Kumpulan Pro Presiden Umno Mula Cemas


 
Menjelang pemilihan MT UMNO pada 18 Mac ini, kumpulan pro Presiden dilaporkan semakin agresif menyusun gerakan agar mereka berjaya menguasai sebahagian besar kemenangan, kalau pun tidak sepenuhnya.
Keadaan ini tentunya berikutan dapatan atau kajian umum setelah beberapa negeri selesai mengadakan majlis pengenalan calon setakat ini mengunjurkan bahawa calon pro Presiden masih lagi ketinggalan.
Calon Naib Presiden pro Presiden iaitu Khaled Nordin, Wan Rosdy Wan Ismail dan Azalina Othman Said ketika ini didapati hanya berada di kelompok empat terbawah daripada lapan calon yang menawarkan diri.
Kedudukan empat teratas sehingga ini diungguli oleh Mahadzir Khalid, Johari Ghani, Reezal Merican Naina Merican dan Hasni Mohamad.
Keadaan ini dilihat agak merunsingkan kerana calon pro Presiden semuanya berjawatan sama ada menteri atau menteri besar, berbanding empat calon teratas itu yang sekadar bekas menteri dan bekas menteri besar saja.
Berikutan itu, Geng 30 Ketua-Ketua Bahagian yang pro Presiden difahamkan telah mengadakan mesyuarat tergempar dua hari lalu untuk memastikan kedudukan yang buruk itu dapat diperbaiki atau diterbalikkan.
Matlamat mesyuarat itu dikatakan tidak lain adalah untuk memastikan cai pro Presiden mesti beroleh kemenangan.
Geng 30 ini adalah sebahagian daripada Ketua-Ketua UMNO yang mengadakan sidang media sebelum PAU2022 baru-baru ini yang mendakwa kononnya 140 Ketua-Ketua Bahagian sebulat suara menyokong kepimpinan Zahid Hamidi.
Dalam pertemuan itu, dikatakan bukan saja ditekankan agar calon Naib Presiden yang pro Presiden iaitu Khaled Nordin, Wan Rosdy dan Azalina wajib dipastikan kemenangannya dengan apa cara sekali pun, malah juga mesti disertai dengan memenangi sebahagian besar jawatan dalam MT.
Dengan itu, dalam pertemuan tersebut, selain calon Naib Presiden pro Presiden itu mahu diperkuatkan lagi kempennya, cai bagi jawatan MT turut sama disebarkan.
Sasarannya ialah agar gerakan kempen dipertingkatkan lagi ke bahagian-bahagian di seluruh negara.
Ia bertujuan supaya selepas pemilihan pada 18 Mac ini, Presiden dan Timbalan Presiden hanya memiliki pasukan yang sealiran, sehati sehiwa atau dalam erti kata lain, hanya yang sedia menjadi “yes man” kepada Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan saja akan beroleh kemenangan.
Antara nama-nama yang dikatakan disebut mesti dipastikan kemenangan bagi kerusi MT ialah Shafie Abdullah, Lokman Nor Adam, Dr. Puad Zarkashi, Jamal Yunus yang lain-lain yang selama ini diketahui memang kuat dan lantang mempertahankankan kedudukan Presiden UMNO.
Dalam usaha untuk memastikan gerakan kempen itu benar-benar beroleh kejayaan, difahamkan beberapa isu telah dibangkitkan dalam mesyuarat itu seperti upah menyokong, pemberian jawatan dalam GLC serta agensi kerajaan dan lain-lain lagi.
Adalah dipercayai, dalam minggu terakhir sebelum 18 Mac ini, gerakan kempen tersebut akan tambah memuncak melalui pelbagai kaedah komunikasi, baik secara langsung atau hubungan secara maya, pertemuan sulit atau perjumpaan terbuka.
Pokoknya, ketakutan paling utama bagi Geng 30 ini ialah kumpulan pro Presiden bagi jawatan Naib Presiden dan MT akan kalah sebahagian besar atau kecuncang semuanya. – ShahbudinHusin 11/03/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/kumpulan-pro-presiden-umno-mula-cemas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Patut Usahakan Untuk Ds Ismail Sabri Diangkat Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Bukan Menyerang Presiden Umno

Pas Patut Usahakan Untuk Ds Ismail Sabri Diangkat Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Bukan Menyerang Presiden Umno

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 176 hits
ISU MN HENTIKAN SALAH UMNO ATAU PRESIDENNYASemalam YB Senator Ir Ts Khairil Nizam Ketua Penerangan PAS menyatakan bahawa PAS menjamin agenda penyatuan ummah akan diteruskan walaupun Presiden UMNO menolak agenda ini Pertama ini kenyataan tid...
Kalau Jawatan Presiden Umno Ada Perlawanan Agaknya Itulah Keburukan Demokrasi

Kalau Jawatan Presiden Umno Ada Perlawanan Agaknya Itulah Keburukan Demokrasi

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 117 hits
Nasib baik jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO berjaya dielakkan daripada berlaku pertandingan maka dapatlah Zahid Hamidi sembang kencang berkenaan pemilihan kali ini Kata Presiden UMNO itu jumlah calon yang ramai menawarkan diri un...
Noh Omar Presiden Umno Boleh Diguling Melalui Undi Tak Percaya

Noh Omar Presiden Umno Boleh Diguling Melalui Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 221 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Majlis Kerja Tertinggi Umno boleh menggulingkan Presiden Ahmad Zahid Hamidi jika mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahlinya kata Noh Omar Bekas ahli MKT Umno itu berkata ini melibatkan undian antara 25 MKT ya...
Naib Presiden Umno Khaled Nordin Johari Ghani Paling Popular

Naib Presiden Umno Khaled Nordin Johari Ghani Paling Popular

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 179 hits
Berikutan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tumpuan paling utama bagi pemilihan UMNO pada 18 Mac ini tentunya bagi jawatan Naib Presiden Melihat kepada lapan nama yang mengemukakan pencalonan tidak dapat dapat p...
Ismail Sabri Sah Tak Pertahan Jawatan Naib Presiden Umno Pemilihan Kali Ini

Ismail Sabri Sah Tak Pertahan Jawatan Naib Presiden Umno Pemilihan Kali Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 145 hits
KUALA LUMPUR Memandangkan tempoh penamaan calon bagi pemilihan UMNO semakin menghampiri tarikh akhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan dia tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden parti itu Dia berkata ...
Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail Calon Paling Terbaik Untuk Di Angkat Sebagai Naib Presiden Pada Pemilihan Umno Ini

Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail Calon Paling Terbaik Untuk Di Angkat Sebagai Naib Presiden Pada Pemilihan Umno Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 225 hits
Keputusan Menteri Besar Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail menawarkan diri untuk bertanding kerusi Naib Presiden pada pemilihan UMNO kali ini dilihat satu tindakan yang tepat dan matang Biar pun pengumuman tentang hasratnya untuk berta...
Kenyataan Menteri Dalam Negeri Tentang Keputusan Usul Umno Mengelirukan

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Tentang Keputusan Usul Umno Mengelirukan

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Pengecualian diberi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail daripada pematuhan Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya pada...
Explain Alleged Ros Letter To Umno Home Minister Urged

Explain Alleged Ros Letter To Umno Home Minister Urged

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 197 hits
PARLIAMENT PAS secretary general Takiyuddin Hasan has urged Home Minister Saifuddin Nasution Ismail to explain the contradictions between his decision to exempt Umno from a law that could see the party getting deregistered and an alleged Re...
Saifuddin S Decision On Umno Polls Suspicious Complainant Claims

Saifuddin S Decision On Umno Polls Suspicious Complainant Claims

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 234 hits
The Home Ministry s decision to exempt Umno from a law that could see the party getting deregistered confirms there were irregularities in the Umno elections claimed Aizat Fikri Nasir Fikri The Kuala Nerus Umno member who filed a notice of ...
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan