Kuih Tradisi Orang Perak Kenali Apam Pasang Kuale


Kuih Tradisi Orang Perak, Kenali Apam Pasang Kuale
Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan sendiri. Bukan sahaja dari segi budaya dan loghat, tetapi juga dalam juadah tradisi.
Kuih-muih tradisional sememangnya menjadi antara juadah yang tidak pernah lekang dek zaman. Ia bukan sahaja menggambarkan kreativiti masyarakat dahulu dalam menyediakan hidangan, malah turut menjadi identiti setiap negeri.
Dari kuih akok di Kelantan, kuih keria di Melaka, hinggalah ke kuih cincin di Sabah, setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri dari segi bau, warna dan rasa.
Di sebalik kepelbagaian itu, negeri Perak juga tidak ketinggalan dengan hidangan tradisi yang istimewa. Salah satunya ialah kuih apam pasang kuale.
Apabila sebut kuih apam, ramai akan terbayang apam balik yang rangup, apam mekar yang gebu atau apam nasi yang berwarna-warni.
Keunikan kuih Apam Pasang Kuale ini bukan sekadar pada rasanya yang lembut dan manis, tetapi juga pada nilai tradisi yang diwarisi sejak dahulu lagi. Namun begitu, kuih tradisi ini semakin jarang dihasilkan kerana cara penyediannya yang agak rumit dan mengambil masa yang lama.
Kuih Apam Pasang Kuale
Menurut portal Orang Perak, nama Apam Pasang Kuale dipercayai berasal daripada kawasan asal kuih ini, iaitu Kuala Kangsar. Dalam dialek Perak, sebutan “Kuala” disebut sebagai “Kuale”, dan daripada situlah nama kuih tradisional ini mendapat jolokan uniknya.
Menariknya, kuih ini juga dikenali sebagai apam ‘diraja’ kerana dikatakan kuih ini pernah menjadi kegemaran Sultan Perak dan kerabatnya sebagai hidangan ringan.
Dahulu, kuih ini sering menjadi antara hidangan utama dalam majlis kenduri serta juadah istimewa ketika sambutan perayaan.
Walaupun kini semakin jarang dijumpai, kuih ini tetap mempunyai peminat tersendiri. Terutamanya di bazar Ramadan ketika bulan puasa dan pasar tradisional di sekitar Perak.
Resipi asal dan cara penyediaan tradisionalnya masih dijaga rapi oleh generasi lama yang berusaha mengekalkan warisan ini.
Cara membuat Apam Pasang Kuale mengambil masa lama Seorang pengusaha kuih Apam Pasang Kuale memaklumkan kini ia semakin sukar didapati kerana sudah tidak ramai yang mahu menghasilkannya disebabkan proses pembuatan yang agak renyah.
Beliau berkata pada mulanya memang sukar untuk membuat kuih ini, kerana mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan asas bagi menghasilkan tapai nasi, namun kini sudah terbiasa dan mudah baginya.
“Nak buat tapai nasi memang kena ambil masa dalam dua hari, supaya nak cukupkan rasa masam-masam manisnyam baru boleh buat kuih Apam Pasang itu,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, kesukaran lain yang dihadapi dalam proses menghasilkan Apam Pasang ialah mendapatkan daun pisang hutan.
Difahamkan, Apam Pasang dipanggil sedemikian kerana dua apam yang sudah siap dimasak dan dibalut dengan daun pisang akan ditelangkupkan bersama sebelum dinikmati bersama kelapa parut atau kuah kari.
Selain itu, cara penghasilan Apam Pasang pada masa kini juga telah berubah mengikut zaman. Kini, penggunaan dapur gas mampu menghasilkan kuih itu dengan lebih cepat berbanding suatu ketika dahulu dengan menggunakan dapur kayu.
https://www.facebook.com/share/p/14MqqiTW2mh/
BACA: Rasa Macam Makan Kat Kedai, Ini Resipi Mudah Salmon Buttermilk
Sumber: Orang Perak, Bernama
The post Kuih Tradisi Orang Perak, Kenali Apam Pasang Kuale appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/22/kuih-tradisi-orang-perak-kenali-apam-pasang-kuale/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Flood Relief Centres Opened In Perak

3 Flood Relief Centres Opened In Perak

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 168 hits
As of 9pm over 180 have been placed in temporary relief centres in Larut Matang and Selama as well as Manjung Larut Matang and Selama as well as Manjung in Perak have been hit by floods following continuous rain today IPOH Continuous downpo...
Beberapa Kawasan Di Perak Dilanda Banjir Kilat

Beberapa Kawasan Di Perak Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 157 hits
Beberapa Kawasan Di Perak Dilanda Banjir Kilat Beberapa kawasan di negeri Perak dilapor dilanda banjir kilat malam ini selepas hujan lebat berterusan menyebabkan paras air naik mendadak dan menenggelami beberapa jalan utama serta kawasan pe...
Hiburan Banjir Di Perak Semakin Buruk 1 776 Mangsa Dipindahkan Ke 23 Pps

Hiburan Banjir Di Perak Semakin Buruk 1 776 Mangsa Dipindahkan Ke 23 Pps

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 120 hits
Keadaan banjir di Perak terus memburuk apabila seramai 1 776 mangsa daripada 609 keluarga di daerah Larut Matang dan Selama serta Manjung telah dipindahkan ke 23 Pusat Pemindahan Sementara setakat jam 4 pagi Jumaat Menurut Sekretariat Jawat...
Over 2 000 Flood Victims Evacuated In Perak

Over 2 000 Flood Victims Evacuated In Perak

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 245 hits
MetMalaysia has forecast thunderstorms throughout the day across several districts in the state Continuous heavy rain since yesterday morning has caused floods in several areas in Perak PETALING JAYA The flood situation in Perak continues t...
Tidak Mampu Tanggung Perbelanjaan Bapa Tunggal Serah Tiga Anak Ke Rumah Kebajikan Di Perak

Tidak Mampu Tanggung Perbelanjaan Bapa Tunggal Serah Tiga Anak Ke Rumah Kebajikan Di Perak

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 186 hits
PERAK Seorang bapa tunggal di Malaysia terpaksa membuat keputusan paling berat dalam hidupnya apabila menghantar tiga orang anaknya ke rumah kebajikan kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan mereka Lapor Sin Chew Daily lelaki berkenaan H...
Aqiqah Saya Bantu Promot Penghantaran Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Perak

Aqiqah Saya Bantu Promot Penghantaran Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Perak

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 186 hits
Sumber gambar dari Aqiqah Saya Bantu Promot Iklan Klik Boleh Buat Tempahan Dan laman utama Myladang Asalamulaikum kepada semua pembaca maya di mana juga berada 15 10 2025 Pagi ini saya hendak membuat entry khas kepada masyarakat yang berada...
Apam Eno

Apam Eno

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 171 hits
Assalamualaikum Pagi semua Ada peminat apam eno kat sini saya rasa jarang sangat saya buat menu yang satu ni Dulu masa zaman kecil mak buat kuih ni hantar ke warung Bila dah berusia ni teringin la pula nak makan tapi nak buat memang malas K...
Disambut Setiap 13 Oktober Kenali Sejarah Unik International Day For Failure

Disambut Setiap 13 Oktober Kenali Sejarah Unik International Day For Failure

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 129 hits
Disambut Setiap 13 Oktober Kenali Sejarah Unik International Day For Failure Setiap insan yang hidup di dunia ini pasti pernah merasai kegagalan malah ia adalah lumrah kehidupan yang tidak dapat dielakkan Kegagalan bukanlah tanda kelemahan ...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Tomyam Putih Vs Ikan Siakap Sambal

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Mahkamah Agung Pakistan Mengadakan Mesyuarat Setelah Peletakan Jawatan Hakim Hakim

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna

Saya Adalah Anak Cucu Pejuang Sanusi Tak Gentar Pertahankan Hak Amp Kebenaran

Enam Meninggai 25 Cedera Hotel Lima Bintang Terbakar