Kula Cakes Atau Lila Wadi Mana Yang Best



Bagi peminat makanan viral di Malaysia, tentu pernah dengar nama restoran Kula Cakes kan? Tapi pernah tak awak dengar nama restoran Lila Wadi? Mana satu yang best?


Sempena cuti sekolah 2019, kami takde plan nak pergi bercuti ke mana. Jadi suami ajak bercuti sambil jalan-jalan cari makan (JJCM) di pekan Kuantan. Tak jauh mana pun, tapi masih juga kami booked hotel selama tiga hari dua malam demi misi mencari kedai makan viral di Kuantan


Ada beberapa buah kedai viral yang kami pergi namun hanya cerita JJCM di Kula Cakes dan Lila Wadi yang saya nak kongsikan. Kenapa? Sebab rasanya kami dah kena game dengan kedai ni..haha. Padahal kena game dengan pemikiran sendiri sebab ingat dua buah kedai ni kedai yang berbeza. Tapi persoalan dia mana satu yang lagi best? Kula Cakes ke atau Lila Wadi


Restoran Lila Wadi
Pada hari kedua di Kuantan, kami terus ke Restoran Lila Wadi untuk makan tengahari. Tak ramai orang dan suasana agak tenang dan damai walaupun kedai terletak di tepi jalan besar. Mungkin kerana terselindung di sebalik keredupan pokok-pokok, jadi tidak terasa kami berada di tepi jalan besar.


Sebelum order makanan, kami tertanya-tanya menu apa yang viral di restoran ni sampai masuk dalam senarai kedai makan wajib singgah di Kuantan. Google punya google akhirnya kami dapat tahu yang mango cheese cake di Lila Wadi ini adalah antara kek mangga cheese tersedap dan viral di Kuantan. Jadi, tanpa buang masa kami order mango cheese cake sepinggan.


Selain itu, kami order juga makanan nampak sedap yang dikongsi pelanggan dalam google review restoran Lila Wadi. Menu yang kami order adalah nasi goreng udang, sphagetti carbonara dan shitake mushroom beef burger sebagai menu lunch. Harga berpatutan, portion pun agak besar. Disebabkan perut berkeroncong, tak tunggu lama kami terus ngap..


Memang tak dinafikan menu mango cheese cake di Lila Wadi ni memang sedap. Suapan pertama pun dah sedap, tak tunggu lama untuk dihabiskanlah jawabnya. Harga sepinggan kek tak sampai RM10, jadi boleh order flavour lain juga macam durian atau strawberry kalau terasa nak mencubanya.


Pilihan flavour kek tak banyak sangat, rasanya ada dalam 3 atau 4 jenis saja. Lagi satu, bila kek dah sampai kena makan cepat-cepat. Nanti dah tak sejuk, rasa kurang umphh. Tapi disebabkan kitorang nak makan lunch sebab lapar, jadi tak terasa sangatlah nak makan kek.


Menu nasi goreng udang dan shitake mushroom beef burger pun sedap dan menepati selera. Nasi goreng dicicah sambal belacan memang pedas tapi sedap. Ditambah pula dengan udang bersaiz besar, makin berseleralah makan. Patty burger juga agak besar dan sedap. Pendek kata semua sedaplah.


Cuma sphagetti carbonara yang diorder untuk Auni dan Ameera kurang masin dan agak hambar pada deria rasa saya. Jadi next time kalau kami singgah JJCM di Lila Wadi lagi, mungkin boleh kecualikan sphagetti untuk diorder. Yang lain on


Total makan keseluruhan adalah di bawah RM70 kalau tak silap. Untuk makanan dan servis, harga berpatutan dan sedap. Boleh repeat makan lagi terutama untuk makan mango cheese cake dan nasi goreng udang.


Restoran Kula Cakes
Tempat ni memang dah lama saya aim nak pergi sebab selalu nampak kawan-kawan yang bergambar dengan logo Kula Cakes di instagram. So terbayang dalam hati, lokasinya mesti agak terperuk dan masuk ke dalam hutan sikit sebab deko wall agak klasik dan persekitaran pun nampak tenang.


Tapi bila sampai kat Kula Cakes ni, kitorang semua terkejut. Tepi jalan besar rupanya! Dahla susah nak dapat parking, kena beratur panjang pulak tu. Adeh..tapi demi nak penuhkan misi JJCM kami, wajib juga berhenti dan rasa apa menu viral kat Kula Cakes ni.


Lepas dapatkan bantuan Google, kami konfiden yang Kula Cakes ni terkenal disebabkan mango cheese cake. Aik, mango cheese cake lagi? Dahla menu sama, gambar dalam Google pun lebih kurang sama macam mango cheese cake yang kami makan di Lila Wadi sebelum ni.


Tapi suami insisted juga makan, katanya kita boleh compare rasa mango cheese cake mana yang lebih sedap. Makanya saya beratur dan suami cari space untuk park kereta. Sambil beratur saya sempat bersembang dengan Autie Chua yang berada di belakang saya.


Teringat nak hantar gambar pada suami, saya minta Auntie Chua tolong ambilkan gambar saya dengan logo nama Kula Cakes. Nah, bila saya tengok balik gambar yang diambil, baru saya perasan rupa-rupanya Kula Cakes ni adalah salah satu cawangan Lila Wadi.


Nampak tak gambar kat atas ni? Kula Cakes by Lila Wadi. Rupanya kedai yang sama dengan Lila Wadi, patutlah menu viral pun sama, mango cheese cake. Tepuk dahi! Haha..


Saya order lagi mango cheese cake tapi kali ni di Kula Cakes. Dah tau rasanya tentu sama macam di Lila Wadi tapi takpelah, kita makan sekali lagi demi memenuhi misi JJCM. Walaupun di Kula Cakes terdapat lebih banyak pilihan kek tapi pilihan makanan panas atau steamboat macam di Lila Wadi takde di sini ye. Hanya jual desserts semata-mata.


Disebabkan kami dah makan di hotel pagi tadi, jadi perut masing-masing masih penuh sebenarnya. Jadi kami cuma order dua pinggan kek. Sepinggan mango cheese cake dan sepinggan lagi chocolate salted caramel cake. Niat hati nak order pavlova, tapi bila membayangkan isinya hanya meringue..tak jadilah.

Gambar curi-curi Auntie Chua kat sebelah
Rasa mango cheese cake di Kula Cakes sama macam di Lila Wadi cuma lebih terasa tekstur mangganya bila dimakan. Berbeza dengan di Lila Wadi kerana tiada rasa mangga kasar which is boleh dikatakan yang isi mangganya mungkin diblend hancur. Untuk chocolate salted caramel cake, urm..rasa macam makan kek gula hangus yang ditambah coklat krim je ye kawan-kawan.


Jadi, mana satu yang lagi best? Bagi saya dan suami, makan di Lila Wadi mungkin lebih memuaskan kalau malas berdepan dengan kerenah parking space takde, malas beratur panjang dan terasa nak makan makanan panas sambil alas perut dengan mango cheese cake.


Kalau mungkin cuma nak makan kek sambil bersembang dan bergambar, Kula Cakes la paling best. Tapi kena pandai-pandai cari parking space ye. Kami sampai jam 11 pagi pun parking dah penuh, beratur dah panjang..jadi bertabahlah kalau terasa nak makan mango cheese cake di Kula Cakes. Apa pun view untuk bergambar memang terbaik kat sini, instagram worthy sangat!


Jadi antara Kula Cakes dan Lila Wadi, awak rasa mana satu yang paling best?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/01/kula-cakes-atau-lila-wadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Kempen Membawa Mazlee Sia Sia Atau Mukriz Mahathir Sedang Dirancang Ke Mana Mana Kementerian

Adakah Kempen Membawa Mazlee Sia Sia Atau Mukriz Mahathir Sedang Dirancang Ke Mana Mana Kementerian

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 311 hits
Tidak berapa lama selepas Dr Mazlee Malik mengumumkan pemulangan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan semalam tiba tiba muncul kempen di media sosial agar jawatan itu dikembalikan semula kepadanya Sehingga artikel ini ditulis hampir 300 ri...
Berak Cangkung Atau Duduk Mana Yang Lebih Baik

Berak Cangkung Atau Duduk Mana Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 492 hits
Pasti ramai diantara kita yang pernah berdebat bersama dengan rakan rakan kita tentang keselesaan diantara jamban duduk atau jamban mencangkung semasa menggunakannya untuk berak Ada yang akan berkata bahawa tandas mencangkung lebih efektif ...
Macam Mana Korang Kurangkan Rasa Sakit Akibat Krem Atau Kejang Haaa Cikla Ada Cara Yang Pantas Nak Bagi Lega

Macam Mana Korang Kurangkan Rasa Sakit Akibat Krem Atau Kejang Haaa Cikla Ada Cara Yang Pantas Nak Bagi Lega

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 892 hits
Macam mana korang kurangkan rasa sakit akibat krem atau kejang Haaa cikla ada cara yang pantas nak bagi lega Siapa yang kalau bersukan selalu kena krem Atau pun mereka yang suka hiking panjat bukit ke gunung ke pun ada kena krem gak Halahh ...
Ello Tauke Mana Itu Bas

Ello Tauke Mana Itu Bas

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 273 hits
Nizam AkaEllo tauke Apa masalah lu ni Itu thn 2017 Waa punya lebai kelantan ada odar itu elektlik punya bas Waa manyak syok woo Tp apasal lu hantar itu Mencedez Itu punya bas mana pigi Malu lah Waa punya lebai lu bikin ini mcm Itu Selangor ...
Turun 6kg Dalam Seminggu Dengan General Motors Diet Macam Mana Nak Buat Gmd Baca Sini

Turun 6kg Dalam Seminggu Dengan General Motors Diet Macam Mana Nak Buat Gmd Baca Sini

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 543 hits
Shiena yang sebelum ini mempunyai berat sebanyak 80 4kg telah berjaya turun kepada 74 2kg dalam masa hanya seminggu Cover image via Facebook Shienasan Abdullah Sudah menjadi lumrah setiap wanita inginkan tubuh badan yang langsing ramping da...
Cicipi Ikan Tuna Di Rakernas Pdip Yasonna Bilang Nikmat Mana Lagi Kau Dustakan

Cicipi Ikan Tuna Di Rakernas Pdip Yasonna Bilang Nikmat Mana Lagi Kau Dustakan

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 239 hits
Memasuki hari ketika Rakernas I PDIP pameran rempah dan pangan nasional bukan hanya menarik masyarakat dan anak muda yang memadati pameran tapi beberapa kader utama partai berlambang banteng itu
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024