Berjaya Lonjakkan Nama Ini 10 Ahli Pertama Kumpulan Idola Buat Debut Solo
Dalam mana-mana kumpulan K-Pop sekalipun, pasti akan ada seorang ahli yang akan debut solo dulu kan? Korang nak tahu siapa yang debut solo paling awal dari ahli mereka yang lain? Ha jom kita tengok!
Industri muzik Korea sememangnya berjaya menghasilkan kumpulan-kumpulan yang mengagumkan. Bagaimanapun, ada kalanya syarikat pengurusan akan memilih ahli yang paling sesuai untuk ‘membuka jalan’ untuk debut solo. Ia bukan sahaja peluang untuk idola itu bersinar, tetapi juga untuk membantu meluaskan peluang kepada ahli kumpulan yang lain. Ini ada antara 10 idola yang memulakan debut solo mereka sebelum ahli lain.
1. Nayeon TWICE
Pada 24 Jun 2022, album mini pertama Na-yeon telah dilancarkan secara rasmi. Album “IM NAYEON”, menandakan kejayaan baharu untuknya sebagai artis solo selepas hampir 7 tahun bersama TWICE. Muzik video untuk lagu “POP” berjaya mencatat kejayaan dengan cepat mencapai 1 juta tontonan selepas hanya 19 minit dimuat naik di YouTube.
2. Jennie BLACKPINK
Jennie secara rasmi membuat debut solonya pada tahun 2018, selepas 2 tahun debutnya dengan BLACKPINK. Langkah ini telah membawa beberapa siri pencapaian yang luar biasa dalam kerjaya Jennie. Sehubungan itu, hanya selepas 24 jam muzik video nya dimuat naik, muzik video pertama Jennie iaitu “SOLO” mencapai 14.6 juta tontonan dan 1.8 juta jumlah ‘like’ di YouTube.
3. Mino WINNER
Selepas bersama dengan WINNER selama 4 tahun, Mino secara rasmi diumumkan oleh YG untuk mempunyai debut solonya. Pada 2018, Mino melancarkan album “XX” dan setelah dimuat naik, lagu “Fiance” dengan pantas berjaya menduduki 6 carta teratas platform muzik Korea antaranya adalah Melon, Genie, Mnet, Bugs, Naver dan Soribada. Selain itu, albumnya “XX” telah terjual sebanyak 36,476 salinan. Dengan pencapaian ini, debut solo Mino dianggap lebih berjaya daripada yang dijangkakan.
4. Wendy RED VELVET
Selepas berehat panjang akibat satu kecederaan serius, Wendy menandakan kepulangannya dengan album mini solo pada April 2021. Dengan ini, ia menandakan bahawa dia adalah ahli pertama Red Velvet yang debut sebagai penyanyi solo selepas 7 tahun. Kira-kira selepas 16 jam lagunya dimuat naik, album mini Wendy, “Like Water” terjual sebanyak hampir 68,225 salinan. “Like Water” juga berjaya mengungguli carta iTunes di 30 negara dan wilayah. Ini dianggap sebagai salah satu kejayaan Wendy dalam kerjaya muziknya.
5. Chen EXO
Setelah lebih tujuh tahun Chen bersama dengan EXO, dia telah melancarkan album mini pertamanya sebagai tanda debut solo. Debut solonya yang dilancarkan pada April 2019 berjaya menghiasi industri dengan album solo pertama, “April, and a Flower”. Dalam album mini pertamanya, turut terdapat enam lagu kesemuanya iaitu “Flower”, “Beautiful Goodbye”, “Sorry Not Sorry”, “Love Words”, “I’ll Be There” dan “Potrait Of You”. Pelancaran album itu menunjukkan bakat Chen yang meluas dan semestinya berjaya menunjukkan kejayaan yang mengagumkan.
6. GDragon BIGBANG
G-Dragon mengeluarkan album solo sulungnya pada Ogos 2009 selepas 3 tahun bersama BIGBANG. Album solo sulungnya juga merupakan satu album yang unik kerana dia terlibat secara peribadi dalam penciptaan kesemua 10 lagu. “Heartbreaker” menjadi salah satu single terlaris di Korea Selatan, setelah terjual lebih 4 juta salinan sejak dikeluarkan.
7. Taeyeon GIRLS’ GENERATION
Pada pertengahan 2015, S.M. Entertainment mengumumkan bahawa Tae-yeon akan mengeluarkan album solo pertamanya. Album, “I”, menampilkan penyanyi rap popular Verbal Jint dan lirik lagu itu juga ditulis oleh Tae-yeon. Album itu dikeluarkan melalui pelbagai platform muzik secara digital pada 7 Oktober 2015 dan salinan fizikal turut dijual pada hari sama. Album solo “I” berjaya menduduki tangga ke-2 di Carta Album Gaon Korea Selatan dan telah terjual lebih 160,000 salinan. Walaupun hanya menduduki tangga ke-2 dalam carta mingguan, “I” merupakan album terlaris di Carta Album Gaon pada bulan Oktober dengan 100,923 unit fizikal terjual, dan album ke-14 terlaris pada November dengan tambahan 10,098 salinan terjual.
8. Hyuna 4MINUTE
Semua pasti mengetahui penyanyi Hyuna yang sebelum ini pernah bersama Wonder Girls namun sejurus keluar daripada kumpulan itu, Hyuna mula menyertai kumpulan 4Minute di bawah Cube Entertainment. Hyuna kemudiannya mengeluarkan album solo pertamanya pada 2010 iaitu “Change” dan dengan serta-merta menjadi lagu hit yang mencatatkan lagunya tersenarai dalam “Top 10 Gaon” selama 5 minggu berturut-turut.
9. Sunggyu INFINITE
Sung-gyu memulakan kerjaya sebagai penyanyi solo pada November 2012 dan album mini debut solonya “Another Me” menjadi album solo yang paling laris pada bulan itu apabila ia berjaya mencatat lebih 60,000 salinan berjaya terjual.
10. Hyolyn
Hyo-lyn merupakan salah seorang ahli kumpulan SISTAR, sebelum kumpulan itu dibubarkan. Hyo-lyn ialah artis pertama dari kumpulan tersebut yang memulakan debut solo dengan album penuh pada November 2013 iaitu album “Love & Hate”. Menerusi album tersebut, lagu “Lonely” merupakan antara lagu yang berjaya mencecah jumlah tontonan tertinggi.
Wow, epik betul semua lagu ini kan! Mana satu lagu ‘favorite’ korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/berjaya-lonjakkan-nama-ini-10-ahli-pertama-kumpulan-idola-buat-debut-solo/