Nasi Royale Jb
Assalamualaikum...
SK TAK ingatlah dah cerita belum tentang Nasi Royale JB ni di sini tapi kalau dah pernah cerita anggap sajalah ia siaran ulangan ya. Hahaha.. Memang boleh dianggap siaran ulangan pun kerana ini kali kedua Sk makan Nasi Royale JB ni. Kalau kali pertama dulu, Sk makan di kedai, tapi kali ini Sk tapau dan makan di rumah. Anda boleh tengok post IG Sk sebelum ini
JOHOR DAH ADA NASI ROYALE
Nasi Royale ni asal usulnya dari utara. Boleh dikatakan setiap kali ke Alor Setar, Pak Inche suka sangat singgah makan di Nasi Royale. Dulu, Sk diberitahu ia merupakan nasi lemak, hurmm.. tengok pada rupa adalah sikit warna nasi lemak dengan warna putih kekuningan tapi tak ada pulak rasa nasi lemak. Rupanya lemak yang dinaksudkan datang dari minyak sapi. Kiranya nasi ini adalah nasi bertumis gitu. Sk agak kurang gemar, boleh dikatakan Sk hanya meneman Pak Inche makan, mungkin setiap kali singgah situ Sk dah kekenyangan, sampai tak larat lagi nak makan, hahaha.
Tapi, sejak ada Nasi Royale ni di Johor teruslah pulak tersuka tanpa sengaja. Lagi-lagilah bila dapat lauk macam ni, kan.. Ada sotong, ayam, bendi dan kalau rasa nak pedas gigitlah cili hijau tu. Tapi cili hijau sekarang rasa macam ulam, jer kan, tak pedas langsung.
Bila kita tapau, bayangkan nasi dengan limpahan kuah campoq meresap dalam bungkusan. Nikmatnya memang dua kali ganda tau, hahahaha.
Bagi Sk, Nasi Royale JB ni memang sedap cuma mungkin agak mahal, la berbanding di utara nun. Mungkin kos sara hidup di JB ni pun mahal, tapi sekali sekala apa salahnya tukar selera. Dan, kalau anda yang tak pernah makan stail utara, masa pesan tu anda cakap je macam ni...
Kuah campoq na!!
😂😂😂
Tak royale la kalau tak campoq kuah sampai banjir!
Kalau anda nak datang, jangan lambat sangat sebab lauknya cepat habis. Walaupun dibuka sehingga pukul 4, takut nanti anda cuma berbalas senyum jer dengan tuan kedai, hahahaha.
Nasi Royale JBDibuka setiap hari kecuali Jumaat11.30 pagi hingga 4.00 petang
Lokasi : Keropok Losong/Karipap Panas SkudaiBersebelahan dengan Masjid Batu 11, Skudai dan Balai Polis Skudai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2019/11/nasi-royale-jb.html