6 Langkah Penjagaan Kulit Wajah Dengan Rangkaian Produk Himalaya


Orang kata, paling susah nak jaga adalah kulit muka sebab senatiasa terdedah dengan pencemaran dan juga penyalahgunaan kosmetik – nah !! Kakak kongsikan 6 Langkah Penjagaan Kulit Wajah Dengan Rangkaian Produk Himalaya.


Konsep cantik bukan sahaja mendapatkan tekstur kulit yang bersih tanpa jerawat dan jeragat tapi dapat menstabilkan pengeluaran minyak pada lapisan kulit sekaligus menghasilkan kulit yang lebih sihat dan bermaya.




SET PENJAGAAN KULIT WAJAH NEEM HIMALAYA

Sebelum mulakan rutin harian, kakak akan pastikan kulit kakak diberi perhatian dulu. Ye lah, nak pakai mekap kena lah prep kulit wajah supaya mekap tahan lebih lama. Tapi !! Adalah menjadi bonus besar bila kakak tak pakai mekap pun kulit tetap nampak berseri tanpa cela. Nah !! Bukan sahaja kulit cantik secara otometiknya pun keyakinan diri bertambah. Tak de lah jalan menunduk saja. Hee~
Kalau korang nak tau, Neem ataupun dalam bahasa Melayu nya adalah daun semambu - telah lama digunakan untuk merawat masalah kulit berkaitan fungus dan juga bakteria yang mampu menyebabkan kerosakan pada sel-sel badan kita. Cumanya-- Sampai bila kita nak memetik daun semambu, pilih yang matang, meraut dan merebus sehingga menghasilkan ekstrak yang berkualiti ? Hee~ Renyah bukan

Kini dah ada solusi bila rangkaian produk Neem dari Himalaya mudah didapati di pasaraya-pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia. Kalau tak pun, Google saja e-commerce yang ada, pasti tersenarai sebarang dua produk Neem ni

Rangkaian produk Neem telah melalui ujian klinikal khusus untuk membantu pengguna mendapat hasil positif pada setiap kali penggunaan, ini terbukti apabila kesemua produk Neem diperbuat daripada 100% herba dan juga tumbuh-tumbuhan yang  berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-kulat dan juga anti-virus dapat memulihkan masalah kulit secara alami. Tidak memerlukan pembedahan dan pelbagai lagi teknik aestetik terkemuka yang berharga ribuan ringgit. Berpeluh rasa

Dipercayai dari tahun 1930, jenama Himalaya bukan sahaja dipasarkan di Malaysia - malah produk Himalaya boleh didapati di seluruh dunia !

Jom !
Kakak kongsikan 6 langkah penjagaan kulit dengan rangkaian produk Neem dari Himalaya yang kakak sendiri amalkan



LANGKAH 1 : PURIFYING NEEM FACE WASH

Setiap kali mandi, setiap kali itu jugalah kakak akan mencuci muka dengan menggunakan Purifying Neem Face Wash yang dapat membantu menyingkirkan lebihan minyak, meratakan warna kulit, mengembalikan keanjalan tanpa mengeringkan kulit. Didatangkan dengan tekstur gel, pencuci muka Neem tidak mengandungi bahan-bahan kimia terlarang yang merengsakan kulit sebaliknya ia dapat membantu merencatkan pertumbuhan jerawat dan menjadikan kulit lebih bersih, lembut tanpa cela.







Menggabungkan fungsi dan khasiat daun semambu serta kunyit hidup yang kaya dengan sifat anti-bakteria, Purifying Neem Face Wash bertindak mencuci jauh ke dalam liang roma kulit wajah untuk menyingkirkan kotoran secara halus.

Cara nak gunakan pun mudah je, basahkan kulit wajah dan urut secara membulat pada keseluruhan wajah selama satu minit atau sehingga diyakini kulit bersih. Bilas dan keringkan secara semulajadi tanpa tuala muka.



LANGKAH 2 : PURIFYING NEEM PACK  
Bila kulit muka dah kering, boleh lah ready untuk pakai mask dan kali ni kakak menggunakan mask tanah liat dari Neem juga. Hee~ Purifying Neem Pack ni mengandungi ekstrak daun semambu, kunyit hidup berfungsi membantu menyerap lebihan minyak pada kulit wajah, membersihkan pori-pori yang tersumbat sekaligus mengelak pertumbuhan jerawat.

Daun semambu bersifat anti-bakteria dan ia  dapat mencegah jangkitan bakteria seperti jerawat dan bisul - manakala kunyit hidup bersifat antiseptik yang mampu menjadikan kulit lebih lembut dan tegang. Fuller’s Earth ( Multani Mitti ) merupakan sejenis tanah liat yang digunakan dalam pembuatan Purifying Neem Pack merupakan tanah liat bermutu tinggi yang mampu membersih hingga ke dalam liang pori dan menyingkirkan kotoran yang tersorok di dalam kulit wajah.


Sapu Purifying Neem Pack rata ke kulit wajah dan biarkan sekitar 10 minit – 15 minit. Gunakan span basah atau tuala basah untuk mencuci dan bilas dengan air sejuk. Untuk hasil yang optimum, kakak menggunakan Purifying Neem Pack sekali seminggu pada waktu malam.



LANGKAH 3 : NOURISHING SKIN CREAM

MOISTURISER TIME !!
Hee~ Kali ni sedikit berlainan sebab pertama kali kakak guna Nourishing Skin Cream yang dikatakan mampu melembapkan kulit wajah sepanjang hari supaya kulit kekal terhidrasi. Skeptikal kan ? Pelembap merupakan langkah yang sangat penting dalam rutin penjagaan kulit – tak boleh tidak jadi kakak yakin Nourishing Skin Cream ni mampu membantu kakak merawat masalah kulit kering disekitar tulang pipi dan juga meratakan garis-garis halus yang mula terbentuk disekitar mata. Haih--



Nourishing Skin Cream mengandungi ekstrak herba yang dapat mengembalikan kenyamanan pada kulit, bertekstur ringan dan tidak berminyak – ia diperkaya dengan ekstrak lidah buaya yang membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Selain lidah buaya, Nourishing Skin Cream juga mengandungi ekstrak ceri musim sejuk ( winter cherry ) mempunyai agen anti-stress yang dapat menenangkan kulit serta pokok Kino India yang mampu melindungi kulit dari pencemaran dan cuaca kering.

Jujurnya kakak memang suka lah !! Hee~ Sebab dia tak berminyak dan meresap lembut terus ke dalam kulit. Selama seminggu kakak dah try memang terasa kulit bertambah lembut dan anjal terutamanya pada bahagian leher.



LANGKAH 4 : ACNE-n-PIMPLE CREAM

Masalah jerawat nakal yang suka singgah kat kulit muka ni memang kakak dah alami dari zaman belasan tahun dulu, stress dan self confidence jatuh merudum. Lagi-lagi bila ada task kat luar dan kena jumpa ramai orang – koyak gak wey bila ada jerawat sebijik dua. Hahahaha~







Tiub comel Acne-n-Pimple Cream ajaib ni dah membantu kakak mencegah pembentukan jerawat baharu dan lama. Ia juga telah diuji secara klinikal mampu merawat masalah berkaitan jerawat. Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera dan kapas sutera untuk menyembuhkan dan melembutkan kulit disamping merawat masalah acne sehingga ke akar masalah.


Kakak sapu dua kali sehari selepas bersihkan kulit dan hanya sapu pada jerawat sahaja. Jangan memandai sapu sekeliling wajah plak ye. Itu salah tu. Dot sot sikit kat tempat yang naik jerawat tu je tau.



LANGKAH 5 : LIP BALM

Ibarat dah jadi rutin harian, balsem bibir dari Himalaya ni memang BEST sebab ia mampu memelihara tekstur bibir dan melembutkan bibir sekiranya korang menggunakan secara konsisten dan kerap. Serius !!







Mengandungi Carrot Seed Oil, ekstrak vitamin E dan juga Wheatgerm Oil yang telah menjalani ujian dermatologi bagi memastikan pengguna mendapat kesan yang maksima. Gittew-- Biasanya kakak akan guna sebelum mengoles lipstick bagi memastikan hasil bibir lembap dan mungil lebih ketara. Hee~ Tips tu tau.



LANGKAH 6 : SKIN WELLNESS

Kakak sendiri percaya, kecantikan luaran bermula dari kesihatan dalaman. Ya !! Selain menjaga kecantikan kulit dari luar, kakak juga mengamalkan kapsul Skin Wellness yang diperbuat dari daun semambu untuk penyembuhan kulit dari dalam. Ia juga dapat membantu merawat masalah kulit berkaitan jerawat yang berpunca dari usus kotor dengan menyingkirkan cacing gelang, merawat masalah nanah, memperbaiki tekstur kulit kepala yang sinonim dengan masalah kelemumur dan juga merawat masalah psoriasis.







Bersifat anti-bakteria, anti-kulat dan juga pembersih darah secara menyeluruh – Skin Wellness bertindak lembut terhadap usus dan tidak mengganggu fungsi organ lain. Jangan lupa minum air masak 3 liter sehari dan rajinkan bersenam untuk mendapat kesan yang optimum. Sekiranya tidak pasti samada badan korang boleh terima Skin Wellness ataupun tidak, mungkin korang boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Bila bercakap soal cantik ni, siapa je yang tak nak. Kan ? Tak kira lelaki atau perempuan, bila dapat kulit yang mulus dan tona sekata - seronoknya macam tak ada esok. Hee~ Dan sebagai pengamal media yang kerap berjumpa dengan klien, sudah tentunya penjagaan kulit wajah menjadi keutamaan kakak dan kakak percaya Himalaya dapat membantu masalah kakak yang satu ini.


Dan !!
Kalau korang pun ada masalah berkaitan kulit, apa kata singgah sekejap kat mana-mana kiosk atau kedai Himalaya dan bertanyakan tentang konsultasi khusus untuk masalah yang korang alami. Segan ? Hee~ Tak pe.. Boleh bertanya terus secara online dan membeli-belah juga secara online di www.shophimalaya.my dan jangan lupa baca setiap satu kandungan yang ada pada produk.


Em.
Cantik memang subjektif tapi mendapat kulit yang bersih dan sihat adalah BONUS.




LOVE ;
ATIE ADNAN






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2020/08/6-langkah-penjagaan-kulit-wajah-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Produk Himalaya Untuk Penjagaan Asas Muka Yang Patut Kita Cuba Tak Kira Lapisan Usia

Produk Himalaya Untuk Penjagaan Asas Muka Yang Patut Kita Cuba Tak Kira Lapisan Usia

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 451 hits
Hi Korang Masalah kulit muka memang sinomin dengan masyarakat segenap lapisan di dunia ni Ada yang mempunyai masalah kulit kering kulit berminyak kulit sensitive dan pelbagai lagi Maka beruntunglah pada mereka yang mempnyai kulit yang canti...
Rangkaian Penjagaan Kulit Baby Carrie Melengkapkan Rejim Penjagaan Kulit Bayi Anda

Rangkaian Penjagaan Kulit Baby Carrie Melengkapkan Rejim Penjagaan Kulit Bayi Anda

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 544 hits
Rangkaian Penjagaan Kulit Baby Carrie Melengkapkan Rejim Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Setiap ibu di luar sana semestinya mahukan yang terbaik buat anaknya Begitu juga kinah Walaupun kini Thahirah dah nak jadi kakak dia tetap baby di hati...
Produk Terbaik Penjagaan Kesihatan Diri Dari Jenama Himalaya

Produk Terbaik Penjagaan Kesihatan Diri Dari Jenama Himalaya

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 531 hits
Produk Himalaya Untuk Kesihatan Dalaman Seisi KeluargaUntuk pengetahuan korang produk Himalaya ni dah ada kat pasaran 90 tahun sejak tahun 1930 lagi Apa yang menjadikan ia mampu bertahan dan menjadi pilihan ramai adalah kerana produknya dic...
Majlis Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa Madeena Dan Lagu Kembara Nabawi Pelita Lusoh

Majlis Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa Madeena Dan Lagu Kembara Nabawi Pelita Lusoh

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 608 hits
MAJLIS PELANCARAN PRODUK PENJAGAAN KULIT ALI ZAHRAA MADEENA DAN LAGU KEMBARA NABAWI PELITA LUSOH Pada 29 Julai 2020 yang lalu AlongMurni berkesempatan untuk hadir ke Majlis Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa Madeena Lagu Kembara N...
Ada Masalah Kulit Muka Kering Jom Ikut Langkah Penjagaan Kulit Muka Kering Ni

Ada Masalah Kulit Muka Kering Jom Ikut Langkah Penjagaan Kulit Muka Kering Ni

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 386 hits
Kulit Kering Adeh Siapa pernah alami Kebiasaan terjadi bila kulit kering ni kulit kita akan jadi mengelupas K fiezz ada mengalami masalah kulit muka kering ni Mula k fiezz tak perasan sangat tapi boleh jadi perasan masa nak mekap lepas sola...
Sidraatelierbidara Rangkaian Penjagaan Seisi Keluarga Yang Memberikan Aura Positif Pada Si Pemakai

Sidraatelierbidara Rangkaian Penjagaan Seisi Keluarga Yang Memberikan Aura Positif Pada Si Pemakai

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 360 hits
Hi korang kali ni i nak review tentang product jenama dari anak tempatan yang sangat bagus dan berkualiti tinggi pada i setaraf antarabangsa dan sejujurnya pendapat dan juga feedback dari penggunaan sendiri produk Sidra Atelier Bidara ni Di...
Sabun Carrie Junior Untuk Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir

Sabun Carrie Junior Untuk Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 448 hits
Haiii lamanya tak update blog i huhuu i baru je habis pantang lepas bersalin baby boy keempat lahir pulak masa tengah PKP hari tuu seksaaa i ingat nanti nak share pengalaman bersalin baby A kat uols tapi nanti laa bile ade free time sebab s...
5 Produk Himalaya Yang Wajib Korang Ada Sepanjang Musim Covid 19

5 Produk Himalaya Yang Wajib Korang Ada Sepanjang Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 484 hits
5 Produk Himalaya yang wajib korang ada sepanjang musim covid 19 Beberapa bulan yang lepas seluruh dunia dikejutkan dengan penularan wabak Corona Virus atau lebih dikenali dengan Covid 19 Malaysia juga tidak terlepas dengan virus ini kerana...
Baby Carrie Produk Penjagaan Baby 100 Organik Dan Tumbuhan Semulajadi

Baby Carrie Produk Penjagaan Baby 100 Organik Dan Tumbuhan Semulajadi

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 827 hits
hai assalammualaikumBaby Carrie Produk Penjagaan Baby 100 Organik Dan Tumbuhan Semulajadi Sebut je Carrie Junior mesti dah kenal kan mana taknya rangkaian penjagaan baby yang sudah ada dipasaran selama lebih dari 20 tahun Brand yang diperca...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults