Kumpulan Amk Mahu Pkr Buang 18 Pemimpin Kem Azmin


Low Choon Chyuan    Sekumpulan anggota Pemuda PKR (AMK) mendesak 18 pemimpin parti yang dikaitkan dengan Azmin Ali, yang menjadi antara sebab jatuhnya kerajaan PH, agar dibuang daripada parti itu.

Diketuai Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab, kumpulan itu menghantar memorandum kepada kepimpinan PKR tengah hari ini.

Bercakap dengan pemberita selepas itu, dia enggan mendedahkan nama 18 pemimpin yang dimaksudkan.

"Harapan kita ialah 18 nama yang disenaraikan ini segera disiasat dan diambil tindakan sewajarnya. Kita yakin (senarai ini) bukan merangkumi semua, masih ada lagi yang tak disenaraikan.

"Tapi 18 orang ini paling ketara, malah ada antara mereka yang berada di Hotel Sheraton (pada malam 23 Feb) dan dalam pertemuan rahsia dengan bekas timbalan presiden yang dipecat," katanya.

Dia berkata lagi, sejumlah 1,789 anggota PKR menyokong memondarum "pecat pengkhianat" tersebut, yang menurutnya turut melampirkan bukti dakwaan salah laku.

Memorandum itu diserahkan kepada Lembaga Disiplin PKR dn Majlis Pimpinan Pusat PKR.

'Kemaafan Anwar tak kena tempat'

Syukri memberi peringatan bahawa keberadaan pemimpin yang menyokong Azmin dalam PKR boleh "menjadi barah" pada masa akan datang.

"AMK khuatir jika kumpulan yang masih berbaki ini terus dibiarkan dalam PKR, mereka akan jadi barah yang bakal meledakkan episod pengkhianatan yang berterusan. Kita memohon presiden agar tidak perlu lagi memberi muka kepada mereka.

"Jiwa besar (Anwar) yang ingin menjaga keharmonian parti sering disalah guna demi kepentingan kumpulan mereka," katanya.

"Kita hormat pendirian presiden...(tetapi) tak kena tempat pada hari ini, sudah tak sesuai," katanya lagi.
Syukri juga menyasarkan pemimpin parti yang didakwanya menyatakan kesetiaan kepada parti untuk melindungi diri sendiri, bagaimanapun tidak menyebut nama mereka secara khusus.

"Kami juga sedar ada segelintir individu daripada kumpulan pengkhianat ini kini melaungkan kesetiaan kepada parti. Kami yakin ini hanya langkah selamat untuk menjaga kedudukan atau jawatan mereka," katanya.

Semalam, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menyangkal dakwaan ada rancangan untuk menyingkirkannya.

dikenali sebagai penyokong Azmin sebelum ini, dia berkata telah mengenepikan kesetiaan peribadi demi parti.

“Saya akan bersama dengan dia (Azmin) selagi masih dalam parti, tetapi selepas dia meninggalkan parti, saya akan mengikuti jejak parti saja.

“Saya akan bersama PKR sejajar dengan janji saya dalam kempen pilihan raya umum (PRU14). I am a party man (saya orang parti),” katanya di Shah Alam semalam.

Pada hujung minggu lalu, anggota PKR yang marah dengan kemelut politik yang berlaku menyerang naib presiden Tian Chua - yang turut dilihat sebagai penyokong Azmin - di ibu pejabat parti di Petaling Jaya.

Selepas menyerahkan memorandum itu, kumpulan AMK tersebut mengangkat barua yang antara lain memaparkan: "Pecat pengkhianat", "geng Azmin sila berambus" dan "pecat barua, Si Kitol".

Turut hadir ialah Naib Ketua AMK Thiban Subramaniam, Naib Ketua AMK Selangor Pravin Murali dan Timbalan Ketua AMK Wilayah Persekutuan Mundzir Zahir.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/kumpulan-amk-mahu-pkr-buang-18-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Gembira Berjaya Membuat Pkr Dap Amanah Melutut Kepada Mahathir

Azmin Gembira Berjaya Membuat Pkr Dap Amanah Melutut Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 303 hits
Usaha pihak tertentu menyokong Dr Mahathir Mohamad sekarang membuktikan mereka kini sedar kesalahan yang mereka lakukan kata sekumpulan bekas pimpinan PKR yang diketuai Azmin Ali Dalam suatu kenyataan bersama para anggota parlimen itu menje...
Akhirnya Ph Tumbang Setelah Bersatu Beserta Azmin Dan 10 Ahli Parlimen Pkr

Akhirnya Ph Tumbang Setelah Bersatu Beserta Azmin Dan 10 Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 417 hits
Aidila Razak Lee Long Hui Tanpa ahli parlimen Bersatu yang memegang 26 kerusi dan Mohamed Azmin Ali serta 10 lagi ahli parlimen yang setia kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu PH kini hanya mempunyai 102 kerusi Presiden Bersatu Muhyiddin Ya...
Pergolakan Politik Semasa Azmin Sangkal Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Dan Pakatan Sebagai Pengkhianat

Pergolakan Politik Semasa Azmin Sangkal Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Dan Pakatan Sebagai Pengkhianat

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 1914 hits
Sumber gambar dari Sinar HarianPanas beberapa hari ini mengenai isu politik dan pentadbiran kerajaan semasa yang sedang bergolak Tidak tahu apa yang berlaku sekarang sehinggakan begitu banyak mesyuarat tergempar diadakan oleh parti parti po...
Pkr Dakwa Muhyiddin Azmin Musuh Dalam Selimut

Pkr Dakwa Muhyiddin Azmin Musuh Dalam Selimut

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 352 hits
KLANG Parti Keadilan Rakyat mendakwa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi musuh dalam selimut menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan
Senarai Nama Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Bersama Azmin Ali

Senarai Nama Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Bersama Azmin Ali

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 915 hits
KENYATAAN MEDIA24 FEBRUARI 2020Kami Ahli Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN dan muafakat Pakatan Harapan bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen 1 YB Dato Seri Mohamed Azmin AliAhli Parlimen Go...
Azmin Zuraida Sacked From Pkr

Azmin Zuraida Sacked From Pkr

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 431 hits
If the turmoil surrounding the country s political arena was at boiling point yesterday the temperature is rising even more today with rumours that the Prime Minister has resigned While the New Straits Times is working to verify this it is ...
Azmin Ali Zuraida Dipecat Dari Pkr Serta Merta

Azmin Ali Zuraida Dipecat Dari Pkr Serta Merta

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 332 hits
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dipecat dari parti itu berkuat kuasa serta merta Loading Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan perkara itu selepas mesyu...
Langsung Azmin Keluar Pkr

Langsung Azmin Keluar Pkr

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 330 hits
Wartawan Malaysiakini LANGSUNG Malaysiakini membawakan liputan langsung berkenaan perkembangan susulan pertemuan kumpulan kumpulan politik yang bermula pagi ini Anwar Perkembangan hari ini satu pengkhianatan 10 malam Kediaman Anwar Segambut...
Perkhianatan Bersatu Segelintir Pemimpin Pkr Hasrat Anwar Jadi Pm Ke 8 Musnah

Perkhianatan Bersatu Segelintir Pemimpin Pkr Hasrat Anwar Jadi Pm Ke 8 Musnah

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 294 hits
Desas desus pembentukan kerajaan baharu sedang hangat diperkatakan sejak semalam dan pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti menguatkan lagi dakwaan itu Dalam pertemuan yang diadakan di Hotel Sheraton Petaling Jaya sebentar tadi dihadiri ol...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua