Kun Kun Riverside Park Hidden Gem Di Sabah


Kalau anda datang ke Sabah, boleh masukkan satu lagi ‘hidden gem’ di Sabah yang anda wajib dikunjungi, iaitu Kun-Kun Riverside Park!
Kun-Kun Riverside Park yang terletak di Tengkulap, Telupid, Sabah ini menawarkan pengalaman yang menenangkan di tengah kehijauan alam semula jadi. 
Dikelilingi hutan hijau dan sungai yang jernih, tempat ni sesuai sangat untuk anda yang nak lari daripada kesibukan dan mencari tempat tenang untuk ‘healing’ atau ‘recharge’. 
Jom baca lebih lanjut mengenai ‘hidden gem’ di Sabah ini. 
BACA JUGA: 20 Tempat Menarik di Kudat, Sabah & Penginapan
Kun-Kun Riverside Park  Kun-Kun Riverside Park adalah sebuah kawasan rekreasi yang terletak di Tengkulap, Telupid, Sabah. Ia dikenali sebagai tempat percutian yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti berkhemah, mandi sungai, berkayak dan sebagainya. 
Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai kemudahan seperti tandas, lampu solar, resthouse, serta kawasan perkhemahan yang luas untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini. 
Tempat ini juga sesuai untuk aktiviti keluarga, percutian santai dan sesi fotografi kerana keindahan landskap semula jadinya. 
Yang paling menarik, kawasan ini tidak mempunyai ‘line’ telefon. Jadi, anda boleh betul-betul ‘disconnect’ daripada dunia luar dan fokus menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga atau kawan-kawan. 
Waktu Operasi Kun-Kun Riverside Park biasanya dibuka setiap hari, namun waktu operasi rasmi boleh berubah mengikut musim atau keadaan cuaca. 
Pengunjung boleh datang seawal pagi sehingga lewat petang untuk menikmati pelbagai aktiviti di sungai dan kawasan sekitarnya. 
Untuk yang ingin bermalam, resthouse dan tapak perkhemahan tersedia dengan tempahan awal bagi memastikan tempat mencukupi terutama pada hujung minggu atau musim cuti sekolah.
Kalau nak betul-betul puas hati, disarankan untuk tinggal sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam untuk cuba semua tarikan yang ada di sini.
Lokasi &Cara Ke Sana Kun-Kun Riverside Park terletak di Tengkulap, Telupid, Sabah. Telupid adalah sebuah pekan kecil yang terletak di antara Sandakan dan Kota Kinabalu. Untuk ke sini, anda boleh memandu dari Kota Kinabalu atau Sandakan.
Perjalanan dari Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira 4-5 jam, manakala dari Sandakan sekitar 2-3 jam bergantung pada keadaan trafik. 
Laluan ke Tengkulap sangat mudah diakses melalui jalan utama dan papan tanda ke Kun-Kun Riverside Park jelas dipaparkan sepanjang perjalanan. 
@aw_allegnna Disconnect with technology allows us to reconnect with nature to fine inner peace and energy. * sungai kun-kun is situated deep inside of Deramakot Forest Telupid. * 100% nature experience. * jln bulan jln estate est.3hours from sandakan. #kunkunriversidepark #deramakotforestreserve #sungaikunkunriversidepark #outdoorsyndicate #jabatanperhutanandaerahderamakot #kunkunrestcentre #kunkuncampside #telupidsabah #sandakansabah #tempatmenarikditelupid #tengkulaptelupid #beaitifulplace #presiousmoments #telupidcampingplace #tempattempatmenarikdisabah
♬ On My Way(DJ版) – 8先生 Namun, untuk masuk ke kawasan Kun-Kun Riverside Park dari jalan utama, anda perlu melalui jalan kecil sepanjang 24KM dan akan melepasi 3 gerbang kawalan yang sebahagiannya masih belum berturap sepenuhnya. Laluan ini agak mencabar terutamanya jika hujan kerana jalan boleh menjadi licin dan berlumpur.
Harga Tiket Masuk Untuk masuk ke Kun-Kun Riverside Park, Tengkulap Telupid, Sabah, pengunjung perlu melalui tiga gerbang kawalan kerana kawasan ini terletak di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah. 
Gerbang Kawalan
Gerbang Pertama (Maxland Estate): Bayaran sebanyak RM30/kereta akan dikenakan. Resit rasmi akan diberikan dan perlu disimpan. Gerbang Kedua: Hanya perlu tunjukkan resit bayaran dari gerbang pertama.
Gerbang Ketiga: Tiada bayaran dikenakan di sini. Caj Masuk ke Kun-Kun Riverside Park
Dewasa: RM5/seorang Kanak-kanak: RM3/seorang Caj Bermalam
Bagi pengunjung yang ingin bermalam (sama ada berkhemah atau menginap), caj tambahan akan dikenakan:
Dewasa: RM5/malam Kanak-kanak: RM3/malam Penginapan & Sewa Pondok
Bagi yang tak nak pasang khemah sendiri atau nak keselesaan ekstra, ada beberapa pilihan menarik:
Sewa bilik: Bermula serendah RM80/malam Sewa pondok (untuk elak hujan): RM60/malam NOTA: Maklumat rasmi mengenai harga tiket masuk ke Kun-Kun Riverside Park tidak tersedia secara dalam laman web rasmi. Untuk maklumat terkini dan tepat, disarankan untuk menghubungi pihak pengurusan Kun-Kun Riverside Park secara langsung sebelum merancang lawatan.
Harga yang dikongsikan adalah berdasarkan perkongsian pengunjung (Susanna Wilfred) di media sosial. 
Tarikan Utama 1. Keindahan Sungai Kun-Kun dan Alam Semula Jadi
Kun-Kun Riverside Park terkenal dengan pemandangan semula jadi yang memukau serta kehadiran Sungai Kun-Kun yang airnya jernih. Di sungai ini pengunjung boleh bermandi-manda, bermain air, melakukan aktiviti seperti berkayak dan sebagainya. 
2. Kawasan Perkhemahan dan Penginapan
Salah satu tarikan utama di sini ialah kawasan perkhemahan yang luas dan selesa di tepi sungai. Pengunjung boleh membawa khemah sendiri atau menyewa kemudahan yang disediakan. Terdapat juga rumah tradisional (resthouse) untuk penginapan, sesuai untuk mereka yang ingin bermalam dengan lebih selesa. 
3. Melakukan Aktiviti Berkayak dan Memancing
Taman rekreasi ini juga menawarkan air seperti memancing dan aktiviti berkayak di sungai dengan kadar sewaan yang berpatutan. Selain itu, kawasan sungai ini juga menjadi lokasi kegemaran peminat memancing kerana keindahan dan ketenangan suasananya. 
4. Tempat Berkelah dan Bersantai
Lokasi ini sangat sesuai untuk aktiviti berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan. Terdapat kawasan lapang di tepi sungai yang boleh digunakan untuk memasang hammock, berehat, atau menikmati makanan sambil dikelilingi kehijauan alam dan pemandangan sungai yang indah. 
@kui_pisang ➡️Kun Kun Riverside Park📌⬅️#nature#fyp #sabahnature
♬ original sound – Kui pisang🔞 – Kui pisang🔞 5. Suasana Kampung dan Komuniti Mesra
Suasana kampung dan penduduknya yang mesra menjadikan pengalaman berkunjung ke sini menjadi lebih manis. Apa yang penting, pastikan anda sentiasa menjaga adab tatasusila dan kebersihan alam. 
BACA JUGA: Pulau Mengalum, Sabah – Tarikan Utama & Aktiviti Menarik
Kemudahan  Antara kemudahan yang disediakan termasuk
Tandas Restoran Tempat letak kereta Lampu Solar Renthouse Camping Site Kayak untuk disewa  Dengan pelbagai aktiviti menarik dan kemudahan yang disediakan, Kun-Kun Riverside Park adalah antara ‘hidden gem’ di Sabah yang sesuai untuk percutian keluarga, kumpulan rakan atau individu. 
Jangan lupa jadikan Kun-Kun Riverside Park sebagai destinasi seterusnya dalam senarai tempat menarik di Sabah yang anda wajib dikunjungi!
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kun-kun-riverside-park/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kun-kun-riverside-park

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Razeef Rakimin Kenapa Saya Diam Isu Pelancaran Jentera Sabah

Razeef Rakimin Kenapa Saya Diam Isu Pelancaran Jentera Sabah

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 104 hits
Sejak dua hari lalu saya dihujani pertanyaan dari pihak media dan anggota Keadilan berkenaan Pelancaran Jentera Pilihanraya Keadilan Sabah yang diadakan baru2 ini Namun saya menolak untuk menjawab sebab memang saya tidak tahu apa2 Jadi apa ...
Cops Bust Geng Amy Housebreaking Gang In Sabah

Cops Bust Geng Amy Housebreaking Gang In Sabah

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 107 hits
Police arrested four men including gang mastermind Amy around Kota Kinabalu on Monday Kota Kinabalu police chief Kasim Muda said the gang had been active in Kota Kinabalu Penampang Papar Kudat and Sandakan targeting quiet residential areas ...
Sabah Scandal Lawyer Presses Azam On Elusive Forensic Report

Sabah Scandal Lawyer Presses Azam On Elusive Forensic Report

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 185 hits
After more than two months since the unedited videos were handed over to the MACC the whistleblower s lawyer has issued a formal letter to its chief commissioner Azam Baki demanding answers on the status of the probe Two months and 10 days ...
Sabah S 9th Tyt Tun Ahmadshah Abdullah Dies At 79

Sabah S 9th Tyt Tun Ahmadshah Abdullah Dies At 79

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 136 hits
The ninth Yang di Pertua Negeri of Sabah Tun Ahmadshah Abdullah has died at the age of 79 KOTA KINABALU The ninth Yang di Pertua Negeri of Sabah Tun Ahmadshah Abdullah has died at the age of 79 His passing was confirmed by a family member A...
Pasport Masuk Sabah Dokumen Lawatan Untuk Warga Semenanjung

Pasport Masuk Sabah Dokumen Lawatan Untuk Warga Semenanjung

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 169 hits
Perlukah Pasport Masuk Sabah Ini Jawapannya Nak pergi Sabah kena bawa passport ke Jawapannya TIDAK PERLU sekiranya anda adalah warganegara Malaysia Sama seperti apabila anda hendak ke Sarawak Namun apabila sampai sahaja di lapangan terbang ...
Sabah S 20 Oil Royalty Demand Still Relevant Says Ex Cm

Sabah S 20 Oil Royalty Demand Still Relevant Says Ex Cm

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 111 hits
Salleh Said Keruak welcomes Sabah s involvement in the downstream oil and gas sectors but insists it cannot replace direct royalty entitlements Former chief minister Salleh Said Keruak said Sabah s call for a 20 oil royalty from Petronas sh...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dah Tau Apa Yang Tok Menilik Tapak Tangan

Bagaimana Saya Menjana Jualan Lebih Rm10 000 Sebulan Di Lazada

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

5 Sebab Mengapa Anak Anda Sukar Untuk Menghafal Sifir

Jana Income 3k 10k Sebulan Dengan Jual Ebook Sendiri

Scooter Day 2025