Kumpulan Hak Sivil Aktivis Gesa Sokong Ain


 
Kumpulan hak sivil meminta guru terbabit menarik balik surat tuntutan dan memohon maaf kepada Ain Husniza Saiful Nizam.PETALING JAYA: Selepas disaman RM1 juta, remaja yang video TikToknya memperincikan jenaka rogol tidak sesuai didakwa dibuat seorang guru tular April lalu, mendapat sokongan NGO, kumpulan hak asasi dan individu.
Dalam kenyataan, sejumlah 121 organisasi dan 68 individu bersolidariti dan mendesak guru berkenaan menarik balik surat tuntutannya serta memohon maaf kepada Ain Husniza Saiful Nizam.
“Kami, organisasi masyarakat sivil dan individu yang prihatin, terkejut dengan surat tuntutan diterima Ain, pelajar yang mendedahkan gurunya kerana membuat jenaka rogol di kelas.
“Guru berkenaan mengugut untuk menyaman Ain kerana memfitnah dan menuntut RM1,000,000 sebagai ganti rugi.
“Jenaka rogol adalah gangguan seksual secara lisan. Ini bukan hanya menjatuhkan maruah wanita dan gadis dengan menjadikan mereka sasaran keganasan seksual, tetapi juga menormalkan keganasan tersebut sebagai sebahagian daripada status quo.
“Kes Ain bukanlah yang pertama di mana undang-undang mengenai fitnah digunakan terhadap wanita atau gadis yang mengalami gangguan seksual,” kata mereka dalam kenyataan.
Kenyataan itu ditandatangani NGO termasuk All Women’s Action Society (AWAM), Family Frontiers, Sisters in Islam (SIS), Tenaganita, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan individu terkemuka seperti Naib Presiden MUDA, Dr Thanussha Francis Xavier dan aktivis hak asasi manusia, Heidy Quah.
Mereka berkata, ancaman undang-undang seperti itu menjadi duluan berbahaya.
“Ini patut dikecam apabila mangsa yang bersuara terhadap pelanggaran seksual diugut dengan saman fitnah. Membiarkan tuntutan sedemikian akan mempersendakan keadilan.”
Ain, yang memainkan peranan penting menjadikan tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace tular di media sosial, mendakwa pada April lalu guru pendidikan jasmani dan kesihatan sekolahnya bergurau menggalakkan pelajarnya di SMK Puncak Alam, Selangor, melakukan jenayah rogol.
Setelah berita itu tular, Kementerian Pendidikan berkata, guru terbabit dipindahkan ke Jabatan Pendidikan negeri.
Bagaimanapun, kumpulan itu berkata, tindakan berkenaan tidak mencukupi.
Mereka berkata, selama bertahun-tahun, mereka melihat dalam kes membabitkan salah laku seksual oleh guru, hanya dipindahkan ke sekolah atau kedudukan lain tanpa sebarang tindakan disiplin yang jelas diambil terhadap mereka.
“Oleh itu, kami meminta Kementerian Pendidikan mendedahkan hasil siasatan dalaman terhadap insiden tersebut untuk kepentingan umum.
“Demi menghormati integriti profesion perguruan, kami mendesak guru terbabit menarik balik surat tuntutan saman kepada Ain dan untuk meminta maaf.
“Akhir sekali, kami meminta orang ramai menyokong dan bersolidariti di belakang Ain,” kata mereka.
Terdahulu, polis menerima notis “Tidak Ada Tindakan Lanjut” daripada timbalan pendakwa raya mengenai kes tersebut dan guru terlibat membuat laporan polis berhubung kes berkenaan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/kumpulan-hak-sivil-aktivis-gesa-sokong.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tidak Keseorangan Rita Rudaini Sokong Kenyataan Lana Nodin Gesa Dg Hisham Berundur

Hiburan Tidak Keseorangan Rita Rudaini Sokong Kenyataan Lana Nodin Gesa Dg Hisham Berundur

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 343 hits
Semalam pelakon Lana Nodin ada mengeluarkan kenyataan agar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk segera letak jawatan gara gara kes jangkitan COVID 19 yang semakin meningkat kes harian dari hari ke hari BACA AdvertisementKenyataan tersebut ...
Zahid Pertahan Keputusan Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Kekal Sokong Pn

Zahid Pertahan Keputusan Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Kekal Sokong Pn

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 394 hits
malaysiakini comDiterbitkan 31 Jul 2021 11 48 amDikemaskini 11 49 amPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan pendirian partinya mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur dan pada masa sama tetap menyokong Perikatan Nasional ...
Mp Umno Sokong Pn Muhyiddin Di Gesa Insaf Kewajipan Dan Tanggungjawab Kepada Rakyat

Mp Umno Sokong Pn Muhyiddin Di Gesa Insaf Kewajipan Dan Tanggungjawab Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati semua Ahli Parlimen daripada parti itu yang masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menginsafi kewajipan dan...
Umno Pahang Sokong Penuh Keputusan Zahid Parti Itu Berpihak Kepada Agong Tolak Pm Pn

Umno Pahang Sokong Penuh Keputusan Zahid Parti Itu Berpihak Kepada Agong Tolak Pm Pn

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 294 hits
KUANTAN UMNO Pahang menyokong penuh kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas pendirian parti itu untuk berpihak kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah UMNO Pahang juga berset...
Mca Kekal Bersama Bn Tapi Sokong Pn Buat Masa Ini Demi Kestabilan

Mca Kekal Bersama Bn Tapi Sokong Pn Buat Masa Ini Demi Kestabilan

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 191 hits
MCA kekal bersama BN tapi sokong PN buat masa ini demi kestabilan Tiada satu parti atau gabungan politik dapat membentuk kerajaan yang stabil sekiranya kerajaan Perikatan Nasional jatuh ketika ini Perkara itu dinyatakan Biro Politik MCA sek...
Tarik Sokongan Dari Pn Muhyiddin Umno Perak Sokong Penuh Keputusan Mkt

Tarik Sokongan Dari Pn Muhyiddin Umno Perak Sokong Penuh Keputusan Mkt

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 199 hits
IPOH Badan Perhubungan UMNO Perak menyokong penuh keputusan menarik sokongan dari Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad berkata ia selaras dengan Fasal 3 3 Perl...
Star Kekal Sokong Muhyiddin Minta Pembangkang Berhenti Berpolitik

Star Kekal Sokong Muhyiddin Minta Pembangkang Berhenti Berpolitik

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 310 hits
JEFFREY KITINGAN KOTA KINABALU Parti Solidariti Tanah Airku kekal dengan pendirian untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata biarpun didesak untuk meletak jawata...
Setelah Dikenakan Lagi 2 Tuduhan Syed Saddiq Dedah Diajak Sokong Pn

Setelah Dikenakan Lagi 2 Tuduhan Syed Saddiq Dedah Diajak Sokong Pn

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 344 hits
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa beliau didatangi Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal sehari sebelum pendakwaan terhadapnya dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 22 Jul...
Rewards Travel Now Too Many Points Not Enough Seats

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out

Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Salam Ramadan 1446h 2025h Dan Selamat Berpuasa

Penganggur Ditahan 3 Jam Lepas Samun Kedai Emas

Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan Harga Rm180


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pembukaan Ssf Flagship Store Glenmarie Dan Perkongsian Strategik Dengan Haqqi Mall

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Gloomy Morning Pancake Felt Keychain

Myteamppim Coach Ict

Kisah Kaum Tsamud Peradaban Yang Hilang Karena Azab Allah

Lirik Lagu Inikan Hari Raya Andi Bernadee