Memastikan Wang Sumbangan Banjir Diagih Kepada Mangsa Bencana


Azzman Abdul Jamal Walaupun ramai yang teruja untuk membantu, namun kebimbangan timbul berhubung ketelusan dalam pengurusan wang derma dan sumbangan kepada mangsa.

Mangsa banjir, Zariah Yeop Shamsuddin bersama suaminya, Ramli Ahmad dan saudara-mara lain melakukan kerja-kerja mengemas, mereka kini terpaksa bermalam di dalam khemah semenjak dua minggu lalu setelah rumah yang didiami musnah akibat banjir di Jalan Sungai Lui, Hulu Langat. Bencana banjir besar yang menyebabkan bandar-bandar besar di Lembah Klang lumpuh baru-baru ini menyaksikan pelbagai parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang memungut derma bagi menyumbang kepada mangsa bencana alam itu.
Namun, persoalan timbul berhubung ketelusan dan bagaimana sumbangan itu dibelanjakan.
Malcolm Chapman yang merupakan pengarah eksekutif salah satu organisasi bantuan antarabangsa Mercy Malaysia bersetuju terdapat kebimbangan mengenai perkara itu, terutama ketika penggunaan media sosial yang meningkat dan dakwaan yang sering dibuat pengguna internet.
Beliau berkata, kebimbangan itu kebiasaannya disebabkan orang ramai ingin pastikan wang yang mereka sumbangkan digunakan untuk tujuan yang betul dan bukannya untuk kegunaan peribadi.
Oleh itu, Chapman menegaskan amat penting supaya organisasi yang mengutip derma daripada masyarakat untuk menunjukkan laporan rangka kerja yang jelas sebagai bukti perbelanjaan menggunakan duit tersebut.
“Bagi memastikan ketelusan dan menangani kebimbangan ini, kami keluarkan laporan rangka kerja yang menyeluruh dan ia disiarkan menerusi laman sesawang Mercy Malaysia,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Malah, laporan ini juga akan diaudit oleh firma pengauditan pihak ketiga yang akan memberi pandangan secara telus dan adil mengenai apa yang kami lakukan.”
Sejak 18 Disember, Malaysia dilanda banjir besar dengan lapan negeri dilaporkan terjejas teruk apabila kediaman penduduk dan bebereapa lebuh raya yang menghubungkan daerah dan negeri ditenggelami air.
Kejadian ini disifatkan sebagai antara bencana terburuk yang pernah melanda negara apabila ia dilaporkan meragut lebih 40 nyawa, malah ribuan rakyat turut mengalami kerugian mencecah puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit.
MalaysiaNow baru-baru ini melaporkan bagaimana terdapat sebahagian yang memungut derma mencurigakan yang melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
MalaysiaNow masih menunggu maklumbalas dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sama ada mereka sudah menerima laporan berhubung penyelewengan dana bantuan banjir.
Menurut Chapman, sumbangan wang derma sememangnya akan membantu memudahkan pelaksanaan misi bantuan bencana, bagaimanapun, amat penting untuk organisasi melakukan penilaian di lapangan terlebih dahulu.
Katanya, ia bagi menentukan kos perbelanjaan dan jumlah wang yang diperlukan untuk melaksanakan misi kemanusiaan itu.
“Selepas melakukan penilaian, akan terhasil angka kewangan yang kami perlukan.
“Contohnya, pada penilaian peringkat awal semasa berlakunya banjir besar di Malaysia, kami sasarkan minimum kutipan RM5 juta untuk menjalankan pelbagai program bantuan,” katanya dan menambah dianggarkan seramai 1,000 sukarelawan di bawah Mercy Malaysia dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Mengulas lanjut, Chapman berkata, pihaknya turut melakukan penilaian jangka sederhana dan panjang untuk pastikan mangsa banjir mendapat bantuan sehingga masalah mereka selesai.
“Penilaian jangka pendek banyak menumpukan kepada pemulihan seperti kebersihan dan bekalan air bersih manakala jangka panjang pula tertumpu kepada usaha memastikan masyarakat lebih bersedia untuk berdepan dengan kejadian bencana pada masa hadapan.
“Pastinya dalam usaha memastikan rancangan ini dapat direalisasikan, ia memerlukan duit. Malah, kami juga mempunyai sasaran kutipan derma bagi tujuan ini,” katanya.
Dalam pada itu, Chapman menasihatkan orang ramai supaya lebih arif untuk ketahui jenis-jenis keperluan bantuan dan kosnya apabila berlaku bencana bagi memastikan duit yang ingin diderma dilakukan menerusi saluran yang betul.
“Kita perlu memahami organisasi yang kumpul duit itu dan sentiasa melihat struktur laporan yang mereka ada ketika mengumpulkan dana tersebut,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/memastikan-wang-sumbangan-banjir-diagih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pejabat Anwar Jadi Pusat Kumpul Sumbangan Untuk Mangsa Banjir

Pejabat Anwar Jadi Pusat Kumpul Sumbangan Untuk Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 339 hits
Oleh FAZLI RADZI December 25 2021Bencana bah besar paling buruk melanda Selangor menyaksikan pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pusat pengumpulan barangan yang akan diagih kepada mangsa banjir Pejabat Presiden PKR di Petaling Jaya kin...
Khalid Samad Antara Yang Banyak Terima Sumbangan Untuk Bantu Mangsa Banjir

Khalid Samad Antara Yang Banyak Terima Sumbangan Untuk Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 280 hits
MALAYSIA DATELINERakyat Malaysia dan juga penghuni muka bumi ini yang lain memang pemurah tetapi mereka hanya akan memberikan sumbangan kepada orang yang mereka percaya sahaja Itulah yang berlaku ketika banjir melanda negara ini Ketika Appl...
Misi Bantuan Dan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Dari Magnet Team

Misi Bantuan Dan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Dari Magnet Team

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 341 hits
Peribahasa Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Maknanya Hanya orang yang mengalami tahu kesusahan sebenar Seri Wangi di sini ingin meluahkan perasaan dan berkongsi kesedihan dan kesengsaraan mangsa mangsa banjir dalam menghadapi si...
Kumpulan Syarikat Suria Klcc Memberi Sumbangan Kepada Pihak Hospital Yang Terkesan Dengan Bencana Banjir

Kumpulan Syarikat Suria Klcc Memberi Sumbangan Kepada Pihak Hospital Yang Terkesan Dengan Bencana Banjir

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 333 hits
KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK HOSPITAL YANG TERKESAN DENGAN BENCANA BANJIR Assalammualaikum semua Baru baru ini kita semua dikejutkan dengan berita tentang bencana banjir yang melanda Semenanjung Malaysia Kali ...
Hiburan Siti Nurhaliza Hargai Kerjasama Grab Rider Bantu Hantar Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Hiburan Siti Nurhaliza Hargai Kerjasama Grab Rider Bantu Hantar Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 299 hits
Penyanyi terkenal berterima kasih dengan Grab Rider kerana membantu memudahkan urusan penghantaran bantuan banjir yang dibuat suaminya Datuk Seri Khalid Jiwa bersama pasukan di kawasan Hulu Langat semalam 2 hari lalu Ya Allah Saya Tak Terka...
Bencana Banjir Jumlah Mangsa 62 388 Di Tujuh Negeri

Bencana Banjir Jumlah Mangsa 62 388 Di Tujuh Negeri

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 278 hits
Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri pagi ini menunjukkan sedikit penurunan dengan lebih 62 ribu mangsa dipindahkan Laman web info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan sehingga jam 5 pagi Khamis jumlah mangsa terjejas adalah 62 ...
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 488 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025