Kumpulan Syarikat Suria Klcc Memberi Sumbangan Kepada Pihak Hospital Yang Terkesan Dengan Bencana Banjir


KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK HOSPITAL YANG TERKESAN DENGAN BENCANA BANJIR | Assalammualaikum semua. Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan berita tentang bencana banjir yang melanda Semenanjung Malaysia. Kali ini, bencana alam berlaku disaat kita sedang melawan wabak pandemik COVID-19. 
Banyak dugaan kita telah lalui sebagai rakyat Malaysia. Malah, kakitangan hospital kerajaan juga terus bertugas dan tiada rehat yang secukupnya. Mereka terus memberi rawatan yang terbaik kepada mangsa banjir. Tahukah anda, kakitangan hospital juga terkesan dengan banjir yang melanda. 
Kediaman mereka juga terkesan. Jadi, pihak Kumpulan Syarikat Suria KLCC tampil memberi sumbangan kepada Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Putrajaya. 

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK HOSPITAL YANG TERKESAN DENGAN BENCANA BANJIR
Pusat membeli belah di bawah Kumpulan Syarikat Suria KLCC sekali lagi bangkit menghulurkan bantuan berikutan banjir yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang dengan sumbangan barangan keperluan kepada kakitangan dan pesakit yang terkesan di Hospital Kuala Lumpur.

Pada 20 Disember, Pusat Membeli Belah Alamanda Putrajaya telah menyumbangkan barangan bernilai RM10,000 kepada Hospital Putrajaya untuk membantu 168 kakitangan hospital yang terkesan dengan banjir yang melanda sebahagian negeri Selangor seperti Dengkil, Kota Warisan, Banting, Bukit Changgang, Labohan Dagang, Shah Alam dan Warisan Bestari bulan lalu.

Barangan yang disumbangkan termasuklah makanan sedia untuk dimakan dan air minuman yang selalunya sangat diperlukan selepas kejadian bencana alam seperti ini

Pada 31 Disember pula, usaha Alamanda dilengkapkan dengan keprihatinan Suria KLCC yang telah menyumbangkan barangan makanan serta keperluan peribadi bernilai RM20,000 kepada mangsa banjir di Hospital Kuala Lumpur yang terdiri daripada pesakit dan kakitangan hospital itu sendiri. 
Kakitangan tersebut menetap di kawasan yang dilanda banjir seperti Sri Muda, Hulu Langat, Puchong, Shah Alam Dengkil, Gombak dan Jalan Ipoh. 

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Suria KLCC, Ameer Thajudeen kepada Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Paduka Dr. Rohana Johan. 
Selain dari barangan makanan dan minuman, Suria KLCC turut menyumbangkan barangan keperluan peribadi, peralatan mencuci dan mandian. 
Hospital Kuala Lumpur dipilih kerana ia merupakan salah satu hospital yang paling sibuk dalam menangani pandemik Covid-19. 
Sepanjang tahun lalu, Kumpulan Syarikat KLCC juga telah menyumbangkan barangan makanan sedia untuk dimakan kepada anggota barisan hadapan perubatan di Hospital Sungai Buloh and Hospital Putrajaya. 

Berikutan sumbangan tersebut, Dr.  Rohana mengulas, “Kami berterima kasih kepada Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang sentiasa  menghargai anggota barisan hadapan perubatan ketika waktu sukar ini. 
Sumbangan ini tepat pada waktunya yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban anggota barisan hadapan yang sebahagiannya begitu runsing dengan keadaan rumah mereka selepas dilanda banjir.”

Bersimpati dengan sebahagian rakyat Malaysia yang ditimpa musibah di penghujung 2021 and permulaan 2022 ini, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Suria KLCC berkata, “Kami sangat berbesar hati untuk menghulurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan perubatan dan penduduk yang terkesan dengan kejadian banjir disaat mereka memerlukan. 
Kami sangat bersimpati dengan penempatan yang musnah akibat banjir ini ketika kita menantikan kedatangan tahun baru. Kami percaya usaha kami ini dapat diterima sebagai solidariti bersama mangsa banjir,  di mana juga mereka berada. 
Di samping keadaan cuaca yang tak menentu, kami menyeru kepada semua untuk kekal selamat dan sentiasa siap siaga terhadap sebarang ancaman terhadap keselamatan dan kesihatan awam.”
Semoga inisiatif ini diteruskan sampai bila-bila. InsyaAllah. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2022/01/kumpulan-syarikat-suria-klcc-memberi-sumbangan-kepada-pihak-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 488 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Memastikan Wang Sumbangan Banjir Diagih Kepada Mangsa Bencana

Memastikan Wang Sumbangan Banjir Diagih Kepada Mangsa Bencana

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 246 hits
Walaupun ramai yang teruja untuk membantu namun kebimbangan timbul berhubung ketelusan dalam pengurusan wang derma dan sumbangan kepada mangsa Mangsa banjir Zariah Yeop Shamsuddin bersama suaminya Ramli Ahmad dan saudara mara lain melakukan...
Ilmu Nujum Bertopengkan Falak Menunggang Bencana Banjir

Ilmu Nujum Bertopengkan Falak Menunggang Bencana Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 460 hits
ALANG IBN SHUKRIMUN DI SAAT rakyat Malaysia sibuk menguruskan banjir muncul pula mesej mesej ramalan mengenai bencana bencana yang akan datang Dikatakan menurut pendapat ulamak sekian sekian akan berlaku sekian sekian Dikatakan ianya dari k...
Bencana Banjir Pecah Tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Tidak Ada Kerjasama Antara Menteri

Bencana Banjir Pecah Tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Tidak Ada Kerjasama Antara Menteri

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 290 hits
1 Bencana Banjir pecahkan tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Sebenar tidak ada kerjasama sesama Menteri antara Menteri BN UMNO dengan Menteri PN 2 Malah Menteri dari PN PAS pun ikut senyap sunyi Walhal dua Menteri PAS jaga Alam Sekitar da...
Moratorium Hingga 6 Bulan Pmks Terkesan Banjir Noh Omar

Moratorium Hingga 6 Bulan Pmks Terkesan Banjir Noh Omar

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 210 hits
Oleh Usahawan PMKS yang menerima pembiayaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ditawarkan moratorium sehingga enam bulan GAMBAR HIASAN Abd Razak Aid USAHAWAN perusahaan mikro kecil dan sederhana terkesan banjir yang mene...
5 550 Wira Agro Terkesan Akibat Banjir

5 550 Wira Agro Terkesan Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 196 hits
Oleh Timbalan Menteri PUTRAJAYA Kira kira 5 550 Wira Agro dari seluruh negara membabitkan semua subsektor agromakanan terkesan akibat bencana banjir dengan anggaran kerugian berjumlah RM67 72 juta Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Mak...
Hiburan Enggan Disalah Erti Ali Puteh Akui Lebih Berhati Hati Dalam Memberi Bantuan Banjir

Hiburan Enggan Disalah Erti Ali Puteh Akui Lebih Berhati Hati Dalam Memberi Bantuan Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 283 hits
Pelawak yang baru sahaja menggondol gelaran naib juara Maharaja Lawak Mega 2021 memaklumkan bahawa dia akan memperuntukkan sebahagian wang kemenangannya bagi membantu mangsa banjir 2 bulan laluDah Tiada Tempat Bermanja Ali Puteh Rindu Arwah...
Hang Tuah Jaya Dilanda Banjir Rayu Sumbangan Derma

Hang Tuah Jaya Dilanda Banjir Rayu Sumbangan Derma

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 260 hits
Banjir besar yang melanda Melaka sejak semalam menyebabkan kawasan rendah di Parlimen Hang Tuah Jaya ditenggelami air Berbeza dengan kawasan lain di Melaka sebahagian kawasan Hang Tuah Jaya acap kali dilanda banjir kilat akibat kurangnya si...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun