Kumpulan Ad Hoc




Ad Hoc. Kehadirannya pernah menghangatkan lagi persada muzik rock tempatan pada awal 90an.

Ad Hoc terdiri daripada 5 orang anak muda yang berasal dari Banting Selangor yang pada mulanya adalah dari band-band yang berlainan. Mereka bergabung atas dasar satu hati dan semangat demi minat yang mendalam terhadap bidang muzik. Ad Hoc didefinisikan sebagai satu tindakan yang dilakukan dengan serta-merta.  

Ad Hoc - Dari kiri Tutooi (drum), Along (gitar), Lee (vokal), Deen (bass) dan E'pinn (gitar utama)

Bermula dari satu pertandingan antara band yang berlangsung di Kompleks Pertama Kuala Lumpur, bakat dan kemampuan mereka telah menarik perhatian juri dan pihak penganjur pertandingan. Akhirnya mereka diberi peluang untuk merakamkan album oleh DJ Ainol Jamal yang bertugas di Selangor F.M.



Di bawah label Suria Records (SRC), Ad Hoc mula menjalani rakaman album sulung mereka.Antara kumpulan-kumpulan rock yang turut bernaung dibawah Suria Records ketika itu adalah Keno, Metafora, Menara dan Evolusi. Rakaman album Ad Hoc menjalani masa rakaman selama 3 bulan di Studio Fantasia. 


Berkat usaha keras dan sokongan ramai, akhirnya album ‘Manis’ telah berjaya dihasilkan. Album ini diterbitkan oleh Usop dan Hattan pada tahun 1992. Album yang bergenrekan slow rock dan hard rock ini mengandungi lagu-lagu hits seperti Manis, Berpisah Untuk Bertemu, Di Puncak Takdir dan Menanti Maaf. Ad Hoc sendiri turut menghasilkan dua buah lagu mereka dalam album ini antaranya RnR (Kau Suka) dan Prajudis. Album ini terjual hampir 25,000 unit.

'Manis' (1992) - foto:wiraaz

Lagu Manis ciptaan Awang BPR pernah dicalonkan dalam Juara Lagu (Muzik-Muzik) TV3. Ad Hoc juga berjaya menempatkan diri sebagai finalist Malaysian Top Chart selama 2 bulan berturut-turut. Mereka juga tidak ketinggalan mengadakan konsert terbesar di Dataran Merdeka. Segala pengalaman yang dilalui Ad Hoc ketika itu amat manis belaka.



Tahun 1993, beberapa anggota Ad Hoc pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Van yang dinaiki mereka untuk promosi album bergolek di atas jalan raya kerana pemandunya mengantuk. Bersama Ad Hoc, beberapa anggota kumpulan Menara juga turut terlibat.  Mujurlah cuma kecederaan sahaja yang dialami mereka, tiada kehilangan nyawa.

Kumpulan Ad Hoc

Kenapa Ad Hoc Cuma satu album? Kenapa tiada album kedua? Sebenarnya lagu-lagu untuk album kedua Ad Hoc sudahpun ada. Cuma vokalis Ad Hoc, Lee ketika itu mengalami masalah vocal dan tidakdapat menyanyi dengan baik. Pihak syarikat rakaman mahukan vocal yang lain dan ini amat mengecewakan Ad Hoc. Justeru itu kontrak Ad Hoc sebagai artis rakaman ditamatkan oleh SRC. Anggota-anggota Ad Hoc kemudiannya membawa haluan masing-masing. Ada yang masih terlibat dalam bidang seni dan perniagaan sendiri.



Khabarnya Ad Hoc akan membuat kemunculan mereka kembali. Bila? Tunggu… Tapi vokalisnya bukanlah Lee. Kerana Lee sedang syok dengan kerja di belakang tabir drama dan filem. Apa-apa pun all the best & good luck buat Ad Hoc. Salam manis dari gua dan peminat-peminat rock semua!!

Sumber/Rujukan : Tutooi & Deen Ad Hoc

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cicaktonjeng.blogspot.com/2013/05/kumpulan-ad-hoc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagu Tiara Nyanyian Kumpulan Kriss Semakin Viral

Lagu Tiara Nyanyian Kumpulan Kriss Semakin Viral

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 364 hits
Lagu Tiara Nyanyian Kumpulan Kriss Semakin Viral Lirik Lagu Tiara adalah seperti di bawah Lagu Tiara kini menjadi siulan rakyat Malaysia dan Indonesia Semakin hari semakin viral di Malaysia dan negara jiran Untuk versi original boleh layan ...
Berjaya Lonjakkan Nama Ini 10 Ahli Pertama Kumpulan Idola Buat Debut Solo

Berjaya Lonjakkan Nama Ini 10 Ahli Pertama Kumpulan Idola Buat Debut Solo

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 220 hits
Dalam mana mana kumpulan K Pop sekalipun pasti akan ada seorang ahli yang akan debut solo dulu kan Korang nak tahu siapa yang debut solo paling awal dari ahli mereka yang lain Ha jom kita tengok Industri muzik Korea sememangnya berjaya meng...
Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor

Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 262 hits
Tabung Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan kumpulan Pelaksana telah diperkenalkan sejak tahun 2018 Bantuan ini diwujudkan dalah bertujuan untuk menggalakkan penjawat awam Johor melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi Untu...
Kumpulan Legenda

Kumpulan Legenda

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 298 hits
Wujud pada sekitar tahun 1987 kumpulan ini mengggunakan nama ILA Z bersempena nama adik kepada pengurus sebuah studio yang terletak di Bandar Tun Razak Kuala Lumpur Nama itu kemudiannya ditukar kepada LEGENDA atas kehendak syarikat rakaman ...
Kumpulan Fotograf

Kumpulan Fotograf

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 515 hits
FOTOGRAF sebuah nama yang begitu popular dalam industri muzik tanahair bermula era penghujung 80an Kehadiran mereka menggetarkan lagi irama muzik rock yang ketika itu sedang hangat dan digilai oleh masyarakat tidak kira usia Pada awalnya se...
Kumpulan Baru Newjeans Lancar Intro Mv Lagu Hype Boy

Kumpulan Baru Newjeans Lancar Intro Mv Lagu Hype Boy

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 274 hits
Rasa rasanya korang pasti dah tahu mengenai kumpulan yang baru sahaja debut iaitu NewJeans kan Nampak gayanya mereka terus menunjukkan imej yang meyakinkan apabila kumpulan itu kini melancarkan lagu kedua mereka NewJeans baru baru ini melan...
Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Pm Perlu Terus Tekan Untuk Menaikkan Gaji Minima Ke Rm2000



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Kempen Mari Beli Lokal Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Antara Pilihan

Hantam Terus Frans Kritik Dr Haji Murariau Dosen Akademi Dakwah Di Riau

Bahagia Ibu Meninggal

Makan Nasi Kandar Di Pelita Gateaway Seremban

Si Tomy Sesekali Selalu Akhirnya Menetap