Kunjungan Presiden Jokowi Tingkat Perdagangan
Lawatan kerja selama 2 hari Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi ke Malaysia dan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berjaya meningkatkan hubungan dagang dan memperkukuh industri sawit kedua dua negara.
Dalam ucapan menyambut lawatan Jokowi, Datuk Seri Anwar berkata perbincangan dua hala yang dilaluinya ibarat perundingan keluarga dan dipermudahkan dalam kerangka negara bersaudara.
“Ini terbukti dalam hubungan dua hala, dalam mana mana negara di dunia, peningkatan hubungan kerjasama dalam masa yang singkat ini luar biasa
“Termeterainya beberapa memorandum persefahaman selain bidang kerjasama polis Malaysia dan polis Indonesia, juga Menteri Pertahanan Indonesia dan Malaysia, walau tidak tercatat tetapi kerjasama dua hala itu (bergerak) ke tahap membanggakan dan akan memberi manfaat bukan sahaja kepada kerajaan tetapi kepada rakyat,” katanya.
Perbincangan hari ini, menurut Anwar, telah memutuskan beberapa perkara terutama dalam isu isu yang telah sekian lama tertangguh.
Selain itu perbincangan juga, katanya, amat baik dalam soal perdagangan dua hala, pelaburan langsung asing (FDI) Indonesia yang dipermudah, soal Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia dan sokongan kuat Malaysia kepada pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara.
“Dari segi perdagangan itu sangat penting. Itu kita beri penumpuan yang lebih dalam memorandum persefahaman ini tentang FDI, pelaburan di sempadan dipermudahkan.
“Termasuk soal pekerja TKI dan soal sempadan. Cara kita mendukung ibu negara Indonesia di Kalimantan ialah untuk memperkukuh sempadan dan kembalinya saya dari Indonesia (Januari lalu) dalam Belanjawan (2023) kita peruntukkan RM1 bilion bagi memperkukuh badan berkanun dan kastam, imigresen dan insfrastruktur asas (jalan raya penghubung). Ini cara kita beri dukungan kepada Indonesia dalam rangka membina ibu kota,” katanya.
PM juga berkata, buat pertama kali Malaysia dan Indonesia bersetuju memperjuangkan secara bersama isu sawit menghadapi negara negara maju Barat sehingga dianggap ‘kartel baharu sawit’ telah bermula.
“Presiden (Jokowi) tegaskan untuk memelihara pengeluaran (kuantiti dan harga) sawit bukan sahaja syarikat besar tetapi juga pekebun kecil
“Kita sambut dengan baik dan kita ucap tahniah dan kedua dua menteri buat pertama kali, dua negara Malaysia – Indonesia pertahan kepentingan sawit,” katanya.
Kedua dua negara juga, kata PM, meneruskan kerjasama mengenai menangani jerebu, peningkatan soal kebudayaan, pendidikan, dakwah Islam sederhana yang mana Malaysia boleh menggunakan pengalaman di Indonesia untuk digunapakai di negara ini
The post Kunjungan Presiden Jokowi tingkat perdagangan first appeared on Suara Pakatan Daily.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/36438?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kunjungan-presiden-jokowi-tingkat-perdagangan