Kulit Terasa Lebih Remaja Dengan Laf Water Bomb Ampoule
LaF Water Bomb Ampoule || hi there, ni nak kenalkan kat korang LaF water bomb ampoule yang recently masuk dalam senarai skincare mrs pip .. masalah kulit kurang bermaya dan dehidrasi merupakan masalah utama kulit mrs pip sejak dari dulu... dan kalau tidak di atasi masalah kulit dehidrasi (kulit kering) , ianya boleh menyebabkan kesan penuaan yang lebih cepat ... oh my kulit!
LaF Water Bomb Ampoule
pemakaian pelembab kulit memang sangat penting bagi mrs pip kerana sejak dari dulu lagi kulit mrs pip memang terasa cepat kering dan kurang bermaya kalau tidak dijaga dengan rapi, dan boleh menyebabkan kulit menjadi kusam, ouch
LaF Water Bomb Ampoule
dan baru baru ni, mrs pip mencuba produk LaF, singkatan bagi Lost (problem) and Found (solution) . LaF merupakan produk yang memberi fokus kepada penjagaan pori muka menggunakan tea tree oil, dan juga mempunyai rangkaian produk yang lain.
LaF Water Bomb Ampoule texturepertama kali mrs pip menggunakan moisturizer dalam bentuk ampoule ... biasanya guna moisturizer dalam bentuk krim atau serum ... ampoule dan serum hampir sama , cuma berbeza sedikit dari segi tekstur kerana ampoule ni seperti water-like texture, lebih cair berbanding serum pada kebiasaannya , dan mempunyai light scented smell ... bau LaF water bomb ampoule ni tak kuat sangat, just nice dengan deria bau mrs pip T_T
LaF Water Bomb Ampoule
LaF water bomb ampoule didatangkan dalam botol kecil bersaiz 30ml bersama dropper, untuk memudahkan kita senang nak guna .. hanya dua hingga tiga titisan sahaja cukup untuk sapuan di kulit muka mrs pip ..
antara bahan bahan yang terkandung di dalam LaF water bomb ampoule ni ialah:-Sodium Hyaluronate yang membantu penghidrasian kulit kekal sepanjang hari, sekaligus melembabkan kulit Aloe Vera Leaf Water yang membantu memperbaiki kulit sensitifBetaine membantu melembutkan kulit (purifyng)Allantoin yang menyegarkan kulit (soothing)
Cara penggunaan: Selepas membersihkan muka, dan meletakkan toner kegemaran korang, ambil dua - tiga titik / titik atau secukupnya LaF Water Bomb Ampoule dan sapukan di kulit korang, dan sapu sehingga water bomb ampoule menyerap sepenuhnya ke kulit.
LaF Water Bomb Ampoule
Pendapat selepas menggunakannya: first time nampak bottle ni, terus suka ... the bottle is handy, senang nak bawa dan mudah nak guna. mrs pip dah lebih dari seminggu guna produk ni, pagi petang guna ... bagi mrs pip, LaF Water Bomb Ampoule senang untuk menyerap masuk ke dalam kulit, dan pemakaian yang konsisten selama lebih seminggu ni, kulit mrs pip terasa lebih lembut dan kelihatan tidak kering ... I just love my skin now! kulit terasa lebih remaja dengan LaF Water Bomb Ampoule tau ...suka dengan botol kecil LaF ni, siap ada dropper kan , so bila nak guna tu, dua tiga titis sahaja cukup untuk sapuan seluruh muka ...satu lagi yang mrs pip happy sangat dengan produk LaF water bomb ampoule ialah, apabila bab nak make up nak letak foundation ke, face powder ke, memang senang sangat nak apply, tak bercapuk / cakey ...kalau korang sejenis macam mrs pip yang sukar berpisah dengan moisturizer kerana nak kulit sentiasa kekal lembap sepanjang hari, lepas tu nak yang senang guna ala-ala on-the-go, memang sesuai korang dapatkan sebotol LaF water bomb ampoule ni ...
sekiranya korang berminat untuk beli produk ni, LaF dijual secara eksklusif di rangkaian Guardian dengan harga sekitar RM47++ satu ... selain water bomb ampoule, ada juga whitening ampoule dan anti-wrinkle ampoule ..
sekiranya korang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk LaF ni, korang boleh check it out informasi lanjut di laman web LaF atau boleh terus ke Instagram LaF ...
untuk laman web LaF
http://answerlaf.com/
untuk laman instagram LaF
https://www.instagram.com/laf.kr/
atau
https://www.instagram.com/lafmy
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2018/10/kulit-terasa-lebih-remaja-dengan-laf-water-bomb-ampoule.html