Kuih Popia Dan Aneka Tepung Talam Che Abang Jadi Tarikan Vip


Biarpun pelbagai kuih-muih ‘hybrid’ telah banyak diperkenalkan ketika ini, namun keenakan kuih-muih tradisional tetap menjadi pujaan dan pembuka selera buat sesiapa sahaja yang menjamahnya.
Itulah yang cuba dikekalkan oleh pemilik Popia Kuih Che Abang, Mohammad Akbar Ramli,54 dan isterinya Norizah Hasan@Aziz,48 yang telah mengusahakan perniagaan aneka kuih-muih Melayu sejak 11 tahun yang lalu.
Bermula dengan hanya menjual dua jenis kuih, Popia Basah dan Popia Goreng sekitar tahun 2011, kini menjual hampir 30 aneka kuih-muih pada setiap hari. Selain di Bazaar Bulatan Uniten, mereka turut mempunyai sebuah lagi cawangan di Cheras Jaya, Selangor.
Menurut Akbar, resipi Popia dan aneka Tepung Talam merupakan resipi turun-temurun.Sejak mula bertapak, resipi asli ini berjaya memikat selera pelanggan mereka. Selain beberapa orang pekerja, pasangan suami isteri ini turut dibantu oleh anak sulung mereka, Muhammad Aiman Mohamad Akbar,22.

Jelas bekas anggota Tentera Laut ini, anaknya mula menunjukkan minat untuk berniaga sejak dahulu lagi. Menariknya,menu seperti Popia Sira yang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pelanggan juga merupakan cetusan cinta hati mereka itu sendiri. Kongsi Norizah pula yang merupakan seorang bekas guru, setiap hari seawal pagi dia akan menyediakan kulit popia dan kuih Tepung Talam sebelum sedia untuk dijual bermula jam 11 pagi hingga 6 petang. Bagi memastikan kualiti dan rasa asli pada setiap menu tersebut, ibu kepada 5 orang cahaya mata ini hanya akan menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi selain mendapatkan bekalan bahan mentah yang segar.
“Setiap hari saya akan menyediakan kulit popia dan kuih-muih yang lain seperti Tepung Talam seawal 7.30 pagi. Semua bahan yang digunakan adalah segar dan diambil dari pemborong setiap hari. Ianya bertujuan untuk mengekalkan rasa serta membuatkan kuih-muih kami tidak mudah basi” kata Norizah
Mengikut rekod jualan,setiap hari mereka mampu menghasilkan 8 hingga 10 kilogram tepung bagi kulit Popia manakala bagi kuih Tepung Talam pula tersedia hampir 23 talam bersaiz besar.
Penangan keenakan kuih-muih Che Abang, tidak hairanlah ia sentiasa mendapat sambutan dan permintaan yang menggalakkan daripada para pelanggan pelbagai latar belakang dan kaum. Dedah Akbar, kuih-muih mereka sering kali ditempah untuk pelbagai acara termasuklah menyediakan kuih Kole Kacang di Dewan Parlimen yang menjadi kegemaran ramai ahli politik negara sejak bertahun-tahun dahulu.
Selain itu, menu seperti Seri Muka Durian turut mendapat permintaan tinggi kerana menggunakan isi durian asli dan kaya dengan rasanya.
“Sebenarnya kuih Seri Muka Durian tidak putus-putus orang membelinya kerana kami hanya menggunakan isi durian sebenar. Menu ini ada pada setiap masa dan isi durian pula kami telah dapatkan dari pembekal” kata Akbar
Menjelang Ramadhan yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi,gerai Popia Kuih Che Abang turut teruja untuk kembali berniaga di bulan yang penuh keberkatan ini. Pada tahun lalu, mereka turut mengalami nasib sama seperti kebanyakan peniaga lain selepas tidak dibenarkan beroperasi berikutan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .
“Kami berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Sepang kerana mengizinkan kami untuk terus bertapak di sini. Harapan kami bukan sahaja ingin menaikkan kembali kuih-kuih tradisional malah mengharapkan generasi-generasi muda kenal akan aneka kuih-muih yang pernah menjadi kegemaran nenek moyang mereka” tambah Akbar lagi
Pada bulan Ramadhan, gerai kuih-muih melayu ini bakal beroperasi bermula jam 1 petang hingga 7.30 malam dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan para pelanggan.
Antara Kuih-Muih Di Popia Kuih Che Abang ialah Popia Basah, Popia Goreng/Sira,Seri Muka Pandan, Seri Muka Durian, Kole Kacang, Sagu Merah,Kaswi,Bingka Ubi Kayu,Lompang,Lopez, Talam Suji, Talam Pandan,Talam Ubi Kayu,Talam Berlauk Ayam,Talam Cendol, Talam Keladi,Tauhu Sumbat,Tauhu Bergedil dan banyak lagi.
Anda yang mengidam kuih muih melayu dan popia, memang wajib datang ke sini. Kuih muih di sini dijamin sedap belaka.
POPIA KUIH CHE ABANG
Lot 20 Bazaar Bulatan Uniten
Jln Uniten, 43009 Kajang, Selangor
Facebook: https://ift.tt/3cUCMbb
#popiakuihcheabang
Waktu perniagaan : 11.30 pagi – 6.30 petang (TUTUP SETIAP AHAD)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/04/kuih-popia-dan-aneka-tepung-talam-che.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuih Tepung Pelita

Kuih Tepung Pelita

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 472 hits
Kuih ini is a must di bulan Ramadhan Beli memang mudah tetapi tak semua yang dibeli tu sedap So sejak Kjee terai buat guna resipi home cook popular Rina Mohd Dom Kjee udah tak beli lagi Memang nampak risau tengok bahan bahan yang sedikit te...
Saya Mohon Maaf Bagi Pihak Adik Dia Janji Tak Buat Lagi Abang Suspek Rayu Semua Pihak Padam Video Viral

Saya Mohon Maaf Bagi Pihak Adik Dia Janji Tak Buat Lagi Abang Suspek Rayu Semua Pihak Padam Video Viral

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 611 hits
Abang kepada salah seorang suspek yang terbabit dalam kes pukul seorang remaja perempuan dalam video viral dipercayai berlaku di Tanah Merah Kelantan baru baru ini tampil memohon maaf bagi pihak adiknya Saya abang kepada adik kandung saya m...
Panggil Abang Long Gambar Hubungan Peribadi Bukan Malaysia China Hishammuddin

Panggil Abang Long Gambar Hubungan Peribadi Bukan Malaysia China Hishammuddin

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan penggunaan gelaran abang long terhadap rakan sejawatnya dari China Wang Yi walaupun selepas dikritik di media sosial Menurut beliau istilah itu hanya menggambarkan hub...
Hisham Ungkapan Abang Untuk Menteri Luar China Tak Rujuk Hubungan Dua Hala

Hisham Ungkapan Abang Untuk Menteri Luar China Tak Rujuk Hubungan Dua Hala

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 265 hits
Selepas dikritik sejumlah pihak Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein tampil menjelaskan bahawa panggilan abang yang diungkapnya bukan merujuk kepada hubungan dua hala antara Malaysia dan China Sebaliknya dia berkata ungkapan tersebut me...
Anwar Tempelak Hishammuddin Gelar China Abang Penghinaan Buat Negara

Anwar Tempelak Hishammuddin Gelar China Abang Penghinaan Buat Negara

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 234 hits
April 3 2021 Ketua pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein yang menggelar sebagai China abang kepada Malaysia sebagai satu penghinaan terhadap pendirian tidak berpihak negara ini Anwar berkat...
Ungkapan Abang Besar Sebagai Tanda Hormat Hishammuddin Berita Harian

Ungkapan Abang Besar Sebagai Tanda Hormat Hishammuddin Berita Harian

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 496 hits
KUALA LUMPUR Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ungkapan abang besar digunakannya pada sidang media bersama rakan sejawat dari China Wang Yi baru baru ini adalah sebagai tanda hormat Pendirian Hishamuddin lebih selari deng...
Anwar Ibrahim Komen Abang Besar Menteri Luar Yang Lalu Telah Memberi

Anwar Ibrahim Komen Abang Besar Menteri Luar Yang Lalu Telah Memberi

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 336 hits
KENYATAAN MEDIA 4 April 2021 Kerajaan Perikatan Nasional tampaknya telah tersalah langkah dalam banyak hal penting negara dan kadarnya terus memuncak naik Tanpa pengimbangan dari institusi Parlimen dan sikap kebertanggungjawaban pada badan ...
Satpol Pp Ingatkan Pengelola Pasar Tanah Abang Awasi Ketat Kerumunan Pengunjung

Satpol Pp Ingatkan Pengelola Pasar Tanah Abang Awasi Ketat Kerumunan Pengunjung

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 333 hits
Wali Kota Jakarta Pusat Dhany Sukma mengatakan posko pemantauan akan ditempatkan di sejumlah titik rawan kerumunan pengunjung
Abang Mangsa Tembak Di Bukit Rangin Dakwa Arwah Adiknya Aktif Berkongsi Rawatan Di Fb

Abang Mangsa Tembak Di Bukit Rangin Dakwa Arwah Adiknya Aktif Berkongsi Rawatan Di Fb

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 330 hits
KUANTAN Pengamal perubatan tradisional yang meninggal dunia dengan kesan tembakan di badan kelmarin dikatakan aktif berkongsi kaedah rawatannya di media sosial kebelakangan ini Abangnya Mohammad Redzuan Nasri 37 berkata sebelum itu adiknya ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran