Mp Umno Sokong Pn Muhyiddin Di Gesa Insaf Kewajipan Dan Tanggungjawab Kepada Rakyat


 

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menasihati semua Ahli Parlimen daripada parti itu yang masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya menginsafi kewajipan dan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat dalam erti kata sebenar.
Sebagai wakil rakyat, beliau berkata, mereka mesti memberi keutamaan serta mementingkan rakyat, dan bukannya memihak kepada yang mahu mengekalkan penguasaan walaupun didakwa gagal serta membelakangi keluhuran Perlembagaan dan Institusi Diraja.
Beliau juga percaya sekarang adalah masa terbaik untuk membuktikan bahawa wakil rakyat daripada UMNO sanggup bersusah payah demi memperjuangkan nasib rakyat.
"Bukan berdiri bersama kegagalan yang menyaksikan lebih 10,000 rakyat hilang nyawa dan lebih 19,000 kes jangkitan wabak dilaporkan saban hari.
"Malah, sehingga menyebabkan Malaysia dianggap antara negara yang gagal membendung penularan pandemik di dunia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos lalu sebulat suara memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan PN serta Muhyiddin yang didakwa gagal di mata rakyat, selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata 31 Ahli Parlimen daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian untuk terus menyokong kerajaan PN sehingga undi percaya dibuat di Parlimen, September depan.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid meminta Ahli Parlimen terbabit supaya memahami pesanan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, bahawa hubungan mereka dengan ahli MKT mesti diharmonikan demi kepentingan parti dan negara.
Beliau berkata, sebagai Ahli Parlimen, mereka sewajarnya lebih terkesan dengan dakwaan kegagalan PN kerana rakyat yang menderita, termasuk ahli UMNO sendiri.
Katanya, ia turut membabitkan ramai pengundi UMNO di kawasan masing-masing yang sudah tidak mampu bekerja, menjadi miskin dan muflis.
Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen daripada UMNO menunjuk dan membuktikan bahawa mereka berjuang demi rakyat.
"Membuktikan perkara itu adalah mudah, iaitu meninggalkan kerajaan PN yang gagal dan kembali kepada landasan perjuangan UMNO yang sebenar.
"Saya mendoakan semua yang berkenaan melepasi ujian jawatan, kedudukan dan pesona yang sedang mereka. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/08/mp-umno-sokong-pn-muhyiddin-di-gesa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Kah Kah Tak Payah Muhyiddin Aku Pun Boleh Kalau Aku Pegang Duit Semua Rakyat Malaysia Tahu Siapa Dalam Umno

Kah Kah Kah Tak Payah Muhyiddin Aku Pun Boleh Kalau Aku Pegang Duit Semua Rakyat Malaysia Tahu Siapa Dalam Umno

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 204 hits
Pemimpin Bersatu dakwa Muhyiddin ada cara nak jinakkan UmnoAugust 7 2021 Berpengalaman politik lebih 40 tahun menjadi senjata bagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjinakkan Umno kata Pengerusi Bersatu Sarawak Jaziri Alkaf A Suffian Katan...
Zahid Pertahan Keputusan Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Kekal Sokong Pn

Zahid Pertahan Keputusan Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Kekal Sokong Pn

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 246 hits
malaysiakini comDiterbitkan 31 Jul 2021 11 48 amDikemaskini 11 49 amPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan pendirian partinya mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur dan pada masa sama tetap menyokong Perikatan Nasional ...
Tarik Sokongan Dari Pn Muhyiddin Umno Perak Sokong Penuh Keputusan Mkt

Tarik Sokongan Dari Pn Muhyiddin Umno Perak Sokong Penuh Keputusan Mkt

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 158 hits
IPOH Badan Perhubungan UMNO Perak menyokong penuh keputusan menarik sokongan dari Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad berkata ia selaras dengan Fasal 3 3 Perl...
Menteri Timbalan Menteri Umno Tarik Sokongan Kepada Muhyiddin

Menteri Timbalan Menteri Umno Tarik Sokongan Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 232 hits
IMBAS Jemaah Menteri kerajaan PN yang angkat sumpah jawatan pada Mac 2020 KUALA LUMPUR Majoriti menteri UMNO dalam Kabinet Perikatan Nasional dikatakan sebulat suara menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Kep...
Umno Boleh Selesai Masalah Rakyat Jika Terajui Kerajaan Zahid

Umno Boleh Selesai Masalah Rakyat Jika Terajui Kerajaan Zahid

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 202 hits
Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR UMNO memberi jaminan akan memperbaiki keadaan yang menghimpit rakyat akibat kesan pandemik Covid 19 secepat mungkin sekiranya diberi peluang menerajui kerajaan Persekutuan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid H...
Umno S Ahmad Maslan Confirms He Is Among Signatories Of Declaration To Withdraw Support For Perikatan Muhyiddin

Umno S Ahmad Maslan Confirms He Is Among Signatories Of Declaration To Withdraw Support For Perikatan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 217 hits
In a tweet the Umno secretary general said he faced two choices before signing the declaration but ultimately the decision was not a difficult one for him to make Picture by Shafwan ZaidonJOHOR BARU Aug 3 Umno s Pontian MP Datuk Seri Ahmad ...
Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen Umno Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau

Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen Umno Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 281 hits
nbsp PETALING JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan terdapat lapan Ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menarik sokongan mereka kepadanya Katanya bilangan tersebut diperoleh mene...
Lagi Sd Ahli Parlimen Dihantar Kepada Agong Umno Ulangi Muhyiddin Tiada Majoriti

Lagi Sd Ahli Parlimen Dihantar Kepada Agong Umno Ulangi Muhyiddin Tiada Majoriti

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 216 hits
August 4 2021 7 25 PMPETALING JAYA Umno hari ini menghantar warkah kepada Yang di Pertuan Agong bagi mempersembahkan surat akuan tambahan senarai Ahli Parlimen parti itu yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana...
Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Amerika Syarikat Fakta Menarik Unik Dan Aneh

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like

Pilih Peruntukan Atau Muhyiddin

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons

Our Corrupt And Exploitative Business Community Is A Part Of The Problem Not A Part Of The Solution

Nandos Peberet Selamanya



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Lirik Lagu Sangkar Derita Oleh Haqiem Rusli

Rumah Maw Art Studio Seni Dan Kafe Moden Menarik Di Langkawi Kedah

Pelancaran Muzik Video Hening Rindu Marsha Milan

Kelantan Dua Penguat Kuasa Ambil Duit Rm23 000 Lepas Suspek Dadah

Wanita Masih Hidup Ada Kubur Sendiri

Bukan Melayu Tak Perlu Takut