Kumpulan Meditasi




Salam Rock semuanya!! Pada entri kali ini gua ingin mencoretkan perjalanan sebuah kumpulan rock yang popular dari Pahang Darul Makmur, tidak lain dan tidak bukan, kumpulan Meditasi.


Kumpulan Meditasi - Burn, Raja Azreen, arwah Yan dan Liey

Meditasi atau nama asalnya Metal Wizard ditubuhkan pada sekitar tahun 1984 di mana anggota-anggota asalnya terdiri daripada Rosli (gitar), Mazlan (gitar), Yan (bass), Danas (keyboard),  Razali dan Burn (vocal). Kesemua mereka berasal dari Kampung Gali Hilir Raub, Pahang dan mula bergiat aktif bermain muzik di majlis-majlis kahwin serta funfair di sekitar Raub Pahang.

Walaupun anggota-anggota Metal Wizard ketika itu terikat dengan pekerjaan tetap dan masih ada yang menuntut, mereka tetap rajin menjalani latihan muzik bagi meningkatkan prestasi. Metal Wizard mendapatkan bimbingan dan pengawasan daripada kelab LLNdan JKR Raub, Pahang.

Tahun 1986 melakar sejarah buat mereka apabila Metal Wizard telah menjadi juara dalam pertandingan Juara-Juara Rock peringkat negeri Pahang. Ini menjadikan nama Metal Wizard ketika itu semakin dikenali di Pahang. Dalam tahun yang sama juga mereka turut serta dalam Pertandingan Juara Rock Malaysia yang mana ianya turut disertai band May, Desire dan The Kids. Dalam pertandingan itu Metal Wizard gagal mendapat sebarang tempat. Namun kegagalan itu tidak mematahkan semangat dan minat mereka dalam bermuzik. Mereka terus berusaha bagi memantapkan lagi permainan muzik mereka di samping menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu.

Akhirnya usaha Metal Wizard membuahkan kejayaan apabila demo yang mereka hasilkan telah diterima oleh syarikat rakaman PMI (Perdana Muzikal Industri). Maka bermulalah era kehidupan mereka sebagai artis rakaman dengan nama MEDITASI. 

Nama Meditasi merupakan idea daripada Liey (gitaris) setelah melihat nama-nama menarik dalam kamus. Nama Meditasi juga diilhamkan daripada sebuah lagu yang terdapat dalam album kumpulan Headwind.

Setelah lebih 6 bulan menjalani rakaman di Studio Channel 11, akhirnya album sulung Meditasi berjaya dihasilkan. Album yang berjudul ‘Meditasi’ (1990) ini diterbitkan oleh Thomas Ham di mana lagu-lagu dalam album ini tersenarai  dalam carta lagu-lagu slow rock terbaik. Album ini mencatatkan jualan melebihi 50 ribu unit, suatu jumlah yang membanggakan bagi sebuah kumpulan rock baru ketika itu. Antara lagu hits dalam album ini adalah Biar Pedih Kasih Memanjang dan Saat Ini Kau Tiada Lagi.


Album-album kumpulan Meditasi


Ternyata kumpulan Meditasi bukannya calang-calang pemuzik. Mereka pakar dan cekap dalam permainan muzikmasing-masing. Buktinya Meditasi tidak menggunakan sessionist dalam rakaman album mereka.

‘Bidadari’ (1992), album kedua Meditasi yang juga mencatatkan jualan yang membanggakan iaitu menghampiri 75 ribu unit. Album yang diterbitkan oleh Rosli Mohalim ini menjalani rakaman di Singapura. Bidadari dan Hukuman Pada Pesona merupakan lagu hits dalam album ini.

Kejayaan kedua-dua album ini membuatkan nama Meditasi ketika itu kian popular. Rezeki mereka melimpah ruah dengan banyak peluang mengadakan show di seluruh Negara. Meditasi juga pernah beraksi di Thailand dan mendapat jolokan ‘Antu Malay’ oleh peminat-peminat di sana.


Meditasi bersama peminat-peminat mereka di Hutan Lipur Camang   (foto:facebook)


Konsert  terbesar yang pernah disertai mereka adalah Konsert Ekspo Perdagangan dan Pesta Kraftangan di Kedah. Ketika itu berpuluh-puluh ribu hadirin membanjiri tapak ekspo untuk menyaksikan persembahan Meditasi.

Album ketiga Meditasi, 'Realisma' diterbitkan setahun selepas album kedua mereka.

Goyangnya syarikat rakaman PMI ketika itu telah memberi kesan terhadap perjalanan seni Meditasi. Akhirnya setiap anggota Meditasi membawa haluan sendiri.

 Meditasi

Sehinggalah pada tahun 1995 Meditasi telah muncul kembali dengan album yang berjudul Demi Rindu. Album ini diterbitkan di bawah label SCS. Hanya Burn dan Raja Azreen sahaja anggota asal yang terlibat dalam album ini, selebihnya adalah anggota baru Meditasi iaitu Man Tobey dan Bonn.

Sehingga kini Meditasi masih lagi aktif mengadakan persembahan dalam setiap undangan tidak kira di mana sahaja. Walaupun usia masing-masing telahpun menghampiri setengah abad namun skill permainan dan kemantapan mereka dalam bermuzik tetap maintain.Meditasi bakal muncul dalam rancangan Apa Khabar Rockers, segmen terbaru RTM yang bakal ditayangkan pada Jun depan. Sebanyak 12 lagi kumpulan rock era 80an dan 90an turut terlibat dalam rancangan ini.

Meditasi  boleh dihubungi di Meditasi Fan Club

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cicaktonjeng.blogspot.com/2013/04/kumpulan-meditasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagu Tiara Nyanyian Kumpulan Kriss Semakin Viral

Lagu Tiara Nyanyian Kumpulan Kriss Semakin Viral

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 364 hits
Lagu Tiara Nyanyian Kumpulan Kriss Semakin Viral Lirik Lagu Tiara adalah seperti di bawah Lagu Tiara kini menjadi siulan rakyat Malaysia dan Indonesia Semakin hari semakin viral di Malaysia dan negara jiran Untuk versi original boleh layan ...
Berjaya Lonjakkan Nama Ini 10 Ahli Pertama Kumpulan Idola Buat Debut Solo

Berjaya Lonjakkan Nama Ini 10 Ahli Pertama Kumpulan Idola Buat Debut Solo

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 220 hits
Dalam mana mana kumpulan K Pop sekalipun pasti akan ada seorang ahli yang akan debut solo dulu kan Korang nak tahu siapa yang debut solo paling awal dari ahli mereka yang lain Ha jom kita tengok Industri muzik Korea sememangnya berjaya meng...
Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor

Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 262 hits
Tabung Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan kumpulan Pelaksana telah diperkenalkan sejak tahun 2018 Bantuan ini diwujudkan dalah bertujuan untuk menggalakkan penjawat awam Johor melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi Untu...
Kumpulan Legenda

Kumpulan Legenda

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 298 hits
Wujud pada sekitar tahun 1987 kumpulan ini mengggunakan nama ILA Z bersempena nama adik kepada pengurus sebuah studio yang terletak di Bandar Tun Razak Kuala Lumpur Nama itu kemudiannya ditukar kepada LEGENDA atas kehendak syarikat rakaman ...
Kumpulan Fotograf

Kumpulan Fotograf

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 515 hits
FOTOGRAF sebuah nama yang begitu popular dalam industri muzik tanahair bermula era penghujung 80an Kehadiran mereka menggetarkan lagi irama muzik rock yang ketika itu sedang hangat dan digilai oleh masyarakat tidak kira usia Pada awalnya se...
Kumpulan Baru Newjeans Lancar Intro Mv Lagu Hype Boy

Kumpulan Baru Newjeans Lancar Intro Mv Lagu Hype Boy

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 274 hits
Rasa rasanya korang pasti dah tahu mengenai kumpulan yang baru sahaja debut iaitu NewJeans kan Nampak gayanya mereka terus menunjukkan imej yang meyakinkan apabila kumpulan itu kini melancarkan lagu kedua mereka NewJeans baru baru ini melan...
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Pipe And Drape Backdrop Ideas For Weddings Budget Friendly Elegance

Warna Hitam Tetap Menarik Dan Cantik Dipakai Dipagi Hari Raya

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

How To Choose A Patent Lawyer In New York For Your Invention

Ai Text Humanizer Bridging The Gap Between Ai And Human Writing

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis