Kuih Bakar Pandan
Assalamualaikum semua. Salam Jumaat.
Ada peminat kuih legend ni? LM suka kuih bakar pandan yang lembut. Tapi, bukan semua kedai ada jual, nak makan terpaksa la buat. Lagi pun boleh makan berulang ulang kami berlapan.
Disebabkan kan masih tak dapat deria rasa kembali, dapat rasa hujung hujung Je makanan tu. Kadang macam tak tau apa rasa makanan kita telan, teringin pula nak makan kuih ni. Tekak orang baru nak baik dari sakit memang meragam nak makan itu ini kot?
Ni ada lebih 3 potong terakhir. Dah nak habis baru gigih ambil gambar.
LM buat guna acuan besar. 2 mug tepung untuk dapat penuh acuan ni. Kalau buat separuh adunan pun cun juga kot. Nipis sikit kuihnya dan cepat sikit masak.
LM guna Resepi ni
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan
1 cawan air pandan(LM suka lembut, guna 11/4 cawan air pandan)
2 sudu besar butter/ marjerin( carikan)
1 cawan gula pasir(LM guna3/4 cawan gula)
3 biji telur ayam( guna 2 biji saiz besar)
Sedikit pewarna hijau
1/2 sudu teh garam
Sedikit bijan jika suka(tabur atas)
LM kisar semua nya guna blender. Letak Minyak dalam acuan hingga panas. Rata kan acuan dengan Minyak tersebut dan keluarkan semula Minyak tadi supaya kuih tidak melekat pada acuan.
Masukkan adunan dan Bakar dengan api perlahan. Acuan ni LM guna acuan lubang tengan yang di Bakar atas tungku dapur gas.
Anggaran memasak dalam 1 jam suku LM guna api perlahan dan memang suka kuih yang berkerak sikit di bahagian tepi.
Kuih ni dah sejuk baru boleh potong. Kalau nampak dah berkerak tu tanda dah masak walau tak boleh potong nampak lembik. Dah sejuk baru cun boleh potong.
Cara ni sama juga LM guna untuk kuih bakar jagung atau kuih bakar labu. Cuma tambah jagung dan labu saja ke dalam adunan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lydiamiza.blogspot.com/2024/06/kuih-bakar-pandan.html