Kuey Teow Goreng Ala Kuey Teow Dolly Sedap Dan Menyelerakan


Kuey Teow Goreng Ala Kuey Teow Dolly Sedap Dan Menyelerakan.  Siapa suka makan kuey teow goreng? Sapa yang suka tu, kita geng.  Akak suka yang goreng kering, yang berkuah tu tak berapa minat.  Kalau di utara ni Kuey Teow Dolly adalah antara yang viral juga. Terletak di pekan Taiping, siapa yang datang Taiping tak lengkaplah kalau tak singgah kat kedai ni.
Kali ini akak nak share cara menyediakan kuey teow goreng ala ala Kuey Teow Dolly ni.  Tak serupa tapi rasanya hampir-hampirlah juga ...ikut selera kami.  Sebelum tu nak kena minta maaf dulu kalau kualiti gambar tidak memuaskan.  Gambar-gambar ni dari galeri handphone lama, sambil clear kan gambar-gambar, akak kumpulkan mana-mana yang boleh jadi entry sebelum akak delete. Boleh juga simpan sini sebagai kenangan dan rujukan.
Langkah Demi Langkah Penyediaan Kuey Teow GorengKita bagi penerangan pada setiap gambar. Harap korang lebih faham dan dapat capture bahan-bahan yang digunakan.
Ambil 2-3 ulas bawang putih dan cincang halus. Masukkan 2 sudu minyak masak dalam kuali, kemudian tumiskan bawang tersebut. Akak tak guna bawang merah yer

Bila dah naik bau, masukkan satu sudu lebih cili mesin. 

Kacau bagi cili masak . Kejap je yang ni

Kemudian masukkan air rebusan udang. Korang jangan ingat air apa pulak. Kalau korang rajin, rebus dahulu sedikit udang dan ambil air rebusannya. Kalau tak letak pun tak apa. 

Masukkan sedikit kicap pekat


Masukkan juga sedikit kicap cair. Sambil-sambil tu kacau la


Masukkan sedikit sos ikan. Sos ikan ini memang kena ada dalam senarai barang di rumah. Kadang-kadang goreng sayur pun akak letak sedikit sos ni


Masukkan juga sedikit cuka makan


Sambil tu kacau-kacau la.  Akak tak masuk garam sebab kicap dan sos tadi dah tambah rasa masin. Cuma masukkan sedikit gula


Kerang ni dah rebus dahulu dan kopek.  Bila sos tadi semua dah mendidih, bolehlah masukkan kerang dan udang. Nak guna salah satupun boleh. Pastikan sos tadi jangan terlalu banyak air sebab kita buat kuey teow goreng yer bukan char kuey teow


Kacau sampai mesra sambil tu jangan lupa rasa. Manalah tahu terlebih manis atau masinnya, bolehlah adjust


Masukkan kuey teow. Cerai-ceraikanlah supaya tidak melekat


Kemudian masukkan taugeh dan daun kucai yang dah dipotong-potong


Gaul-gaulkan macam ni.  Kemudian keluarkan sebentar letak tepi dulu


Dalam kuali yang sama, pecahkan telur masuk sedikit minyak masak dalam kuali dan goreng telur hancur


Proses ni semua nak kena cepat.  Lepas hancur-hancurkan telur tu, tolak ke tepi sedikit


Masukkan semula kuey teow goreng tadi dan gaul ratalah dengan telur hancur tu


Dah siap. Bolehlah hidangkan makan panas-panas. Aduhh...sambil tulis perut pun berbunyi-bunyi minta diisi ni

Korang jangan lupa cuba tau








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2022/11/Kuey-teow-goreng-ala-kuey-teow-dolly-sedap-dan-menyelerakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daging Goreng Berkicap Confirm Sedap Dan Puas Makan

Daging Goreng Berkicap Confirm Sedap Dan Puas Makan

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 214 hits
Daging adalah satu jenis makanan yang sangat sedap Namun cara masaknya kena betul supaya daging lembut dan mudah dikunyah Sebenarnya cara menghiris daging juga sangat penting supaya daging tidak liat RASA berikan resipi untuk membuat daging...
10 Resipi Mudah Sedap Untuk Hidangan Minum Petang

10 Resipi Mudah Sedap Untuk Hidangan Minum Petang

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 236 hits
Tak tahu nak masak menu apa untuk juadah minum petang Nah RASA bawakan 10 resipi mudah minum petang untuk hidangan bersama sekeluarga Resipi yang terdiri daripada kuih muih sama ada kukus atau bergoreng dan juga kek yang pastinya sangat sed...
Tomyam Sotong Udang Dan Belut Yang Sedap Di Cafe Hanamina Kg Bukit Kemudu Setiu Terengganu

Tomyam Sotong Udang Dan Belut Yang Sedap Di Cafe Hanamina Kg Bukit Kemudu Setiu Terengganu

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 335 hits
Cafe Hanamina di Kg Bukit Kemudu berdekatan dengan Kg Banggol Setiu Terengganu Tak sangka ada cafe tang comel dan makanan yang sedap Menu tak banyak tapi menarik ada Tomyam SotongTomyam Udang GalahTomyam Belut sertaMee Celup Telur gedik And...
Gulai Itik Dan Ayam Kampung Kedai Abang Dol Di Kg Bintang Serius Sedap Harga Pun Berpatutan

Gulai Itik Dan Ayam Kampung Kedai Abang Dol Di Kg Bintang Serius Sedap Harga Pun Berpatutan

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 190 hits
Inilah kedai makan Abang Dol untuk sarapan pagi Gulai Itik dan gulai ayam kampung yang sedap di Kg Bintang Setiu Terengganu Memang sedap dan harga pun amat berpatutan serta dibuka setiap hari Ia terletak di sebelah kiri sebelum jambatan Kg ...
3 Cara Nikmati Kopi Dengan Susu Farm Fresh Yang Sedap Homemade

3 Cara Nikmati Kopi Dengan Susu Farm Fresh Yang Sedap Homemade

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 273 hits
3 Cara Nikmati Kopi Dengan Susu Farm Fresh Yang Sedap Homemade Anda peminat kopi Apa kata cuba resepi ringkas kopi dan susu farm fresh ni Sedap tau CN suka sangat Kopi essenso ni tanpa gula Memang healthy Sesuai untuk mereka yang tengah die...
Kuih Sagu Yang Lembut Dan Sedap

Kuih Sagu Yang Lembut Dan Sedap

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 263 hits
Sejak Nana tinggal di rumah kami selama dia membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan saya banyak bersembang dan berbincang dengan Nana Kadang kadang dia memberikan pendapat tentang sesuatu isu yang saya dah tahu cuma kita tidak begitu ...
3 Pencuci Mulut Sedap Untuk Minum Petang Tetap Diminati Sejak Dulu

3 Pencuci Mulut Sedap Untuk Minum Petang Tetap Diminati Sejak Dulu

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 328 hits
Kali ini RASA ingin kongsikan 3 resipi pencuci mulut yang gerenti anda suka Boleh buat sendiri di rumah dan nikmati bersama seisi keluarga Minum petang selalunya ringkas dan menyelerakan Boleh dikatakan sebagai alas perut sebelum menikmati ...
Tak Sedap Diam Je Michael Ang Kecam Influencer Reviu Kedai Makanan Tak Kena Selera Ibarat Tutup Periuk Nasi

Tak Sedap Diam Je Michael Ang Kecam Influencer Reviu Kedai Makanan Tak Kena Selera Ibarat Tutup Periuk Nasi

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 153 hits
Pengarah dan juga pelakon Michael Ang menerusi Instagram ada meluahkan rasa tidak puas hati terhadap 8216 influencer 8217 atau pempengaruh media sosial yang melakukan ulasan makanan yang tidak 8216 kena 8217 dengan tekak mereka sehingga mem...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles