Kuih Bakar Pandan



kadang kadang,bila teringin,memang tak boleh tahan tahan
Memang dah lama sangat teringinnya,tapi takde keyakinan nak buat sebab buat apa pun asyik tak jadi je..
Kali ni cuba la buat untuk kali pertama
Kuih bakar pandan

Selalu tu,Siap beli daun pandannya,lepas tu,sampai sudah tak buat kuihnya,Maka kering layulah daun pandan tu dalam peti ais
Okaylahhh.. Kira buat pewangi jela dalam peti ais tu..

tapi kadang kadang yang malas tentang nak buat kuih muih ni,Nak beli bahan bahan,bukannya boleh mintak iku kuantiti yang kita nak pakai tu,Contoh la,Kuih bakar ni kan..
Nak pakai bijan dalam 2 ke 3 sudu aje,tapi kena juga beli sekampit
Dah pakai sikit tu, masuk bekas, masuk dalam peti ais
Dan entah bila zaman la pulak nak berusik semula bijan dalam peti ais tu

Tapi nasib baiklah bijan ni takla mahal pun,cuma bila selalu ada makanan terbuang,Rasa macam tak best pula

Oleh kerana ni kali pertama nak buat kuih bakar pandan ni,merata rata blog MY jelajah cari resepi, hahaha.
Tapi tu la.
ada yang panggil kuih bakar,ada yang panggil kuih bingka,ada juga yang panggil kuih bengkang,Suami Mama Yan lak,dia tak caya kuih bakar sama dengan kuih bingka,kalau bingka kena ada ubi kayu ke, keledek ke, jagung ke, labu ke...gitu pulakk.



Okay.. ni resepi yang Mama Yan gunakan
Bahan bahan untuk membuat kuih bakar pandan:
4 helai daun pandan 1 cawan air1 cawan gula pasir1 biji kelapa parut2 cawan air untuk perah santan kelapa2 cawan tepung gandum2 sudu marjerin3 biji telur1 penutup pewarna hijau epal1 camca kecil garamsedikit bijan
Cara cara membuatnya:
Ambil 4 helai daun pandan di halaman
Basuh bersih bersih daun pandan dan potong potongkan. Masukkan ke dalam blender bersama 1 cawan air
Kemudian, kisar sampai halus, tuangkan ke dalam kelapa parut
Perah santan bersama sama dengan daun pandan kisar
Habiskan perah santan dari kelapa dengan menggunakan 2 cawan air lagi
Panaskan oven siap siap

Kemudian,masukkan gula, santan, telur, marjerin, pewarna hijau, garam dan tepung gandum
tepung tu atas sekali ye, biar cecair di bawah
Kisar sekejap
Agak agak dah rata sebati,masukkan dalam loyang
Kemudian, taburkan bijan atas adunan
Masakkan sehingga masak dengan kepanasan sekitar 170 darjah celcius selama 1 jam
Kalau nak garing sikit lagi boleh tambah masa lagi

Gigih kemain Mama Yan keluarkan mangkuk kecik portmeirion yang beli masa nak raya tahun lepas
Daripada simpan aje,Meh la kita keluarkan untuk photoshoot gambar masakan
Padahal kat rumah pakai pinggan campur campur je.
Mama Yan banyak kali ambil gambar makanan dalam bekas plastik tupperware dan ikea,lepas tu letak kat FB,lepas tu kena komen bab pinggan
Tak selamat lah, bukan food safe la, ada chemical lah, karsinogen lah dan macam macam lagilah.
Padahal,kita sekolah dulu dah makan perabis dah makanan kat kantin tu guna piring plastik warna oren, warna biru tu..
Lepas dari tu,tak update dah makanan dalam bekas plastik.
Hahaha.
MY ni hati lembut bak biskut tiger tau,Nampak je logo rimau cam gagah
kena komen yang gitu gitu aje pun,Hati cair macam biskut tiger terlebih celup dalam air teh o

Masa dalam oven.
wow..naik gebu gebas.
Suami dah tergelak gelak.
"Biasa dah sejuk dia kempis tu..."hahaha.
Memamg la.. ni kan kuih bakar
Kalau kek kempis, sedih la juga
Kuih bakar memang la kempis
ah tak kisahlah .
gebu ke kempis ke.
Yang penting... tekak yang teringin nak makan kuih bakar ni perlu dilayan

Lepas masak..
Belum pun sejuk betul,Mama Yan dah potong
melekat melekit lagi.
Masa panas panas ni,Rupa dia memang out.
Tapi rasa dia..
Bukan nak nak puji diri sendirilah,Tapi puji orang yang buat kuih ni.
Pandai betul dia buat walaupun kali pertama... huiii... sedap weh demehhh..

Alhamdulillah... sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah Taala





 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2022/01/kuih-bakar-pandan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuih Bakar Kacang Gerenti Cair Di Mulut

Kuih Bakar Kacang Gerenti Cair Di Mulut

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 150 hits
Bau semerbak kuih bakar kacang ni dah menyelerakan apatah lagi kalau di makan semestinya cair di mulut yang buat kita berulang nak makan tanpa henti Resipi yang dikongsikan oleh Siti Hailia di Facebook ini semestinya menjadi Cara penyediaan...
Ikan Caru Bakar Atas Dapur Sedap Ke

Ikan Caru Bakar Atas Dapur Sedap Ke

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 413 hits
Ikan Caru Bakar Atas Dapur Sedap Ke Terpulang pada citarasa masing masing Yang pasti ia memudahkan kerja saya Tak payah cari arang nak bakar cara tradisional Lagipun proses bakar ikan atas dapur dapat lah kita buat kerja lain serentak Jimat...
Resepi Mini Cheese Cakes Bakar Mudah Sedap Comel

Resepi Mini Cheese Cakes Bakar Mudah Sedap Comel

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 336 hits
Resepi Mini Cheese Cakes Bakar Mudah Sedap Comel Aku salah seorang penggemar cheese cake Jika ke kedai kek dan ternampak cheese cake mulalah rasa teringin nak makan tu datang Lagi lagi cheese cake blueberry Dari dulu cukup suka dengan chees...
Rompakan Solo Gagal Lelaki Bakar Mercun Sebelum Cuba Menyamun Kedai Emas Di Mydin Mutiara Rini

Rompakan Solo Gagal Lelaki Bakar Mercun Sebelum Cuba Menyamun Kedai Emas Di Mydin Mutiara Rini

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 242 hits
Seorang lelaki bertindak membakar mercun di ruang tengah pasar raya Mydin di Taman Mutiara Rini di Iskandar Puteri Johor sebelum cuba menyamun secara solo sebuah kedai emas pada Isnin Menurut laporan portal Majoriti ketua Polis Daerah Iskan...
Kek Pandan Jadi Bantat

Kek Pandan Jadi Bantat

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 432 hits
Pertama kali cuba buat kek pandan menggunakan santan hasilnya sangat menyedihkan Selalu buat kek pandan menggunakan marjerin atau buttercup Dalam oven keknya naik elok sahaja Tinggi dan menggebukan Bila buka sahaja oven keknya turun sedikit...
Bbq Kambing Bakar Tepi Pantai Rusila Family Gathering Paling Best Selepas Pkp 3 0

Bbq Kambing Bakar Tepi Pantai Rusila Family Gathering Paling Best Selepas Pkp 3 0

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 205 hits
Assalamualaikum Okay Fiza nak sambung story Staycation 3 hari 2 malam di Terengganu Malam hari pertama di Kampung Rusila kami menginap di Homestay Tokmie Best homestay nie besar luas memang puas hati kalau dapat duduk lama tapi kami dapat b...
Resipi Sambal Perap Ikan Bakar Yang Sedap Mudah Je Caranya

Resipi Sambal Perap Ikan Bakar Yang Sedap Mudah Je Caranya

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 204 hits
Anda dan keluarga suka makan ikan bakar Ini dia resipi Sambal Perap Ikan Bakar perkongsian saudari Hazarina Zaini yang anda boleh cuba Masak dan simpan dalam botol atau bekas Boleh dijadikan stok di dalam peti sejuk Bila bila nak masak ting...
Resepi Nasi Lemak Hijau Pandan

Resepi Nasi Lemak Hijau Pandan

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 308 hits
NASI LEMAK HIJAU PANDANNASI LEMAK 3 cup beras rendam 10 min basuh dan toskan1 kotak kecil santan2 cawan airPerisa pandan daun pandan5 hirisan halia sudu teh garam3 sudu minyak masakPewarna hijau satu penutup kecil tuCara Masak macam biasa g...
Bahulu Pandan Gebu Gebas Versi Wangi Satu Rumah Anak Makan Satu Nak Lagi

Bahulu Pandan Gebu Gebas Versi Wangi Satu Rumah Anak Makan Satu Nak Lagi

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 309 hits
Siapa suka bahulu Nak cuba bahulu yang gebu gebas dan lembut tak Jom cuba Yang ni versi wangi harum satu rumah kalau tengah bakar tu Resepi yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans ini patut mama cuba Bagilah kelainan sikit untuk anak anak Jik...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok