Kuih Culture Sajian Terbaik Nyonya Kuih Nasi Lemak Cendol Dan Mee Di Penang
Kuih Culture ( HALAL ) : Sajian Terbaik Nyonya Kuih, Nasi Lemak, Cendol Dan Mee Di PenangJika anda mencari sajian yang berkonsepkan sajian Nyonya khususnya di Penang, anda boleh singgah ke Kuih Culture Cafe. Kedengaran seolah-olah seperti cafe yang menjual pelbagai jenis kuih sahaja, tetapi ianya bukan setakat kuih muih, ada beberapa hidangan yang menjadi tarikan lain untuk anda perlu datang ke Kuih Culture penang untuk merasai sendiri.
Lokasi yang strategik di Lebuh Kimberly di mana kawasan yang kerap menerima kunjungan pelancong, ianya menjadi tumpuan untuk singgah dan menikmati hidangan kuih-muih tradisional dan juga dessert yang paling meletop seperti cendol penang. Susun atur di dalam cafe juga menarik dan ianya satu idea yang baik untuk anda mengambil gambar di sudut yang tertentu.
Antara kuih muih yang boleh didapati di kuih Culture cafe seperti tepung talam, bingka ubi, kuih sagu, seri muka, durian angkoo dan banyak lagi. Hari bermula dari RM1.00 dan ke atas. Kuih yang di buat sendiri dan bahan-bahan yang digunakan
Ini namanya kuih Durian Angkoo/RM2 each.Macam makan kuih kuaci tetapi tekstur lebih j\kenyal dan isi durian didalam dia memang terasa sangat. Siapa rindu nak makan durian boleh cuba ok kuih ni.
South China Sea ( RM10.90 )
Ini lah Cendol yang paling hot di kuih Culture. memang sedap dan pastinya anda akan repeat order.( RM6.50 )
Selain dari itu, terdapat juga menu yang berasakan mee yang mana pada pertengahan November 2019 hingga Disember 2019 akan cuba di ketengahkan untuk melihat penerimaan nya terhadap pelanggan yang datang. Menurut pihak Cafe kuih Culture jika menu baru itu menerima permintaan yang tinggi, maka mereka akan menjadikan menu itu dalam list yang boleh di dapati setiap hari. Antara menu nya adalah seperti:-
White Curry Mee yang bakal menemui anda pada pertengahan November ini
Curry Mee yang bakal menemui anda pada pertengahan November ini
Asam laksa
Tom Yam Putih
Mee Jawa
Laksa Goreng
Char Kuey Teaw
Menu yang mesti anda cuba adalah nasi lemak, asam laksa,dan penang culture platter yang hidangannya boleh dikongsi sehingga 3@4 orang. Menu western juga ada bagi anda yang menggemarinya.
jangan risau kerana ianya adalah halal dan mempunyai sijil halal. Mereka juga menggunakan konsep dapur terbuka bagi memberi ruang untuk para pelanggan melihat dalam penyediaan setiap menu yang ada.
Di bahagian atas Cafe Kuih Culture, mereka menyediakan tempat untuk para pelanggan mengambil gambar. Sambil itu mereka juga memperlihatkan cara beberapa gambar yang mempunyai pencenritaan yang tersendiri. Bagi anda yang gemar bergambar memang sesuai kerana ianya nampak seperti museum sni sebab gamabr yang di ambil kalau kena dengan caranya akan nampak seperti 3D.
Pulau pinang memang kaya dengan pelbagai jenis makanan. Jangan lupa untuk singgah ke Kuih Culture untuk anda merasai sendiri setiap menu yag ada. Selamat menjamu selera.
Info Lanjut :-
Kuih Culture
59A, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
+6011-5628 2889
Operation hours: 10 am - 9 pm (Daily)
Fb : KuihCulture
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.khatyaiman.com/2019/11/kuih-culture-sajian-terbaik-nyonya-kuih-nasilemak-cendol-dan-mee-di-penang.html