Kuih Sagu Versi Kukus Dan Nostalgia Kampung Halaman



Musim tengkujuh datang lagi. Melihatkan video yang dikongsikan di WhatsApp memang sangat kasihan dengan mereka yang kediaman mereka dinaiki air banjir. Bukan sahaja rumah kotor tapi barang barang rumah rosak. Tapi kenalah bersabar kerana bencana alam adalah sesuatu yang pasti berlaku jika ditakdirkan berlaku. 

Alhamdulillah, seumur hidup, rumah kami tidak pernah dinaiki air. Air hanya bertakung bila hujan di halaman rumah yang cukup untuk kami keseronokan mandi hujan dan bermain air. Air kemudian akan kering meresap ke dalam tanah pasir. Semoga Allah menggantikan musibah ini dengan ganti yang lebih baik buat semua mangsa banjir.

Saya tidak pasti dengan orang lain tapi bagi saya kehidupan semasa zaman kanak kanak di kampung sangat jelas dalam ingatan. Seolah video yang ditayangkan bermain main dalam ingatan saya. Saya boleh nampak semuanya dengan jelas, rumah kayu kami di Kampung Tangok dan rumah jiran jiran kami satu persatu. 

Kejiranan di kampung saya tidak besar. Rumah di mana saya dilahirkan dan membesar terletak di kedudukan tanah yang tinggi dengan di bahagian yang rendah adalah kawasan tanah sawah yang menpunyai anak sungai yang memisahkan dengan Kampung Rusa. 
Rumah kami terletak di tengah dengan di bahagian belakang adalah rumah Wak Hassan dan anaknya Wan Nab. Di bahagian kiri adalah rumah sepupu saya, Abang Mud dan Kak Nik Bidah. Di bahagian depan berhampiran kebun buah buahan kami ialah rumah sepupu saya juga iaitu Abang Hassan dan Kak Wan Bidah. 
Manakala di bahagian belakang rumah kami dekat dengan dapur ialah rumah Wak Mejah dan Wak Semah yang mengusahakan perusahaan gula Melaka. Beliau memanjat pokok kelapa untuk menyadap sendiri nira kelapa dan memasaknya di pondok kecil di bahagian dapur rumah. Nira kelapa akan dimasak sehingga pekat dan dipindahkan masuk ke dalam kelongsong dan akan mengeras menjadi gula Melaka. Kami selalu ke situ untuk mendapatkan kerak gula Melaka yang melekat di kawah. Ada masa kehampaan bila Wak Mejah tidak meninggalkan kerak langsung.  

Sebelah rumah Wak Mejah adalah rumah Cikgu Ripin dan Wan Yam yang tinggal bersama Wak Siti yang terkenal dengan kuih tepung bungkus yang sangat sedap. Masa Wak Siti masih tinggal keseorangan di rumah diperbuat dari buluh, kami akan berlumba lumba untuk ke rumah Wak Siti, untuk mengambil upah mengisar tepung beras. Kemudian cari duit syiling di bawah rumah Wak SIti yang banyak jatuh.


Jauh ke belakang dari rumah Wak Hassan adalah rumah Abang Kob dan Kak Nik Yam. Di hadapan rumah mereka berhampiran dengan jambatan kayu merentangi sungai ialah rumah Mak Wan Som dan Mak Su Limah. Saya suka mandi di air telaga sebelah sungai kerana airnya jernih dan sejuk. Mak Wan Som mengusahakan perniagaan atap yang diperbuat dari daun nipah.
Tapi sayang sekali, kami terpaksa berpindah dari kampung yang sangat dicintai apabila kerajaan membuat pengambilan tanah untuk pembinaan projek Universiti Malaysia Kelantan pada tahun 1983.  Masih ingat lagi saat kesedihan apabila masing masing berpindah satu rumah demi satu rumah. 

Saya dengan kakak tinggal sendirian di rumah sehingga ditegur oleh sepupu kerana mereka risaukan keselamatan kami. Maklumla kampung dah kosong. Ketika itu, arwah ayah dan arwah bonda telah terlebih dahulu berpindah di pondok kecil di Kg Sungai Dua sambil mereka mengusahakan penanaman tembakau. Akhirnya arwah ayah meminta supaya kami berpindah. Saya berpindah ke rumah Abang di Bachok kerana rumah baru kami belum siap. 

Selepas berpindah, ada juga sekali dua, saya dan adik datang ke rumah lama. Itulah sangat menyedihkan dalam hidup saya sehingga pernah terbawa ke dalam mimpi yang kami tidak jadi berpindah. Selepas berpindah, hanya Abang Mud dan Kak Nik Bidah sahaja yang kami selalu bertemu di hari raya atau bila ada majlis kenduri kendara. 
Tapi bab kata Sham, staf cum BFF saya elok juga jika kita menpunyai ingatan yang terpilih. Maksudnya tidak mengingati semua sekali. Pilih hanya benda yang penting dalam hidup kita sahaja.  OK sekarang kita masuk pula bab resepi.
Versi hari ini di mana sagu hanya direndam seketika dan terus dikukus. Ada juga versi tanpa kukus di mana sagu hanya dimasak sampai jernih biji sagunya. Angkat dan dituang dalam loyang dan sedia untuk digaul dengan kelapa parut dan garam. 
Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Dalam entri ini sagu dimasak atas dapur sebelum dipindah ke dalam loyang dan dikukus. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Selamat mencuba... 


Kuih Sagu Kukus Yang Lembut dan CantikOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 cawan sagu putih3 cawan air1 cawan gula pasir1 helai daun pandan5-6 titik pewarna sirap kordial pekat2 cawan isi kelapa putihSedikit garam
Cara cara:Masak air dan pewarna pilihan. Setelah mendidih, tutup api. Tuang sagu mentah dan rendam selama 30-60 minit atau sehingga kembang. 

Tapis sagu yang telah direndam di atas. Masukkan gula dan kacau rata.

Lenser minyak pada loyang/bekas dan masukkan sagu. Jangan tekan untuk padatkan isi ke dalam loyang. Cukup sekadar ratakan sagu ke semua ruang loyang. 

Kukus dalam periuk pengukus yang airnya telah mendidih selama  45-60 minit atau sehingga sagu masak jernih dan berkilat.


Setelah sejuk, bolehlah dipotong dan digaul dengan kelapa yang dicampur dengan garam. 

Nota:Cara ini kuih sagu mata ikan akan menjadi cantik dan berketul bulat-bulat. 
Kelapa yang dilumur dengan garam boelh dikukus seketika untuk tahan lama. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/12/kuih-sagu-kukus-versi-kukus-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuih Sagu Tanpa Kukus

Kuih Sagu Tanpa Kukus

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 786 hits
Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami Alhamdulillah walaupun terpaksa menyambutnya di bilik ward dengan cucunda saya Ammar juga ditahan di ward Setiap pasangan perlu berusaha untuk mempertahankan perkahwinan dengan memperbanyakk...
Sarapan Pagi Ala Ala Kampung Di Seri Menanti

Sarapan Pagi Ala Ala Kampung Di Seri Menanti

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 589 hits
Hi korang Sejuk je mata memandang bila pagi pagi dah sampai kat area kampung cerita sarapan semalam bawak mak abah dan dania lama tak sarapan kat area ni 3 minggu lepas perasan padi dah makin membesar cantik jer pemandangan Tapi tu la kedai...
Kejadian Banjir Di Kampung Chuchuh Puteri Bukan Disebabkan Bukit Pecah

Kejadian Banjir Di Kampung Chuchuh Puteri Bukan Disebabkan Bukit Pecah

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 1461 hits
Kejadian banjir yang berlaku di Kampung Chuchuh Puteri Kuala Krai petang semalam bukan disebabkan bukit pecah sebagaimana yang didakwa penduduk kata Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan Beliau berkata kejadian itu disebabkan fenomen...
30 Pelancong Terpaksa Bermalam Di Rumah Penduduk Kampung Akibat Banjir

30 Pelancong Terpaksa Bermalam Di Rumah Penduduk Kampung Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 358 hits
Banjir teruk yang melanda beberapa kawasan di Daerah Hulu Terengganu sejak pagi tadi bukan sahaja menjejaskan penduduk malah membantutkan segala aktiviti percutian pelancong dari luar Di Kampung Pasir Dula lima keluarga dari utara tanah air...
Video Penduduk Kampung Chuchoh Puteri Terkandas

Video Penduduk Kampung Chuchoh Puteri Terkandas

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 720 hits
Lebih 20 keluarga terkandas di Kampung Chuchoh Puteri di sini apabila kawasan berkenaan dinaiki air sejak jam 5 petang tadi Ketua polis daerah Superintendan Suzaimi Mohammad berkata sehingga jam 6 petang seramai lapan keluarga telah dipinda...
Banjir Pasir Puteh 16 Kampung Tenggelam

Banjir Pasir Puteh 16 Kampung Tenggelam

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 728 hits
Banjir Pasir Puteh 16 Kampung Tenggelam PASIR PUTEH Keadaan hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan kira kira 16 buah kampung di jajahan Pasir Puteh ditenggelami banjir sedalam hampir 2 meter Kampung terlibat ialah Daram Buaya Batu...
Kampung

Kampung

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 342 hits
Assalamualaikum Dah lama dah tak balik Jengka Minggu ni nak balik kampung I ada Netball pulak Takpe InsyaAllah kalau ada rezeki minggu depan I balik la Now pon ada De kat kampung dengan Aiman Sasha Amsyar and Rizki 4 orang anak nko De Punya...
Mayat Salai Penjaga Kampung

Mayat Salai Penjaga Kampung

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 432 hits
Dari tebing sebuah kampung di kawasan tanah tinggi Morobe Papua New Guinea deretan mayat diletakkan begitu sahaja Mungkin ia kedengaran agak mengerikan tetapi itulah tradisi yang diamalkan oleh suku Angga sejak beratus ratus tahun dahulu Se...
Survey Budget 2026 Seen As Positive But Gaps Still Need To Be Addressed

Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

Ramanan Vs Prabakaran Mitra In Leadership Crisis

Apakah Itu Carcosa

Kelantan Curi Buku Perpustakaan Sorok Dalam Baju

Kuskop Sokong Peluasan Jenama Borneo Ke Seluruh Negara

The Usual Suspects Our Favorite Motorcycles For Customizing

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelancaran Beg Tangan Koleksi As X Sally Gandingan Dato Sri Aliff Syukri Sally Whoo

Terhibur Tengok Gelagat Jiran Jiran Ni Bergosip Pagi Pagi Buta

Ketahui Apa Itu Shilajit Khasiatnya Kepada Tubuh Badan

Gang Rape Baling Pesta Seks Berkumpulan Empat Bulan Dalam Kelas Sekolah Habis Pengetua Tak Kena Transfer Ke

Bandar Utama Schoolgirl Was Stabbed Over 200 Times From Neck To Thigh Says Mother

Cabinet To Decide On Issues Of Student Safety Tomorrow Pm