Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem 10 Khasiat Neem Yang Perlu Anda Tahu


Dengar sahaja nama Himalaya , Cik iena yakin ramai yang kenal akan Produk penjagaan kulit  berasaskan Herba yang sangat dipercayai oleh orang ramai kerana kehebatan kandungan 100% formula herba yang diekstrak secara semulajadi melalui bahan organik. Selama bertahun-tahun, jenama ini telah mengukir niche untuk dirinya sebagai perintis dalam produk penjagaan muka serta rambut.
 
 

Sebelum Cik iena kongsikan mengenai rangkaian produk Himalaya yang telah cik iena cuba, Cik iena kongsikan terlebih dahulu Khasiat Neem yang perlu anda tau.Mungkin ada yang tidak pernah dengar tentang herba yang dipanggil ‘neem’ ini sama seperti Cik iena. Dalam era serba moden ini, jarang untuk kita mengamalkan cara tradisional untuk menyeselaikan masalah kulit. Kebanyakannya menggunakan ubat-ubatan moden yang mana ada diantaranya juga yang mempunyai bahan kimia yang tidak bagus untuk kesihatan.
Cik iena yakin banyak pokok atau tumbuhan selain daripada ‘neem’ yang mungkin ada di antara kita tahu yang digunakan untuk tujuan perawatan wajah. Namun untuk 'neem' terdapat keistimewaan dan keberkesanannya dalam menawar pelbagai masalah kesihatan.
 


Pokok ‘neem’ atau dalam Bahasa Melayu dipanggil ‘pokok semambu’ ini telah digunakan sejak berkurun lama di India dalam teknik perubatan Ayurveda. Kini, penggunaan pokok ‘neem’ semakin luas diperkatakan dan dipraktikkan di serata dunia, termasuk pelbagai produk kesihatan di Himalaya Healthcare Malaysia.
 


 
 
 10 KHASIAT ‘NEEM’ ANDA PERLU TAHU


1. MENGURANGKAN BERAT BADAN
Untuk cara yang lebih mudah dan selamat, ‘neem’ boleh digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia berkesan dalam meningkatkan kadar metabolisma badan secara efektif dan membantu memecahkan sel-sel lemak di dalam badan.



2. MENJAGA TAHAP GULA DALAM DARAH
Untuk penghidapi penyakit diabetes atau kencing manis, anda boleh gunakan ‘neem’ sebagai salah satu alternatif perubatan kerana ia merupakan penawar semulajadi terbaik untuk mengawal penyakit diabetes. Daun ‘neem’ dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah dan meningkatkan sensitivity reseptor insulin di dalam badan. Daun-daun yang penuh khasiat ini juga dapat membantu untuk mengawal kadar gula di dalam darah serta mengurangkan kebergantungan anda kepada dadah dan ubat-ubatan yang kerap diambil sepanjang mengalami penyakit diabetes.

3. MEMBANTU MERAWAT KANSER
Terdapat sel protein asli di dalam daun ‘neem’ yang dipanggil sebagai ‘Neem Leaf Glycoprotein’ atau NLGP, ianya dikatakan mampu untuk menghalang pertumbuhan sel kanser di dalam badan. Selain daripada menghalang sel kanser secara lansung, NLGP juga mampu untuk mengawal sel imunisasi yang terdapat di sekitar sel kanser dan di dalam darah. Keadaan ini akan melambatkan pertumbuhan tumor dan seterusnya membantu dalam merawat pesakit kanser yang sedang menjalani sesi rawatan chemotheraphy.

4. MELEGAKAN JANGKITAN PADA LUKA
Kandungan ‘nimbidol’ dan ‘gedunin’ yang terkandung dalam pokok ‘neem’ bertindak sebagai anti-kulat dan mampu untuk membunuh kulat yang tumbuh pada kulit. Sebagai alternatif, amalan penggunaan daun ‘neem’ pada kulit juga dapat menyembuh dan mencegah jangkitan kulat pada badan anda.

5. MEMBUNUH KUTU DI KEPALA
Daun ‘neem’ sangat dikenali sebagai agen anti-bakteria dan anti-mikrob yang kuat. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa minyak yang dihasilkan daripada daun ‘neem’ boleh digunakan untuk membunuh dan mencegah kutu yang tumbuh di kepala.

6. BOLEH MENGHALAU NYAMUK
Selain menjadi penawar kepada pelbagai penyakit, ‘neem’ juga digunakan sejak turun-temurun untuk menghalau nyamuk. Menurut kajian yang pernah dijalankan, minyak daripada daun ‘neem’ juga bertindak sebagai agen ‘anti-protozoal’ yang memberi bau unik pada kulit anda, dan pada masa yang sama mencegah nyamuk daripada mendekati anda. Cara ini sebenarnya lebih berkesan dan mesra alam berbanding penggunaan aerosol atau asap.


7. MEMBANTU MERAWAT HEPATITIS
Oleh kerana sifat tidakbalas anti-virusnya yang kuat, daun ‘neem’ juga digunakan untuk membantu merawat pesakit hepatitis di seluruh dunia. Ia berfungsi menghapuskan toksin merbahaya dalam badan dan seterusnya mengurangkan kandungan toksik di dalam hati. Selain itu, dengan bertindak memperbaiki sistem imunisasi di dalam badan, pesakit hepatitis dapat mempercepatkan proses pemulihan mereka dengan lebih berkesan dan semulajadi.

8. MENCEGAH MASALAH MULUT, GIGI DAN GUSI
Di kebanyakan kawasan luar bandar khususnya di India, ranting pokok ‘neem’ masih lagi digunakan untuk memberus gigi dengan cara ‘bersugi’ seperti sunnah yang diamalkan oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia. Sifat-sifat anti-mikrob dan anti-kulat neem memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit gusi, sakit gigi, nafas berbau, ulser mulut dan banyak lagi. Selain itu, ia juga dapat bertindak sebagai ubat semuladi untuk membuatkan gigi anda jadi putih.



9. MENCEGAH PENYAKIT ‘AMOEBASIS’
‘Amoebasis’ merupakan infeksi usus besar dan kadangkala boleh menyebabkan infeksi hati oleh kerana parasit yang dipanggil ‘Entamoeba histolytica’. Daun ‘neem’ bertindak sebagai ubat semulajadi yang sangat berkesan oleh kerana sifat antibiotiknya yang tinggi. Apabila digunakan di bahagian perut, daun ‘neem’ akan mengurangkan keradangan usus atau kekejangan berpanjangan yang seringkali dialami oleh pesakit yang menghidap ‘amoebasis’.
 
10. PENAWAR SEGALA MASALAH KULIT MUKA
Masalah kulit muka seperti jerawat, kedutan, pigmentasi, ‘blackhead’, kulit kering dan sebagainya, percaya atau tidak daun ‘neem’ merupakan penawar terbaik untuk anda menangani apa jua masalah kulit muka. Dengan sifat seperti anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus, daun ‘neem’ mampu untuk melegakan keradangan dan kerengsaan kulit muka yang bermasalah. Selain mampu untuk mengurangkan parut jerawat pada muka, daun ‘neem’ juga bertindak sebagai pelembap semulajadi dan ‘toner’ kulit yang efektif.
 
 




Bercakap mengenai penawar segala masalah kulit muka disini Cik iena ingin kongsikan antara rangkaian produk dari Himalaya Healthcare Malaysia yang dikatakan dapat menjadi penawar kepada segala masalah kulit terutamanya untuk anda yang mempunyai masalah kulit berjerawat iaitu Himalaya Neem. Berikut Cik iena kongsikan antara produk Himalaya Neem yang cik iena telah cuba.



Himalaya Purifying Neem Face WashHimalaya Herbals Neem Face Packourishing Skin CreamLip BalmAcne-n-Pimple CreamSkin Wellness  Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem


 
Himalaya Purifying Neem Face WashPencuci muka berformula herba ringan ini membersih kulit secara mendalam dan mengeluarkan kotoran serta minyak yang berlebihan. Tidak seperti kebiasaan sabun pencuci muka, face wash bersifat foam ini terasa ringan di wajah dan menghindar kulit dari menjadi rapuh.




Ianya diformulasi dari bahan antibakteria dan serbuk kunyit berfungsi menghalang penghasilan minyak berlebihan dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Untuk pengetahuan pencuci muka ini sesuai buat anda yang mempunyai kulit berminyak. Ianya bebas paraben, SLES, sulfat dan sabun
Pencuci wajah ini mampu melambatkan pertumbuhan jerawat .Gunakan pencuci muka ini secara konsisten untuk kulit bebas minyak.
 


 
Cara Pengunaan Himalaya Purifying Neem Face WashLembapkan wajah, sapukan sebilangan kecil Purifying Neem Face Wash dan lembutkan pembasuhan dengan menggunakan gerakan bulat.Basuh dan keringkan. Gunakan dua kali sehari.
 
Review Himalaya Purifying Neem Face WashCik iena suka gunakan  Himalaya Purifying Neem Face Wash ini kerana ianya tidak mengandungi paraben, SLES, sulfat dan sabun. Tekstur pencuci wajah berupa gel ini juga amat mudah untuk diaplikasikan. Selepas mencuci wajah, wajah terasa segar , bersih dan tegang. Harumannya juga amat menenangkan.


Rating Himalaya Purifying Neem Face Wash10/10



Beli Himalaya Purifying Neem Face Wash Secara Online di  
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons| Royale Pharma




Himalaya Herbals Neem Face Pack 
Herbals Neem Face Pack ini mampu mencegah jerawat dan noda pada wajah. Ianya berfungsi  mengangkat segala kotoran pada wajah seterusnya mampu mengelakkann wajah dari terkena  pencemaran kulit. Herbals Neem Face Pack ini  menyatukan kebaikan Neem, Fuller's Earth dan Turmeric, yang bekerja sama untuk mengatur rembesan minyak berlebihan, membersihkan pori-pori yang tersumbat dan mencegah timbulnya jerawat.


 


Cara Penggunaan Himalaya Herbals Neem Face Pack

 
Sapukan Purifying Neem Pack secara merata di wajah dan leher yang telah dibersihkan, elakkan dari terkena kawasan di sekitar mata dan mulut. Biarkan topeng kering selama 10-15 minit, dan basuh  menggunakan span atau tuala basah. Bilas dengan air sejuk. Untuk hasil yang optimum, gunakan seminggu sekali. Himalaya Herbals Neem Face Pack ini sangat sesuai untuk kulit berminyak dan jerawat.

Review Himalaya Herbals Neem Face PackHimalaya Herbals Neem Face Pack merupakan antara face mask yang Cik iena gemar pakai terutamanya sekiranya ketika wajah Cik iena ada jerawat. Selepas cuci wajah rasa bersih dan tegang.Terasa kulit wajah sagat bebas dari minyak.Sekiranya Cik iena ada jerawat Cik iena akan pakai pada jerawat juga setiap hari untuk keringkan jerawat tersebut dengan cepat disamping menggunakan Himalaya Acne-n-Pimple Cream. Tapi jangan pakai seluruh muka tau. Seluruh muka cik iena pakai seminggu sekali tapi jika ada jerawat cik iena letak dibahagian jerawat sahaja untuk tarik kekotoran dan minyak supaya jerawat lebih cepat mengecut.

Apa yang kurang menyenangkan cuma haruman dia. Biasalah bau herba kan. Bau herbanya agak kuat berbanding produk yang lain namun hasilnya sangat bagus. Tapu tak semua orang tak suka baunya. Ada juga review yang Cik iena baca yang suka haruman herba nya. Cik iena cuma kongsikan review dari cik iena sahaja.



Rating Himalaya Herbals Neem Face Pack9/10



Beli Himalaya Herbals Neem Face Pack  Secara Online di  
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons| Royale PharmaHimalaya Nourishing Skin Cream

 
Himalaya Nourishing Skin Cream  adalah krim penggunaan harian yang ringan dan tidak berminyakk. Ianya memberikan kelembapan yang maximum pada wajah serta  khasiat dan perlindungan sepanjang hari. Krim ini diadun dengan ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Indian Pennywort, yang melindungi kulit anda dari pencemaran dan cuaca kering, memberikan khasiat dan kelembapan.


Cara Penggunaan Himalaya Nourishing Skin Cream 
Sapukan Nourishing Skin Cream dengan lembut di muka dan leher dua kali sehari, selepas membersihkan wajah. Untuk hasil terbaik, gunakan secara berkala. Sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya uga boleh dijadikan asas untuk solekan.Himalaya Nourishing Skin Cream telah diuji secara dermatologi, bukan komedogenik dan hypoallergenic.

Review Himalaya Nourishing Skin CreamCik iena suka memakai Himalaya Nourishing Skin Cream kerana baunya yang harum serta tekstur krim yang lembut dan ianya sangat mudah meresap pada kulit wajah. Apa yang lebih Cik iena suka adalah kelembapannya bertahan lama berbanding krim pelembab lain. Ianya juga tidak berminyak dan tidak melekit. Sangat selesa mengenakan krim ini. Ia juga memberikan kesan glowing pada solekan  Cik iena kerana kadar kelembapannya yang optimum.

Rating Himalaya Nourishing Skin Cream10/10




Beli Himalaya Nourishing Skin Cream Secara Online di 
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons | Royale Pharma


Himalaya Lip Balm
Himalaya Natural Moisturizing Lip Balm terhasil dari campuran butter herba mewah yang melembapkan bibir anda sepanjang hari. Gabungan Cocoa dan Sal Butters ini bertujuan untuk  menghidrat bibir anda dan menghalangnya daripada pecah-pecah. 

Cara Penggunaan  Himalaya Lip BalmSapukan lapisan Lip Balm yang nipis dan halus di bibir anda. Sapukan semula sepanjang hari seperti yang diperlukan untuk bibir lembut dan lembut. Terbaik untuk bibir kering dan pecah-pecah.

Review Himalaya Lip BalmMemandangkan bibir Cik iena memang mengalami masalah bibir kering walaupun Cikiena cuku pminum air , jadi Himalaya Lip Balm sangat membantu Cik iena.Ianya memberikan kelembapan berpanjangan pada bibir. Cik iena hanya perlu pakai pada waktu pagi sahaja. Tai adakalanya Cik iena juga akan pakai diwaktu malam sebelum tidur sebagai masker bibir. Cik iena pakaikan tebal sedikit dari biasa. Selain itu Cik iena juga gunakan Himalaya Lip Balm ini untuk membuat scrub bibir. Caranya mudah sahaja Cik iena campurkan sedikit Himalaya Lip Balm dengan gula dan scrub pada bibir. Kulit-kulit mati bibir akan tertanggal dan warna bibir menjadi lebih merah .



Rating Himalaya Lip Balm10/10

Beli Himalaya Lip Balm Secara Online di 
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons | Royale Pharma


Himalaya Acne-n-Pimple Cream
 




Cara Penggunaan Himalaya Acne-n-Pimple Cream
Sapukan Himalaya Acne-n-Pimple Cream ada bahagian jerawat sahaja selepas anda membersih wajah dan memakai pelembab.



Review Himalaya Acne-n-Pimple Cream
Cik iena suka Himalaya Acne-n-Pimple Cream kerana ianya mengeringkan jerwat dengan cepat serta memudarkan parut kerawat.


Rating Himalaya Acne-n-Pimple Cream10/10


Beli Himalaya Acne-n-Pimple Cream Secara Online di 
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons | Royale Pharma


Himalaya Skin Wellness  Himalaya Skin Wellness   membantu melawan jerawat dengan menghalang bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat. Ianya juga membantu mengurangkan keradangan kulit yang disebabkan oleh bakteria yang disebabkan jerawat. Sifat antioksidan yang detoksifikasi dan kuat dari Neem membantu mengurangkan kesan kerosakan radikal bebas sel, membantu meremajakan kulit dan membantu mengekalkan kulit yang sihat dan bersinar.
 

Himalaya Skin Wellness merupakan produk makanan tambahan yang bebas dari gula, warna tiruan, perisa tiruan, pengawet.Setiap tablet mengandungi  Ekstrak daun Nimba (Azadirachta indica) - 250 mg dan ianya adalah 100% vegetarian.

Himalaya Skin Wellness sesuai untuk anda yang mengalami masalah Jerawat serta alahan dan anda yang  mudah terkena jangkitan kulit.
Cara Penggunaan  Himalaya Skin Wellness 

1 kapsul dua kali sehari selepas makan

 
Review  Himalaya Skin Wellness 
Secara keseluruhannya kesan yang didapati adalah kulit tiada masalah jerawat. Semenjak PKP ni kulit Cik iena berjerawat sebab mengenakan face mask. Memandangkan Cik iena pakai semua rangkaian produk Himalaya Neem jadi Cik iena tak pasti adakah ianya berkesan jika diamalkan tanpa pengunaan produk Himalaya neem yang lain. Cik iena suggestkan anda cuba semua rangkaian produk Himalaya Neem secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Apa yang Cik iena kurang suka hanya bau herba sahaja yang lains emuanya ok. Tapi mungkin ada yang suka akan bau herba. Cik iena makan perlu tutuphidung dan tahan nafas. Pada yang dah biasa mengamalkan jamu Cik iena rasa tiada masalah :)



Rating  Himalaya Skin Wellness  8/10

Beli Himalaya Skin Wellness Secara Online di 
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons | Royale Pharma


Secara keseluruhannya Cik iena suka penggunaan rangkaian penjagaan wajah Himalaya Neem. Musim PKPP ni perlu pakai face mask bila keluar. Kulit wajah Cik iena pula sensitif bila mengenakan surgical face mask mesti akan naik jerawat bila terlalu lama mengenakan face mask. Jadi untuk tempoh sekarang Himalaya Neem merupakan set penjagaan wajah yang sesuai untuk menghindari jerawat dari tumbuh di wajah cik iena disebabkan penggunaan face mask sepanjang hari.


Untuk maklumat lanjut
Website : https://himalayainasia.com/

Facebook : https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia

Instagram : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/
 






 
 

 
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2020/08/Himalaya-Neem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Epal Hijau Kurangkan Risiko Barah Sakit Jantung Kulit Pun Cantik

Epal Hijau Kurangkan Risiko Barah Sakit Jantung Kulit Pun Cantik

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 251 hits
Betullah kata ungkapan Inggeris An apple a day keeps Doctor Away Ada banyak manfaat kesihatan yang terkandung dalam sebiji epal hijau ini Epal hijau mengandungi zat besi magnesium potasium kalsium soldium vitamin C vitamin A dan vitamin B s...
6 Khasiat Daun Lidah Buaya Untuk Kulit

6 Khasiat Daun Lidah Buaya Untuk Kulit

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 396 hits
Daun lidah buaya macam yang kita tahu memang elok dan bagus untuk merawat masalah kulit Macam baru ni k fiezz mengalami muka breakout Memang dah elok bengkak pun dah surut tapi tapi ada kesan parut hitam Belum lagi parut jerawat yang lama d...
6 Langkah Penjagaan Kulit Wajah Dengan Rangkaian Produk Himalaya

6 Langkah Penjagaan Kulit Wajah Dengan Rangkaian Produk Himalaya

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 552 hits
Orang kata paling susah nak jaga adalah kulit muka sebab senatiasa terdedah dengan pencemaran dan juga penyalahgunaan kosmetik nah Kakak kongsikan 6 Langkah Penjagaan Kulit Wajah Dengan Rangkaian Produk Himalaya Konsep cantik bukan sahaja m...
6 Langkah Bebas Jerawat Dengan 100 Formula Herba Dari Himalaya

6 Langkah Bebas Jerawat Dengan 100 Formula Herba Dari Himalaya

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 295 hits
6 Langkah Bebas Jerawat dengan 100 Formula Herba dari Himalaya Jerawat adalah salah satu masalah kulit yang buat kita jad strees Walaupun cik en bukan jenis kulit berminyak yang mana punca utama kulit berjerawat tapi apabila dah masuk umur ...
Tips Untuk Online Seller Instagram Simple Apps For Ig Feed Kemas Cantik

Tips Untuk Online Seller Instagram Simple Apps For Ig Feed Kemas Cantik

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 761 hits
Tips untuk Online Seller Instagram Simple Apps for IG Feed Kemas Cantik Ditulis oleh An Authorised Agent Mimpika Face PetalAttention to all online sellers Today i nak share a few apps and also tips on how to keep a simple and well organized...
Perawat Cantik Dibunuh Oknum Dosen Ternyata Ini Motifnya

Perawat Cantik Dibunuh Oknum Dosen Ternyata Ini Motifnya

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 288 hits
Intan Mulyatin perawat cantik dibunuh oknum dosen berinisial AS gara gara lamarannya ditolak orang tua korban Intan Mulyatin dan pelaku masih ada hubungan keluarga Pelaku AS melamar Intan Namun orang tua Intan menolak Kabarnya lamaran AS di...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah