Kuih Sagu Yang Lembut Dan Sedap




Sejak Nana tinggal di rumah kami selama dia membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan, saya banyak bersembang dan berbincang dengan Nana. 
Kadang kadang dia memberikan pendapat tentang sesuatu isu yang saya dah tahu cuma kita tidak begitu menghayatinya. Kita perlukan seseorang untuk memberitahu kita sebagai peringatan. Contoh, kita melihat kehidupan orang lain sebagai sangat ideal. 
Bak kata Nana, mereka juga menpunyai masalah yang hanya mereka yang mengetahuinya. Seperti juga kita, orang lain melihat kehidupan kita sempurna dan serba ada tapi hakikatnya hanya kita yang mengetahui apa cabaran dan ujian dalam kehidupan kita. Haa perkara biasa kan? Tapi sejauh mana kita mahu menghayatinya dalam kehidupan kita? Betul tak? 
Kami juga berbincang berkenaan hakikat mereka yang bekerja makan gaji di mana dengan keadaan ekonomi sekarang, agak sukar untuk hidup senang. Macam Nana sendiri yang baru memulakan kehidupan dengan membayar pinjaman rumah, kereta dan yuran pengajian anak serta penjagaan anak, pastinya adalah satu cabaran. 
Betul juga tu, belajar lebih sepuluh tahun untuk menjadi seorang doktor pakar tapi gaji yang diterima masih rendah berbanding dengan kos kehidupan sekarang ini. Apa yang perlu dilakukan adalah memberi keutamaan dalam hidup. 
Macam Nana, dia sangat mementingkan pelajaran Ammar dan penjagaan untuk Aliya. Mereka berhabisan untuk mendapat yang terbaik bagi kedua duanya. Adakala nya saya melihat Nana seperti saya melihat diri saya sendiri. Kami berani mengambil risiko. 
Kami tidak pernah pandai duduk diam dan sentiasa berfikir apa yang akan dilakukan di masa depan. Walaupun telah menjadi seorang doktor pakar, tidak menghalang untuk mengambil peperiksaan luar juga. Kami sangat mementingkan pendidikan dan akademik sebagai asas kehidupan. 
Alhamdulillah kerana Nana tidak pernah takut dengan cabaran dan saingan. Saya sangat berbangga kerana Nana kini satu satunya doktor Melayu berada dalam Young Ophthalmologists Commitee. Semoga Nana terus diberikan semangat yang tinggi untuk berkhidmat demi negara. Aamiin. OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan. 
Kuih sagu adalah antara kuih muih tradisional kegemaran anak saya waktu berbuka puasa. Kuih yang lembut lembut kenyal gedik gedik memang sedap di kunyah dengan rasa pula kelapa parut yang lemak masin. Memang sedap.
Terdapat pelbagai cara penyediaan kuih ini. Ada yang dikukus dan ada yang hanya dimasak atas dapur sahaja. Teknik dan penyediaan berbeza menghasilkan tekstur kuih sagu yang juga berbeza.
Untuk kali ini saya menyediakan kuih sagu yang dimasak atas dapur sahaja. Tak perlu kukus dan ditambah sedikit bancuhan tepung jagung untuk melekatkan kuih supaya lebih cantik ketika dipotong. 
Jom layan resipi dan cara penyediaanya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Kuih Sagu Tanpa KukusOleh: Azie Kitchen
Bahan A:1 liter/ 5 cawan air1 cawan sagu
Bahan B:1 cawan air100 gram/ ½ cawan gula1 sudu besar sirap rose1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
Bahan C:Kelapa parutSedikit garam
Cara cara:Masak air sehingga mendidih atas api sederhana. Masukkan sagu dan kacau sekali sekala supaya tidak melekat.

Setelah 80% masak, iaitu biji sagu dah hampir jernih, angkat dan tuang ke dalam penapis. Lalukan di bawah air paip sambil dikacau perlahan untuk membuang sagu. Tos dan ketepikan.
Menggunakan periuk sama, sediakan pula bahan B dengan masak air, gula dan sirap ros sehingga mendidih. 
Masukkan sagu yang ditos tadi dan kacau rata. Bila sagu jernih, masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau rata.

Angkat dan tuang dalam loyang disukai. Setelah sejuk, boleh dipotong dan digaul dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/11/kuih-sagu-yang-lembut-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baby Pun Nak Makan Sedap Blueberry Cheese Cake Versi Baby Confirm Tak Tolak Tepi

Baby Pun Nak Makan Sedap Blueberry Cheese Cake Versi Baby Confirm Tak Tolak Tepi

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 180 hits
Sama seperti kita bayi kecil kita juga mahu sentiasa makanannya bertukar tukar setiap hari Apa kata kali ini kita buatkan Blueberry Cheese Cake versi baby pula untuk anak Paling ringkas dan sudah semestinya anak tak tolak Memang sedap Jom c...
Bukan Minuman Untuk Anak Anak Warna Cantik Rasa Pun Bukan Main Sedap Tapi Kena Elakkan Dari Anak

Bukan Minuman Untuk Anak Anak Warna Cantik Rasa Pun Bukan Main Sedap Tapi Kena Elakkan Dari Anak

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 207 hits
Air penuh warna warni ini selalu jadi pilihan anak kita walhal minuman berkarbonat atau air bergas ini amatlah tidak sihat untuk anak kita Walaupun seringkali diingatkan agar mengelakkan minuman jenis ini untuk anak ada ibu bapa yang masih ...
Kari Daging Sedap Punya

Kari Daging Sedap Punya

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 209 hits
Bahan bahannya Bawang besarBawang PutihKunyit bahan di atas hendaklah di mesin 4 sekawan Daun kariSeraiKentangRempah serbuk kari 2 sudu besar Kunyit 1 sudu kecilhalba 1 sudu besarCili giling 1 sudu besar1 biji kelapa Cara caranya Panaskan m...
Rempeyek Dicampur Gado2 Sedap Ke

Rempeyek Dicampur Gado2 Sedap Ke

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 206 hits
Assalamualaikum Selain tudung bokitta corn dog juga satu entity yg jarang muncul kat Perth ni Sebab tu bila sekali sekala nampak kelibatnya bersegera la ai menarik tangan my food friend untuk masuk ke dalam kedai sapa lagi kalau bukan my so...
Bubur Som Som Terpaling Sedap Dan Wajib Cuba

Bubur Som Som Terpaling Sedap Dan Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 207 hits
Assalamualaikum semua Apa khabar Hari ini hari bekerja selepas cuti hujung minggu yang panjang bersekali dengan cuti perayaan Deepavali Bagi yang tak bekerja macam saya ni setiap hari juga adalah hari berada di rumah Setiap hari juga menjag...
Buat Kaya Pandan Sendiri Paling Sedap Guna Daun Pandan Segar Memang Senang

Buat Kaya Pandan Sendiri Paling Sedap Guna Daun Pandan Segar Memang Senang

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 243 hits
Roti kukus tak lengkap rasanya jika tidak digabungkan dengan pandan kaya yang sedap Bosan makan di kedai apa kata kali ini kita cuba buat sendiri pulak untuk anak anak Buat kaya pandan Kukus roti pastu makan dengan homemade kaya memang wow ...
10 Kedai Makan Sedap Di Kuala Terengganu Mesti Singgah

10 Kedai Makan Sedap Di Kuala Terengganu Mesti Singgah

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 303 hits
Senang untuk rujukan anda jika bercuti ke Kuala Terengganu Bukan viral semata tapi memang sedap dan anda perlu cuba Google je Nama kedai dan go ADILROTI Kios No 3 Medan Selera MBKT Bawah Jambatan Sultan Mahmud Kuala Hiliran Jalan Kampung Lo...
Tempat Makan Sedap Di Bukit Jelutong 2022

Tempat Makan Sedap Di Bukit Jelutong 2022

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 306 hits
Bukit Jelutong terletak di Shah Alam Serious banyak tempat makan sedap di sekitar Bukit Jelutong Tanpa membuang masa ayuh kita check it out Semua tempat cadangan makan di bawah ini saya dah cuba sendiri ya Jadi boleh kata ini senarai tempat...
Resipi Cucur Kembung Lemak Manis Memang Sedap Makan Panas Panas

Resipi Cucur Kembung Lemak Manis Memang Sedap Makan Panas Panas

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 254 hits
Sarapan pagi dengan cucur memang sedap Tambah pula bila dimakan panas panas Memang gerenti sepinggan boleh habiskan Kalau buat banyak boleh bawa bekal ke pejabat juga memang kenyang hingga tengah hari Cucur Manis Cucur KembungBahan bahan 2 ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids