Kulit Cerah Berseri Dengan Honey Turmeric Mask Aura New You
Assalamualaikum, hai semua. Biasanya kita orang perempuan nie kalau boleh memang nak kulit cantik dan sihat kan. Selain menjaga kulit muka kita dengan produk kecantikan seperti pencuci muka, toner dan serum, kita juga tak harus lupakan pengunaan masker pada kulit muka kita juga tau. Jadi kali nie Kak Sue nak kongsi mask atau masker untuk Kulit Cerah Berseri Dengan Honey Turmeric Mask Aura New You nie dengan korang. Jom kita tengok apa yang menarik dengan Honey Turmeric Mask dari Aura New You jom.
Honey Turmeric Mask Aura New You
Kulit Cerah Berseri Dengan Honey Turmeric Mask Aura New YouMacam biasa, sebelum Kak Sue nak sembang panjang lagi tentang Honey Turmeric Mask nie, Kak Sue nak kongsi sedikit info dulu dengan korang. Ya lah sebelum kita nak cuba atau guna sesuatu produk tu, perkara pertama yang kita nak tahu selamat atau tak untuk kita guna pada kulit muka kita kan. Nanti sibuk nak cantikkan kulit lain pula jadinya.
Honey Turmeric Mask Aura New YouHoney Tumeric Mask nie dianalisi di makmal, dan didapati kaya dengan zat dan khasiat tumbuhan semulajadi tau korang. Ia tiada kesan pemalsuan bahan ataupun bahan terlarang lain seperti logam berat terkandung pada sampel yang diuji. Contohnya macam merkuri atau bahan bahaya yang lain
Kandungan yang ada pada Honey Tumeric Mask nie, adalah daripada sumber halal berdasarkan analisis Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi (HPLC) bagi mengenalpasti kandungan sampel campuran. Dan ternyata sampel ini terbukti selamat dan tulen. Jadi korang tak perlu nak risau atau was-was nak cuba atau guna Honey Turmeric Mask nie okay
Honey Turmeric Mask Aura New YouSekarang Kak Sue nak bercerita bahan-bahan yang ada dalam Honey Turmeric Mask Aura New You nie pula, antaranya.
1. Zat Besi2. Vitamin C3. Vitamin E4. Polifenol
Selain tu antara bahan lain yang actives yang terkandung dalam Honey Tumeric Mask nie lagi ialah.
1. Kunyit2. Temulawak3. Sandalwood4. Kunyit Putih5. Bunga Ros6. Akar Wangi7. Cekur8. Licorice
Haa.. menarik kan, semua bahan yang digunakan untuk masker Honey Turmerik memang dari bahan semulajadi yang mungkin ada disekelilingi kita aja kan. Dah tentu-tentu selamat untuk kita gunakan pada kulit kita. Seterusnya, Kak Sue nak kongsi cara nak mengunakan Honey Turmerik nie pula dengan korang.
Honey Turmeric Mask Aura New YouCara Menggunakan Honey Turmerik MaskSenang aja cara nak guna Honey Turmerik Mask nie korang. Hanya perlu ambil satu atau dua sudu masker, kemudian campurkan dengan sedikit air. Kacau sekejap sehingga dia blend betul dan boleh lah sapu dekat muka korang
Macam Kak Sue hari tu, Kak Sue campurkan dengan toner.. untuk kurangkan open pores kat muka. Selain tu, korang boleh juga kalau nak campur dengan bahan lain tau. Samada dengan madu asli untuk kulit lembap dan berseri, jus lemon untuk cerahkan kulit, yogurt untuk lembapkan dan sejukkan kulit, susu segar untuk menyejukkan dan menenangkan kulit dan korang juga boleh campur dengan apa-apa selain yang Kak Sue bagi tau kat atas nie ya
Honey Turmeric Mask Aura New YouBila korang dah pakai masker dekat muka, biarkan aja masker tu selama 15-20 minit. Kemudian korang boleh lah scrub muka korang sebelum bilas dengan air bersih. Selepas bersihkan muka kita tu kan, korang akan rasa kulit segar, bersih dan lembut. Apa yang bestnya, tak ada kesan kuning pun kat kulit kita selepas kita cuci kulit muka kita tu. Best kan.
Jadi pada korang yang ada masalah kulit berminyak, masalah jerawat, kulit kering atau parut gelap boleh cuba sendiri Honey Turneric Mask dari Aura New You nie hokay. Kalau ikut step penjagaan kulit muka memang kena pakai mask dalam seminggu untuk kekalkan kesihatan dan kecantikkan kulit muka kita. Untuk lebih detail korang boleh klik kat bawah nie ya.. papai
Honey Turmeric Mask Aura New You
Honey Turmeric MaskAura New You
Instagram | Whatapps
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2020/11/Kulit-Cerah-Berseri-Dengan-Honey-Turmeric-Mask-Aura-New-You.html