Kuih Sagu Tanpa Kukus



Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah walaupun terpaksa menyambutnya di bilik ward dengan cucunda saya Ammar juga ditahan di ward. Setiap pasangan perlu berusaha untuk mempertahankan perkahwinan dengan memperbanyakkan sikap toleransi antara satu sama lain. Semua pasangan mengharapkan perkahwinan berkekalan sehingga ke akhir hayat demi kebahagiaan anak anak. 

Saya terbaca tulisan kesedihan seorang anak yang lahir dari perhubungan antara ibunya dengan lelaki yang telah berkeluarga. Pendapat saya dari kes tersebut, pastinya seorang anak tidak bersalah walau apa pun keadaannya. 

Mungkin si anak tidak diberitahu kisah sebenar ibunya yang telah melakukan kerosakan pada rumahtangga orang lain. Apalagi menggunakan helah dan taktik untuk menjerat lelaki lain untuk dijadikan suami. Tapi kes sebegini telah pasti akan berakhir bila perhubungan tidak berdasarkan cinta. Cinta berdasarkan jerat dan paksaan. 

Setiap orang menpunyai kisah silam. Yang penting, insaf dan bertaubat atas dosa dan kesalahan yang telah dilakukan pada orang lain. Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Dosa pada manusia lain tidak akan terpadam dengan begitu sahaja. 

Sekadar peringatan termasuk saya sendiri supaya mengelak berbuat penganiayaan dan kerosakan pada orang lain. Balasan Allah bukan sahaja di akhirat, kadang kadang di dunia telah diberikan balasannya. Sekarang masuk bab masakan pula. 

Kuih sagu ini adalah kuih kesukaan Nellisa. Saya menpunyai beberapa entri berkenaan cara penyediaan kuih sagu. Ada cara yang dimasak dan dikukus, ada yang hanya dikukus dan yang ini pula adalah hanya dimasak tanpa dikukus. Cara memasak yang berbeza memberikan hasil tekstur kuih yang berbeza. 


Kuih sagu yang dimasak tanpa kukus menghasilkan kuih sagu yang lembut dan tidak kenyal. Kuih sagu yang dikukus adalah kuih sagu yang kenyal. Manakala yang dimasak dan dikukus adalah kombinasi antara keduanya. 
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Kuih Sagu Tanpa KukusOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 cawan sagu biji - rendam 30 minit4 cawan air½ cawan gula pasir - boleh tambah1 sudu kecil sirap ros merahKelapa putih + garam - kukus seketika
Cara cara:Rendam sagu dalam 30 minit. Masak 4 cawan air hingga mendidih. Tapis sagu yang direndam dan terus masukkan ke dalam air mendidih tadi.



Kacau perlahan- lahan sehingga sagu menjadi jernih. 


Masukkan perisa sirap ros dan gula. Kacau sehingga mendidih dan pekat. Nota: saya kacau atas dapur selama 30 minit.

Tuangkan dalam loyang 7”x7” atau dalam acuan kecil. Biarkan sehingga sejuk. 

Potong dan digaul dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.

Nota:Jangan kacau sagu ketika direndam untuk mengelakkan ianya hancur. Sagu akan lebih lembut dan kurang kenyal. 
Jika sagu tidak direndam lama dan masih belum jernih, selepas dimasukkan gula, boleh dikukus sehingga sagu menjadi jernih. Sagu ini akan lebih kenyal. 
Jika sagu direndam semalaman, hanya masak dengan 2 cawan air sahaja kerana sagu telah lembut.
Kelapa yang digaul dengan garam dikukus seketika supaya tahan lama. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/11/kuih-sagu-tanpa-kukus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuih Sagu Versi Kukus Dan Nostalgia Kampung Halaman

Kuih Sagu Versi Kukus Dan Nostalgia Kampung Halaman

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 642 hits
Musim tengkujuh datang lagi Melihatkan video yang dikongsikan di WhatsApp memang sangat kasihan dengan mereka yang kediaman mereka dinaiki air banjir Bukan sahaja rumah kotor tapi barang barang rumah rosak Tapi kenalah bersabar kerana benca...
Kuih Buah Melaka Versi Keledek Sungguh Sedap Rasanya

Kuih Buah Melaka Versi Keledek Sungguh Sedap Rasanya

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 813 hits
Biasakan makan Kuih Buah Melaka sangat sedapkan kali ini RASA nak kongsikan versi kuih yang sama saja cara membuat dan bentuknya korang hanya perlu tukar tepung pulut dengan keledek Rasa tetap sedap lembut dan sangat senang membuatnya jadi ...
Kuih Gemblong Gula Melaka

Kuih Gemblong Gula Melaka

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 667 hits
Kedengarannya agak asing dan kuih ini popular di Nusantara Bahan asasnya dari tepung pulut dan disaluti dengan gula merah Kuih tradisi ini semakin dilupai Rasa dan nikmat kuih ini tambah sedap bila dipadankan dengan secawan kopi panas Bagi ...
Kuih Culture Sajian Terbaik Nyonya Kuih Nasi Lemak Cendol Dan Mee Di Penang

Kuih Culture Sajian Terbaik Nyonya Kuih Nasi Lemak Cendol Dan Mee Di Penang

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 1306 hits
Kuih Culture Sajian Terbaik Nyonya Kuih Nasi Lemak Cendol Dan Mee Di PenangJika anda mencari sajian yang berkonsepkan sajian Nyonya khususnya di Penang anda boleh singgah ke Kuih Culture Cafe Kedengaran seolah olah seperti cafe yang menjual...
Ramai Tercari Cari Sangat Sedap Rasanya Ikan Kukus Pla Kapong Neung Manao Resepi Masakan Thailand

Ramai Tercari Cari Sangat Sedap Rasanya Ikan Kukus Pla Kapong Neung Manao Resepi Masakan Thailand

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 1855 hits
Pla Kapong Neung Manao atau ikan barramundi Thai yang dikukus dengan sos limau adalah hidangan makanan laut kegemaran ramai di Thailand Buat saja resipi ini di rumah dan nikmati masakan ikan kukus sebenar Author Mark WiensJenis resipi ThaiM...
Resep Ikan Kukus Saus Tiram

Resep Ikan Kukus Saus Tiram

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 962 hits
Resep Memasak Jika selama ini kebanyakan orang hanya mengolah ikan dengan cara digoreng dipanggang dan dibakar tidak ada salahnya mencoba mengolah ikan dengan cara dikukus Selain lebih cepat ini juga jadi alternatif memasak ikan yang sehat ...
Resepi Kek Minyak Kukus Untuk Orang Baru Belajar Baking

Resepi Kek Minyak Kukus Untuk Orang Baru Belajar Baking

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 957 hits
Rasa macam blur pulak nak tulis mukadimah entri ni Lama juga jari tergantung antara keyboard dok cari ayat mukadimah akhirnya yang cerita tak ada idea nak buat mukadimah pulak jadi mukadimah katanya Hahahahaha Rasanya tak payah la kot mukad...
Anak Teman Berniaga Wanita Oku Naik Kerusi Roda Jual Kuih Tepung Pelita

Anak Teman Berniaga Wanita Oku Naik Kerusi Roda Jual Kuih Tepung Pelita

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 414 hits
Kekurangan fizikal tidak membataskan keupayaan seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Ina bagi menjalankan perniagaan kuih tepung pelita di sekitar kawasan Wangsa Maju Kuala Lumpur Lebih kagum apabila wanita itu menaiki kerusi roda sambil...
Kuih Lompang Ada Nostalgianya

Kuih Lompang Ada Nostalgianya

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 776 hits
Tiba tiba teringin pulak nak makan kuih lompang Kuih lompang ni ada nostalgianya yang tersendiri buat ana Masih segar di ingatan resepi kuih lompang inilah yang ana kena buat untuk peperiksaan SRP dedulu Haaa SRP tau zaman tahun 1990 an Mas...
Survey Budget 2026 Seen As Positive But Gaps Still Need To Be Addressed

Cabinet To Decide On Issues Of Student Safety Tomorrow Pm

Ramanan Vs Prabakaran Mitra In Leadership Crisis

Apakah Itu Carcosa

The Usual Suspects Our Favorite Motorcycles For Customizing

Kuskop Sokong Peluasan Jenama Borneo Ke Seluruh Negara

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan

Why Combining Retirement Income Planning With Tax And Estate Strategies Creates True Peace Of Mind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Probiotik Jadikan Usus Lebih Sihat Dan Kulit Auto Lembut

Tips Langsai Hutang Dengan Emas

Paper Bowl Packaging F B Custom Kunci Pelanggan Ingat Jenama Anda Setiap Kali Makan

Kacang Goreng Salut Tepung

25 Tahun Perjalanan Seni Inteam Nur Kasih Bakal Berlangsung Di Axiata Arena

Saya Masih Sayangkan Keluarga Saya Isteri Nubhan Dedah Diceraikan Kali Pertama Ketika Hamil Anak Sulung