Kuno Betul Hadi





 


Balik-balik DAP juga yang salah
Oleh DR SHAHNOR BASRI / February 23, 2022Pada 4 Mei 2014, Pemuda MCA bersama sekumpulan mewakili NGO dengan diketuai oleh Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan ketika itu Tan Kok Eng telah mengadakan satu demonstrasi di hadapan ibu pejabat Pas membantah
rancangan parti itu membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud.
Penulis tidak pasti adakah pada masa itu Presiden Pas menyalahkan DAP atau tidak kerana MCA membantah pembentangan RUU persendirian hudud itu.
Berikutan dengan itu juga, Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh mendakwa undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas adalah undang-undang kuno yang cadangannya perlu ditentang oleh semua Ahli Parlimen. Adakah pada masa itu DAP juga dipersalahkan?
Inilah keajaiban yang berlaku dalam Pas, apabila tidak dapat menghujah dengan rasional dan berfakta akan sesuatu perkara, yang menjadi mangsa tudingan mereka adala ‘ratib salah DAP’ 33x, ‘ratib sebab DAP’ 33x dan ‘ratib ciptaan DAP’ 33x.
Kini mereka bersama kerajaan yang turut disertai oleh MCA dan MIC, maka mungkin mereka sama-sama meratib dalam satu majlis meratib yang sama!
Inilah yang keajaiban Presiden Pas dan mereka yang bersama dengannya. Mangsa terikini Presiden Pas dengan hujah yang amat cetek dan tidak berfakta adalah cubaan untuk meremehkan dan melunyaikan Parti Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA).
Beliau menyatakan seperti mana tohmahan terdahulu terhadap Parti AMANAH Negara di awal penubuhannya, bahawa MUDA adalah ciptaan DAP untuk mengumpan pengundi Melayu. DAP juga yang salah!
Entah apalah minda Presiden Pas yang sangat kabur, cetek dan jauh sekali dari budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang pernah menjadi slogan ciptaan Pas.
Minda senget dan tumpul sebegini bukan akan membangun ummah tetapi akan mengorbankan ribuan jiwa anak-muda yang mahukan perubahan dan bergerak kehadapan di persada politik negara. Mereka harus digalakkan dan diberikan sinergi untuk membina jati-diri sebagai pemimpin masa hadapan. Kepimpinan itu juga tidak semestinya lahir dari Pas.
Politik matang dan sejahtera harus berlandaskan kepada politik sihat dan keterbukaan. Apalah salah MUDA untuk dikaitkan sebagai lahir dari rahim DAP dalam politik negara.
Mereka harus dibimbing dan diberi peluang langkah pertama untuk masuk gelanggang. Gelanggang itu mestilah yang adil, saksama dan jauh dari budaya hasutan buruk seperti yang diketengahkan oleh minda senget dan tumpul Presiden Pas.
Daripada mana pula lahirnya kesepakatan Pas dalam Perikatan Nasional setelah bersusah-payah memberikan penerangan untuk meyakinkan ahli mengenai kesepakatan dalam Muafakat Nasional bersama Umno! Bercucuran air mata Tan Sri Annuar Musa, SU Agong Umno ketika itu kerana kejayaan mengikat tali pertunangan antara Umno-Pas.
Namun belum lagi sempat menikah, tidak ketahuan mana arah pengantin perempuan dan pengantin lelaki! Adakah kerana kuasa yang dapat membuncitkan poket dengan gaji puluhan ribu, kereta rasmi Vellfire dan kedudukan dalam tahta kekuasaan, maka pertunangan perlu dirungkai.
Mana dia janji-janji menegakkan Islam, membangun bersama Islam, pembentangan RUU Hudud. Adakah kerana kini makan setalam dan tidur sebantal dengan MIC dan MCA, maka kecapilah hidangan yang ada dahulu.
Adakah DAP juga yang salah kerana tidak dapat melancarkan janji-janji manis untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia?
Bersama Perikatan Nasional (PN) yang terdiri dari golongan pengkhianat dan pemecah kesatuan kerajaan yang memenangi pilihanraya, adakah ini juga telah menjadi halal dan suci?
Angkara DAP jugakah perbuatan merungkai pertunangan pertama dengan menerima suntingan mempelai baharu dan terus berijab-kabul. Ini semua angkara DAP!
Begitulah ceteknya pemikiran seorang pemimpin yang ketandusan modal, kecetekan hujah dan kedangkalan idea untuk mematah hujahan dan menilai suasana semasa. Sedangkan politik matang adalah politik bermaklumat dan didokong oleh fakta yang sahih dan berkredibiliti.
Mematah hujah pesaing dan juga menilai perkembangan semasa seharusnya dalam suasana serba bermaklumat dan data-raya nya (big data) hendaklah kukuh, boleh dipertahankan dan berpaksikan kebenaran. Hujah mempersalah dan memandang rendah terhadap kebolehan pesaing kita adalah amalan kolot, cetek, otak senget dan mundur.
Masyarakat Malaysia, marilah kita membuka minda dan menilai kata-kata sumbang pemimpin yang bertopeng jubah dan serban. Mereka hanya mampu menuding jari, hakikatnya mereka miskin akhlak, tumpul idea dan sempit akal serta hujah.
Masyarakat Malaysia, ingatlah pengkhianatan yang telah berlaku. Pengkhianatan terhadap mandat rakyat dan pendustaan kepada anda dalam janji-janji mereka untuk memimpin dengan penuh kejujuran dan membawa negara kearah reformasi total dari sudut tadbir urus, governan baik, kesaksamaan dan disamping mempertahan kedaulatan negara dengan Raja Berpelembagaan.
Mereka pengkhianat amanah rakyat dalam Pilihanraya ke 14, pengkhianat yang tamak kekuasaan dan sanggup
bersekongkol dengan parasit-parasit yang telah merosakkan negara selama lebih 60 tahun.
Akhirnya buat masyarakat Malaysia, para pengkhianat dan mereka-mereka yang menghulur perpaduan demi kuasa kepada parasit khianat mandat rakyat ini akan sebuah hadith Nabi SAW yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim;
Daripada Abdullah Ibn Mas’us R.A dari Nabi S.A.W , baginda bersabda “Untuk setiap orang yang berkhianat akan diberikan sebuah panji pada hari kiamat yang bertuliskan “Inilah pengkhianatan si fulan” .
Mungkin kamu boleh menyembunyikan khianat kamu dengan perlbagai helah dan alasan didunia, tetapi kamu tidak akan boleh lari dari membawa panji yang berlambangkan “Inilah Pengkhianatan Kami YB sekian dan sekian”. Semua itu bukan salah dan kehendak DAP!
Penulis merupakan Felo Akademi Sains Islam Jordan.
Penafian: Penulisan ini merupakan pendapat penulis dan tiada kaitan dengan pendirian akademi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/kuno-betul-hadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Hadi Awang Makin Mengarut

Ucapan Hadi Awang Makin Mengarut

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 148 hits
MOHD AFFENDI ABASBila Ularmak dunia berbicara Semua kata nya tidak berdasarkan fakta tetapi lebih kepada auta Agaknya dia dah nyanyuk sampai lupa bahawa Menteri PH yg jadi PNgkhianat tu lagi ramai dari yang kekal dalam Pakatan Harapan
Hanipa Amanah Born From Hadi S Weakness Not Dap

Hanipa Amanah Born From Hadi S Weakness Not Dap

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 166 hits
Sepang MP Hanipa Maidin has reminded PAS president Abdul Hadi Awang of how it was his alleged weak leadership that triggered an exodus of leaders and members who formed Amanah This was after Hadi during a ceramah on Feb 18 accused the DAP o...
Hadi Patut Disaman Saja

Hadi Patut Disaman Saja

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 149 hits
AMANAH dan Muda ciptaan DAP Oleh HANIPA MAIDIN February 20 2022Ada seorang pemimpin tertinggi parti ehem menuduh kononnya Parti Muda dan Parti AMANAH dicipta oleh parti DAP Media lapor antara lain pemimpin itu dikatakan berkata DAP cipta AM...
Pas Jangan Biarlah Hadi Jadi Kaduk

Pas Jangan Biarlah Hadi Jadi Kaduk

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 185 hits
ULASANUsah biarkan Hadi jadi kaduk SAYA tidak tahu sampai bila parti agama akan membiarkan presidennya Abdul Hadi Awang melalut alias mengapur tanpa tentu fasal yang gara garanya bukan menjatuhkan martabatnya sebagai presiden tetapi secara ...
Hadi Berani Kah Jadi Saksi Dengan Sumpah Laknat

Hadi Berani Kah Jadi Saksi Dengan Sumpah Laknat

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 164 hits
TuanKayu ni hangpa suruh buat apa saja pun dia sanggup Janji kekal jawatan KeHKeHKeHKeH PRESIDEN PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dicabar untuk melakukan sumpah laknat bahawa dirinya menjadi saksi kejadian pertemuan fail bertimbun antara Tan Sr...
Hadi Kesal Di Malaysia Hukum Islam Boleh Dibatal Dengan Undang Undang Ciptaan Manusia

Hadi Kesal Di Malaysia Hukum Islam Boleh Dibatal Dengan Undang Undang Ciptaan Manusia

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 176 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang kesal Perlembagaan tidak ditafsirkan mengikut kefahaman Islam sehingga agama yang di bawah naungan raja raja tidak boleh bertindak mengatasi undang undang ciptaan manusia Beliau berka...
Hadi Laments Interpretation Of Federal Constitution In English

Hadi Laments Interpretation Of Federal Constitution In English

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 412 hits
Abdul Hadi Awang says it is unfortunate that Muslims are affected by courts and judges who interpret the constitution in English PETALING JAYA PAS president Abdul Hadi Awang has lamented the interpretation of the Federal Constitution in Eng...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu