Lelaki Jebon Bunuh Kucing Dihukum Penjara 15 Bulan


ISMA WEB
Pekerja gerai makan bersalah jerut, gantung 'Jebon' hingga mati
Pekerja gerai makan, Al Azri Norhisham hari ini dihukum penjara 15 bulan kerana menjerut dan menggantung sehingga mati seekor kucing di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 10 Jun lalu.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang videonya tular kerana menjerut dan menggantung leher seekor kucing sehingga mati, akhirnya menerima padah apabila dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Al Azri Norhisham, 28, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.
Tertuduh yang bekerja di sebuah gerai makan didakwa secara tidak munasabah telah menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing jantan di tangga blok A3 Jalan 4/27A Seksyen 2 Wangsa Maju, Setapak, di sini pada kira-kira 1.30 tengah hari, 10 Jun lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon hukuman berat mengambil kira tindakan tertuduh sangat kejam dan melampaui batas.
“Perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah satu jenayah kerana melakukan kezaliman dan menganiayai haiwan yang tidak berdaya. Alasan tertuduh menyatakan dia dicakar dan digigit adalah tidak munasabah.
“Jika dibandingkan tertuduh merupakan seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras, sepatutnya tertuduh tidak melakukan perbuatan tersebut terhadap haiwan itu,” katanya
Bagaimanapun, Al Azri yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia adalah seorang anak yatim piatu.
“Saya tangkap dan gantung kucing itu sebab dia (kucing) gigit dan cakar tangan saya hingga berlubang. Saya anak yatim piatu dan kerja di gerai makan,” katanya dengan bersahaja di kandang tertuduh.
Berdasarkan fakta kes, kucing jantan bernama ‘Jebon’ milik seorang individu ditemukan mati terjerut di hadapan rumah seorang jiran.
Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah jiran pengadu, mendapati tertuduh menjerut leher kucing itu menggunakan tali rafia sebelum menggantungnya di tangga hadapan rumah jiran hingga mati dan kemudiannya beredar. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/lelaki-jebon-bunuh-kucing-dihukum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kucing Itu Cakar Gigit Tangan Saya Hingga Berlubang Dipenjara 15 Bulan Lelaki Rayu Diringankan Hukuman

Kucing Itu Cakar Gigit Tangan Saya Hingga Berlubang Dipenjara 15 Bulan Lelaki Rayu Diringankan Hukuman

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 613 hits
Padah menjerut dan mengantung seekor kucing jantan sehingga mati Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mejatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap pekerja gerai makan Al Azri Norhisham 28 hari ini nbsp Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukum...
Danial Tan Dibebaskan Dengan Jaminan Rm6 000 Sementara Menunggu Permohonan Semakan Hukuman Penjara 12 Bulan

Danial Tan Dibebaskan Dengan Jaminan Rm6 000 Sementara Menunggu Permohonan Semakan Hukuman Penjara 12 Bulan

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 383 hits
Penunggang motosikal yang didakwa memecahkan cermin depan sebuah kenderaan kerana berang dihon dibebaskan dengan jaminan Jumaat lalu nbsp Danial Tan Abdullah dibebaskan sementara menunggu permohonan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan...
Lelaki Dihukum Mati Bunuh 5 Anak Bekas Isteri Mohon Beri Peluang Kedua Bazookapenaka My

Lelaki Dihukum Mati Bunuh 5 Anak Bekas Isteri Mohon Beri Peluang Kedua Bazookapenaka My

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 589 hits
WASHINGTON Seorang wanita mengejutkan mahkamah di South Carolina Amerika Syarikat semalam apabila memohon juri memberi peluang kedua kepada bekas suaminya yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh lima anak mereka pada 2014 AFP melaporka...
Kucing Itu Cakar Gigit Tangan Saya Alasan Tak Munasabah Lelaki Jerut Dan Gantung Kucing Dipenjara 15 Bulan

Kucing Itu Cakar Gigit Tangan Saya Alasan Tak Munasabah Lelaki Jerut Dan Gantung Kucing Dipenjara 15 Bulan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 616 hits
Seorang lelaki yang videonya tular kerana menjerut dan menggantung leher seekor kucing sehingga mati akhirnya menerima padah apabila dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatu...
Mahkamah Benarkan Farid Kamil Tangguh Hukuman Penjara 9 Bulan

Mahkamah Benarkan Farid Kamil Tangguh Hukuman Penjara 9 Bulan

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 402 hits
Selepas 35 hari dipenjara sejak 15 Mei lalu atas tuduhan dadah pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil kini dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara selama sembilan yang dijalaninya ketika ini Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahka...
Hukuman Penjara 12 Bulan Samseng Botak Berhari Raya Dalam Penjara

Hukuman Penjara 12 Bulan Samseng Botak Berhari Raya Dalam Penjara

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 456 hits
Samseng botak yang menghentak cermin hadapan sebuah kereta dengan topi keledar terpaksa menyambut hari raya di dalam penjara selepas dijatuhi hukuman penjara minimum 12 bulan BACA BACA Hukuman dijatuhi oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya ...
Wiranto Soal Reshuffle Masih Bulan Oktober Enggak Usah Ribut Dan Intervensi

Wiranto Soal Reshuffle Masih Bulan Oktober Enggak Usah Ribut Dan Intervensi

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 282 hits
Menurutnya Presiden Jokowi sudah mempunyai pertimbangan Siapa saja yang akan diganti atau dipertahankan di kabinetnya
Tip Macam Mana Nak Simpan Rm 12 Ribu Dalam Masa 3 Bulan

Tip Macam Mana Nak Simpan Rm 12 Ribu Dalam Masa 3 Bulan

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 400 hits
Kalau dah memang korang betul betul bersungguh dan berusaha pasti ada jalan untuk menyimpan sedikit walaupun tak banyak mana Seperti yang dilakukan oleh Syafiq Mustafa ini threadnya di twitter pernah menjadi viral kerana dia berjaya menyimp...
Setiap Bulan Transjakarta Akan Tambah 5 Rute Baru

Setiap Bulan Transjakarta Akan Tambah 5 Rute Baru

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 303 hits
Selain itu Daud juga mengatakan pengintegrasian Transjakarta dengan transportasi Moda Raya Terpadu dan Lintas Rel Terpadu sangat membantu mencapai target satu juta penumpang per hari
Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford

Free Entry For Nyonya Kebaya Clad Visitors A Masterstroke

Alcohol In School Halls Cabinet Decides To Keep Existing Rules Practice

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global

Report Malaysians Demonstrate Cautious Optimism Amid Economic Uncertainty

Embarrassing Fam Scandal Reflect Deep Rooted Accountability Crisis In Malaysia S Major Institutions

Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia

Laut Yang Kita Lukai Dengan Tangan Sendiri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Design Menarik Jualan Pun Meningkat Inilah Kuasa Visual Dalam Marketing

Tajuk Yang Sesuai Mungkin Ramalan Dbs Bank Kekuatan Dolar Singapura Di Pasaran Global

Mendefinisikan Semula Jam Tangan Boleh Pakai Lasak Kospet Lancar Jam Tangan Pintar Tank T4 Dan Tank M4

Penemuan Terbesar Petronas Dalam 20 Tahun

Lirik Lagu Semoga Ada Waktu Luang Feby Putri

Viral Video Shows What A Newspaper Delivery Boy Can Do With 17 Years Of Experience