Kuih Raya Simple Tapi Premium Tak Perlu Oven Atau Pengukus


Pejam celik pejam celik, tak lama lagi dah nak raya kan? Alamak! Kuih raya belum beli. Tahun ni takkan nak beli kuih ‘tunjuk’ lagi? Nak buat kuih? Entah jadi ke tak kuih tu. Kalau hangit, membazir je kan?
Di sini, kami mudahkan urusan anda. Tak perlu oven, tak perlu pengukus! Tahun ini, anda dah tak perlu buat pre-order kuih raya berbalang balang dengan agen kuih raya.
Apa kata kita buat kelainan dengan membuat kuih raya anda sendiri dengan resepi kami yang mudah dan cepat tapi nampak mewah serta rasa yang lazat! Jom kita tengok 5  kuih raya yang simple di bawah.
1. Bomb Ball Chocolate Cookies Siapa suka coklat angkat tangan? Haa mana yang suka coklat, anda boleh cuba buat Bomb Ball Chocolate. Apa yang penting, anda tidak perlu susahkan diri untuk membakar, letakkan sahaja di dalam peti ais supaya ia keras.
Dah lah senang, nampak mewah ala ala Ferrero Rosher. Bila je Bomb Ball Chocolate masuk ke dalam mulut, anda dapat rasakan gabungan unik antara coklat dan oat, ditambah lagi dengan rasa lemak mentega dan disalut dengan kacang almond yang rangup. Fuhhh terbayang bayang keenakkan bila berada di dalam mulut!
Bahan yang diperlukan: 2 cawan Gula 1 cawan susu pekat 1/2 cawan butter 1/3 coklat masakan (kami guna jenama Beryl’s) 3 cawan oat 2 cawan
Gula 1 cawan
susu pekat ½ cawan
butter 1/3
cawan coklat masakan(saya guna jenama Beryl’s) 3 cawan
oat Nota: Jika anda inginkan sedikit hiasan, anda boleh salutkan dengan oreo crumbs, hazel crumbs atau oat crumbs.
Cara caranya membuatnya: Campurkan 2 cawan gula, 1 cawan susu, ½ cawan mentega, dan 1/3 cup coklat masakan dalam api sederhana besarnya. Kacau sehingga mentega dan coklat mencair dengan sempurna. Biarkan beberapa ketika di atas dapur hingga mendidih. Selepas itu, tutup apinya dan biarkan sejuk seketika. 2 cawan gula Masukkan 3 cawan oat ke dalam adunan tadi, adun hingga semua oat campur rata dengan adunan.
Setelah rata,ceduk  menggunakan sudu ais krim atau sudu dan jadikan bentuknya bulat. Setelah selesai, anda boleh salutkan Bomb Ball Chocolate anda dengan serbuk pilihan anda, samada serbuk oreo, serbuk oat, serbuk kacang hazel dan banyak lagi mengikut citarasa anda. Selepas itu, masukkan ke dalam peti ais selama 1 jam sebelum dinikmati. Haa mudah kan? Anda tak perlu bakar atau kukus. Hanya letak di dalam peti ais dan siap!
2. Crunchy Caramel Cornflakes Cookies Bila sebut je cornflakes, pasti ramai yang terbayangkan Cornflakes Madu, Cornflakes Chocolate dan Cornflakes Nestum kan? Mesti ada salah satu daripada tiga beradik ni di atas meja makan anda.
Apa kata tahun ni, kita cuba hidangkan Crunchy Caramel Cornflakes pula. Dahlah tak perlu masuk oven, nampak cantik je bila  terhidang di atas meja anda nanti. Rasa manis caramel yang sangat mengancam dicampur pula dengan kerangupan cornflakes yang sememangnya terbukti lazat. Bahan yang diperlukan untuk membuatnya pun mudah didapati.
Bahan yang diperlukan: 1/2 cawan gula 1/2 cawan gula perang 2 cawan mini marshmallows 1 cawan mentega 1 sudu teh esen vanilla 7 cawan cornflakes Nota: Anda boleh letakkan hiasan di atasnya seperti chocolate rice, hazel crumbs, atau almond crumbs.
Cara-cara membuatnya: Campur gula, marshmallow, dan butter masak di atas api sederhana besar. Pastikan adunan dikacau sehingga mendidih dan biarkan adunan mendidih selama 3 minit. Selepas itu, matikan api dan biarkan adunan seketika. Selepas itu, masukkan esen
vanila dan cornflakes ke dalam adunan dan gaul rata. Cedok menggunakan senduk biasa atau senduk aiskrim dan letak di dalam peti ais supaya ia keras. Semudah ABC untuk membuat Crunchy Caramel Almond Cookies kan? Tanpa ‘oven’ dan pengukus, anda masih boleh hiding kuih raya yang Nampak simple tapi rasanya premium kepada tetamu.
3. Almond Coconut Cookies Kalau sebut pasal kelapa, pasti biskut bangkit yang bermain dalam fikiran anda. Mana taknya, hanya biskut bangkit adalah satu satunya kuih raya yang diperbuat daripada kelapa yang sedap dan rangup. Sebenarnya, ada lagi biskut kelapa yang rasanya lebih enak dan lebih rangup dan yang penting lebih mewah dengan menggabungkan kacang almond serta kelapa, maka jadilah Almond Coconut Cookies!
Walaupun tidak perlu dibakar, namun kerangupan biskut ini akan membuat anda makan dan makan lagi sampai boleh habis sebalang! Cuba lah buat untuk raya tahun ini, mana tahu raya tahun depan tetamu nak beli!
Bahan yang diperlukan: ½ cawan tepung Almond ½ cawan kelapa parut kering ½ cawan mentega ¼ cawan madu ½ cawan chocolate chips ½ sudu teh ekstrak vanila ¼ sudu teh garam ¼ sudu teh ekstrak almond Cara-cara membuatnya: Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk atau food processor, gaul semua bahan sehingga adunan rata dan sebati. Setelah adunan sebati, bentukkan adunan seperti bola. Tekankan adunan sehingga menjadi bentuk leper dan susun adunan tersebut di dalam loyang. Setelah selesai dileperkan dan disusun, letakkan loyang tersebut di dalam peti ais selama 60 minit sebelum disajikan. Senang kan? Tak perlu ‘oven’ dan pengukus, kuih raya simple tapi rasa yang mewah bakall menggamit selera anda.
4. Pepero’s Clone Cookies Kalau pergi Langkawi, pasti ramai yang borong Pepero kan? Secara amnya, Pepero di sana jauh lebih murah dari tempat lain. Tapi, kenapa anda perlu berhabis duit untuk tiket ke Langkawi dan borang produk yang anda boleh buat sendiri? Di sinilah kami bongkarkan resepi membuat cookies ala ala Pepero, atau namanya lebih dikenali sebagai Pepero’s Clone Cookies. Anda hanya perlukan beberapa bahan mudah  untuk buat Pepero’s Clone Cookies.
Bahan yang diperlukan: 1 Kg Biskut Jejari Timbang/Biskut Rokok Coklat Masakan (Saya guna Beryl’s Milk Chocolate Compound) 200 gram Almond nibs Untuk hiasan: Serbuk kacang almond Serbuk Kacang Hazel Serbuk Chocorice Serbuk Teh Matcha Cara caranya membuatnya: Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah
double-boiling dalam keadaan api sederhana Setelah coklat cair sepenuhnya, masukkan
almond nibs ke dalam coklat cair dan kacau rata. Selepas coklat mendidih, biarkan coklat di atas
dapur seketika untuk disejukkan. Tuang coklat ke dalam gelas yang berbentuk
panjang supaya senang untuk celupkan biskut jejari. Celup biskut jejari timbang ke dalam coklat dan
taburkan salutan mengikut citarasa anda. Sejukkan di dalam peti ais selama 60 minit sebelum disajikan. Tak makan masa yang lama kan? Cukup senang buat kuih raya tanpa ‘oven’ atau pengukus, semoga bermanfaat!
5. Peanut Butter Cookies Mentega kacang merupakan bahan asas yangboleh dikatakan hampir semua rumah di Malaysia ada di atas meja makan mereka. Hal ini kerana mentega kacang sangat digemari tak kira dewasa atau kanak kanak dan ia juga menjadi pilihan untuk dimakan bersama roti.
Tahukah anda? Mentega kacang bukan sahaja boleh disapu di atas roti pada waktu pagi sebagai sarapan sebelum anda berangkat untuk ke tempat kerja malahan ia juga boleh dimanipulasi untuk dijadikan sebagai salah satu biskut raya anda tahun ini! Gabungan rasa mentega lemak manis kacang tanah dengan kerangupan cornflakes akan membuatkan anda ketagih!
Bahan yang diperlukan: 1/2 cawan sirap jagung 1/2 cawan gula 2 cawan cornflakes 1 cawan mentega kacang Cara caranya membuatnya: Masukkan sirap jagung dan gula ke dalam periuk dan larutkan kedua-dua bahan dengan api yang sederhana. Setelah dilarutkan dengan sempurna, biarkan ia seketika di atas dapur. Masukkan mentega kacang dan cornflakes ke dalam mangkuk dan tuangkan larutan sirap jagung dan gula yang telah disejukkan ke dalam mangkuk. Gaulkan adunan dengan rata dan sebati dan bentukkan adunan menjadi bulat. Kemudian tekankan adunan tersebut supaya menjadi leper dan susun di atas kertas roti. Setelah siap, masukkan adunan yang telah dileperkan ke dalam peti ais selama 60 minit sebelum disajikan. Sangat senang kan? Tanpa ‘oven’ atau pengukus, kuih raya yang simple tapi rasa yang premium dapat dihidangkan di atas meja pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Selamat Hari Raya!
The post Kuih Raya Simple Tapi Premium, Tak Perlu Oven Atau Pengukus! appeared first on InfoJe.Com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://infoje.com/kuih-raya-simple-tapi-premium-tak-perlu-oven-atau-pengukus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rendang Asam Ikan Tongkol Simple Tapi Power

Rendang Asam Ikan Tongkol Simple Tapi Power

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 421 hits
RENDANG ASAM IKAN TONGKOL Simple tapi power Ikan tongkol ni selain masak singgang suka masak rendang asam ni Nak resepi ke
Abang Mampu Bagi Tu Je Dik Jual Kuih Raya Tepi Jalan Dalam Hujan Ribut Demi Nak Tolong Mak

Abang Mampu Bagi Tu Je Dik Jual Kuih Raya Tepi Jalan Dalam Hujan Ribut Demi Nak Tolong Mak

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 667 hits
Abang Mampu Bagi Tu Je Dik Jual Kuih Raya Tepi Jalan Dalam Hujan Ribut Demi Nak Tolong Mak Tidak ramai yang beruntung dilahirkan dalam keluarga yang serba mampu Ada yang dari kecil lagi sudah bergelut dalam kesusahan membantu keluarga menca...
Jualan Kuih Raya Di Pekan Rabu Suram

Jualan Kuih Raya Di Pekan Rabu Suram

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 430 hits
Astro Awani Kompleks Pekan Rabu yang baharu mula beroperasi pada Febuari 2018 ALOR SETAR Tidak ramai yang mengetahui Pekan Rabu Alor Setar telah beroperasi di lokasi asal selepas tapaknya dibina semula Lantaran atas faktor itu tahun ini sua...
Biskut Raya 2 Bahan Tak Guna Oven

Biskut Raya 2 Bahan Tak Guna Oven

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 1162 hits
Biskut Raya 2 Bahan Tak Guna OvenHaa mo satu lagi resepi biskut raya yang TB nak cuba sebab senang je buatnya cuma bahan dia jela agak mahal juga Badam tu yea huhu 1 kilo dalam rm40 lebih jugak Tapi untung buat sendiri dari beli biskut ni s...
Gambar Wow Baru Form 2 Tapi Cik B Dah Beri Duit Raya Pada Tetamu

Gambar Wow Baru Form 2 Tapi Cik B Dah Beri Duit Raya Pada Tetamu

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 611 hits
Please follow and like us 0 Menjelang Syawal pastinya perkara yang ditunggu tunggu adalah pemberian duit raya khusus buat kanak kanak Lihat sahaja wajah riang dan senyuman mereka tatkala menerima sampul raya berwarna warni Dalam pada itu an
Simple Tapi Amat Berkesan Bagi Anak Murid Faham

Simple Tapi Amat Berkesan Bagi Anak Murid Faham

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 392 hits
Kisah viral sebuah video bagaimana seorang guru sekolah menengah memberi kefahaman kepada murid muridnya memahami fungsi jantung serta bagaimana peredaran darah dari jantung ke seluruh anggota tubuh manusia Hanya dengan tapak tangan pelajar...
Lagu Raya Dari Artis Korea Dapat Pujian Dunia Tapi Fans Indo Dakwa Milik Mereka

Lagu Raya Dari Artis Korea Dapat Pujian Dunia Tapi Fans Indo Dakwa Milik Mereka

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 462 hits
Sudah terang lagi bersuluh lagu raya nyanyian artis Korea bernama Jay Kim adalah sebuah lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu Lagu berjudul Insa Raya yang dilancarkan di laman youtube Jay Kim sendiri pada malam 31 Mei 2019 telah mengund...
Pemimpin Pas 13 Mei Bukan Salah Melayu Atau Cina Tapi Dap

Pemimpin Pas 13 Mei Bukan Salah Melayu Atau Cina Tapi Dap

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 670 hits
ULASAN Tragedi 13 Mei 1969 telah membuka mata masyarakat mengenai peri pentingnya menjaga hubungan kaum dalam Malaysia Sikap hormat menghormati bertolak ansur bertoleransi dan menjauhi sifat sifat yang terkeji seperti berdengki beriri hati ...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Readers Poll 2024 Winners Announced Practical Fishkeeping

Persiapan Sekolah Dan Perbelanjaan Asrama 2025

180 Video Belajar Iqro 1 6 Dari Yufid Tv

Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes