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 236 hits
Kerajaan dijangka memotong cukai pendapatan 2 kepada M40 dan tambahan cukai 0 5 untuk T20 pada pembentangan Belanjawan 2023 kata CTIM KUALA LUMPUR Institut Percukaian Malaysia berpendapat tiada cukai baharu diperkenalkan dalam pembentangan ...
2023 Audi E Tron Gt

2023 Audi E Tron Gt

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 268 hits
The 2023 Audi e tron GT is an that is both thrilling to drive and environmentally friendly With a motor on each axle the e tron GT can produce up to 637 horsepower in the top of the line RS model While the vehicle s highway range may not be...
Indonesia Event Management Summit 2023 Menggali Potensi Ekonomi Industri Event Ri

Indonesia Event Management Summit 2023 Menggali Potensi Ekonomi Industri Event Ri

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 226 hits
IVES tahun ini bertemakan Connecting and Adapting to Elevate dan akan digelar secara hybrid pada 21 22 Februari di Jakarta Convention Center Senayan
Tarikh Bayaran Bantuan Jkm 2023 Semakan Online

Tarikh Bayaran Bantuan Jkm 2023 Semakan Online

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 456 hits
Tarikh Bayaran Bantuan JKM 2023 Penerima bantuan darpada Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah pastinya ingin tahu tarikh pembayaran bantuan ini bagi tahun 2023 Apa yang lebih menarik adalah penerima bantuan kini boleh membuat semakan pembayar...
Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bisnes A Bisnes B

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Yb Wong Chen Says Opposition Parties Now In Govt Embraced Money Politics

Awas Polis Tiada Kaitan Dengan Iklan Dapatkan Semula Wang

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law