Kuat Kuasa Peraturan Lpg Bantu Susun Kewangan Negara Kata Ahli Ekonomi


 Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata usaha KPDN memastikan kelancaran peralihan subsidi pukal kepada bersasar untuk kemampanan kewangan negara.
KPDN melancarkan Ops Gasak bermula 1 Mei hingga 31 Okt untuk mengekang ketirisan subsidi LPG khususnya oleh pengguna industri dan perniagaan berskala besar. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Usaha mengekang ketirisan subsidi silinder gas petroleum cecair (LPG) melalui Ops Gasak dapat membantu menyusun semula kewangan negara untuk manfaat lebih banyak kumpulan, kata ahli ekonomi
Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu menjadi sebahagian inisiatif memastikan kelancaran peralihan daripada subsidi pukal kepada bersasar.
Katanya, langkah itu meneruskan kesinambungan usaha Kementerian Kewangan memastikan kemampanan kewangan menerusi rasionalisasi subsidi antaranya diesel pada Jun tahun lalu selain RON95 dijangka pada separuh kedua tahun ini.
“Telah lama berlaku pemindahan gas dari tong seliter besar tidak bersubsidi kepada tong 14kg dan 12kg, penguatkuasaan harus diperketatkan kerana membazir kutipan cukai dan hasil (untuk tampung subsidi).
“Ini kaedah kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar,” kata ahli akademik dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada FMT.
Menurut Aimi, penguatkuasaan dan peralihan kepada subsidi bersasar bagi produk itu mampu menjimatkan dana berbilion ringgit yang boleh digunakan untuk menampung program bantuan serta pembangunan.
“Ia juga dapat mengurangkan defisit perbelanjaan kerajaan yang menyasarkan 3.8% pada tahun ini, usaha itu di landasan betul susulan pengurangan defisit RM4.5 bilion dari RM21.9 bilion dalam suku pertama,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan dipetik berkata kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM8 bilion menerusi pelaksanaan subsidi bersasar RON95 manakala sehingga RM7.5 bilion bagi diesel.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali pula dipetik berkata kerajaan berbelanja RM3.4 bilion untuk subsidi LPG tahun lalu.
KPDN melancarkan Ops Gasak bermula 1 Mei hingga 31 Okt untuk mengekang ketirisan subsidi LPG khususnya oleh pengguna industri dan perniagaan berskala besar.
Perniagaan termasuk restoran dan kafe mesti menggunakan silinder LPG 14kg gred komersial berharga RM70, bukan silinder bersubsidi untuk isi rumah berharga RM26.
Mereka yang menggunakan atau menyimpan lebih 42kg atau tiga silinder juga mesti mendapatkan permit barang kawalan berjadual.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pula berkata ‘semangat dasar subsidi’ masih diteruskan di sebalik penguatkuasaan itu dengan fokus kepada kumpulan sasaran.
Katanya, hasil negara juga dapat ditambah menerusi penjimatan dengan mematahkan kegiatan salah guna seperti ‘decanting’ atau pemindahan gas dari silinder bersubsidi ke silinder tidak bersubsidi.
“Ini serupa seperti aktiviti penyeludupan diesel dan petrol ke sempadan negara…ada pihak kaut keuntungan tetapi rakyat secara keseluruhan rugi,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/06/kuat-kuasa-peraturan-lpg-bantu-susun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Ahli Parlimen Pembangkang Ikrar Sokong Kerajaan Langkah Jaga Kestabilan Negara

10 Ahli Parlimen Pembangkang Ikrar Sokong Kerajaan Langkah Jaga Kestabilan Negara

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 444 hits
Di sebalik dakwaan yang tersebar di media sosial mengenai penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim satu sumber dalam kalangan pembangkang mengesahkan bahawa 10 Ahli Parlimen telah menandatangani ikrar menyokong k...
Penyokong Kuat Rafizi Tak Akan Keluar Pkr Kata Naib Presiden

Penyokong Kuat Rafizi Tak Akan Keluar Pkr Kata Naib Presiden

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 182 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Naib Presiden PKR Aminuddin Harun percaya penyokong kuat Rafizi Ramli tidak akan keluar parti selepas Ahli Parlimen Pandan itu kalah pemilihan jawatan timbalan presiden Jumaat lalu Menteri besar Negeri Sembilan ya...
Saya Rasa Saya Tak Kuat Hantaran Bekas Isteri Chazy Nash Jadi Tumpuan Ramai Titip Kata Semangat

Saya Rasa Saya Tak Kuat Hantaran Bekas Isteri Chazy Nash Jadi Tumpuan Ramai Titip Kata Semangat

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 244 hits
Hantaran terbaharu Fatin Morat bekas isteri kepada pempengaruh Chazynash di media sosial menarik perhatian ramai warganet Dalam satu perkongsian di laman Threads Fatin meluahkan secara ringkas apa yang sedang dirasainya kini var currentUrlT...
Ekonomi Malaysia Stabil Defisit Fiskal Menurun Pendapatan Negara Meningkat Pada Suku Pertama 2025

Ekonomi Malaysia Stabil Defisit Fiskal Menurun Pendapatan Negara Meningkat Pada Suku Pertama 2025

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 680 hits
Kuala Lumpur Pengurangan defisit fiskal dan peningkatan pendapatan negara adalah dua pencapaian utama kerajaan Malaysia pada suku pertama 2025 yang memberi impak langsung kepada ekonomi rakyat dan negara Pengarah Program Kursus di Putra Bus...
50 Contoh Kata Kata Bijak Motivasi Diri Kehidupan Islamik Dll

50 Contoh Kata Kata Bijak Motivasi Diri Kehidupan Islamik Dll

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 447 hits
50 Contoh Kata Kata Bijak Motivasi Diri Kehidupan Islamik Dll Untuk anda yang sedang mencari kata kata bijak pandai motivasi penenang diri dan seumpamanya artikel ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan harian Setiap orang pasti pernah me...
Kata Adjektif Jenis Contoh Ayat Contoh Latihan Nota Ringkas

Kata Adjektif Jenis Contoh Ayat Contoh Latihan Nota Ringkas

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 367 hits
Kata adjektif ialah satu daripada golongan kata dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama Penggunaannya amat penting dalam pembinaan ayat kerana ia membantu memperjelaskan maksud me...
Pengarah Kata Lee Jehoon Buka Cerita Dedah Pernah Kena Reject Untuk Bawa Watak Utama

Pengarah Kata Lee Jehoon Buka Cerita Dedah Pernah Kena Reject Untuk Bawa Watak Utama

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 296 hits
Bukan senang tau untuk Lee Je hoon berada pada tahapnya sekarang sebagai pelakon Artikel Berkaitan Susulan tayangan filem Big Deal Lee Je hoon telah terlibat dalam satu temu bual khas di mana dia ada membuka kisah tentang kerjaya lakonannya...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion