Kata Adjektif Jenis Contoh Ayat Contoh Latihan Nota Ringkas


Kata adjektif ialah satu daripada golongan kata dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama.
Penggunaannya amat penting dalam pembinaan ayat kerana ia membantu memperjelaskan maksud, mewarnai penceritaan dan menggambarkan ciri-ciri sesuatu dengan lebih terperinci.
Tanpanya, sesuatu ayat itu akan menjadi kurang informatif dan tergantung.
Apa Itu Kata Adjektif? Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, manusia, tempat atau perkara.
Kata ini biasanya hadir selepas kata nama dalam struktur ayat. Contohnya:
Baju itu cantik. Lelaki itu tinggi. Dalam kedua-dua ayat di atas, perkataan “cantik” dan “tinggi” menerangkan sifat baju dan lelaki.
Memahami dan menguasai penggunaan kata adjektif adalah langkah penting untuk membina ayat yang lebih bermakna dan deskriptif dalam bahasa Melayu.
Dengan mempelbagaikan pilihan kata adjektif, penulisan dan pertuturan kita akan menjadi lebih hidup dan menarik.
Penguasaan kata sifat ini sangat penting dalam pembinaan ayat yang menarik dan lengkap. Pelajar yang mahir menggunakannya dapat:
Menjawab soalan tatabahasa dengan lebih tepat dalam peperiksaan. Menulis karangan yang lebih hidup dan deskriptif. Meningkatkan pemahaman terhadap teks sastera dan naratif. Baaca lagi: Kata Majmuk: Jenis, Contoh Ayat, Contoh Latihan, Nota Ringkas
Jenis dan Contoh
Kredit: Pandai.org Kata adjektif dalam bahasa Melayu boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, bergantung pada sifat atau keadaan yang diterangkannya:
Sifat/Keadaan: Menerangkan sifat atau keadaan fizikal, mental, atau emosi. Contoh: Cantik, kacak, rajin, malas, gembira, sedih, sihat, sakit. Warna: Menerangkan warna. Contoh: Merah, biru, hijau, kuning, putih, hitam, ungu. Ukuran: Menerangkan saiz, panjang, tinggi, atau lebar. Contoh: Besar, kecil, panjang, pendek, tinggi, rendah, gemuk, kurus. Bentuk: Menerangkan bentuk. Contoh: Bulat, bujur, petak, lurus, bengkok, bengkang-bengkok. Waktu: Menerangkan masa atau tempoh. Contoh: Awal, lewat, lama, baru, kuno, segera. Jarak: Menerangkan jarak atau kedudukan. Contoh: Dekat, jauh, rapat, hampir. Cara: Menerangkan gaya atau kelakuan. Contoh: Cepat, lambat, pantas, perlahan, kasar, halus. Pancaindera: Menerangkan sifat yang dapat dikesan oleh pancaindera (rasa, bau, dengar, sentuh, lihat). Contoh: Manis (rasa), busuk (bau), nyaring (dengar), lembut (sentuh), terang (lihat). Contoh Ayat Menggunakan Kata Adjektif Memahami jenis-jenis kata adjektif adalah satu hal, tetapi menggunakannya dalam ayat adalah kunci untuk menguasai bahasa.
Berikut adalah beberapa contoh:
Mereka tinggal dekat dengan sekolah. (Jarak) Rumah itu sangat besar dan cantik. (Ukuran, Sifat/Keadaan) Dia memakai baju kurung biru pada hari raya. (Warna) Budak rajin itu selalu mendapat markah tinggi dalam peperiksaan. (Sifat/Keadaan, Ukuran) Jalan raya itu bengkang-bengkok kerana melalui kawasan bukit-bukau. (Bentuk) Jangan bertindak tergesa-gesa sebelum memikirkan akibatnya. (Cara) Bau bunga melur ini sungguh harum. (Pancaindera) Kisah itu sudah lama berlalu, tetapi masih segar dalam ingatan saya. (Waktu) Contoh Latihan Arahan: Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Kereta baharu itu sangat __________ dan selesa. Bilik tidur adik saya dicat warna __________. Roti itu __________ dan masih panas. Dia terasa __________ apabila dituduh mencuri. Beg itu terlalu __________ untuk dibawa ke sekolah. Rumah nenek saya sangat __________ kerana dibina daripada kayu lama. Baju raya Alia berwarna __________ dan sangat menarik. Udara di kampung sangat __________ berbanding di bandar. Kanak-kanak itu kelihatan __________ setelah bermain sepanjang hari. Gula-gula itu terlalu __________ untuk bayi kecil. Buku cerita itu mempunyai ilustrasi yang sangat __________. Ayah membeli televisyen yang lebih __________ dan moden. Hati saya __________ apabila mendapat keputusan peperiksaan. Air laut di pulau itu __________ dan jernih. Dia bercakap dengan nada yang __________ kerana terlalu gembira. Pokok itu sangat __________ kerana mendapat baja yang cukup. Rasa masakan ibu sangat __________ dan menyelerakan. Wajahnya kelihatan __________ selepas mendengar berita sedih itu. Hujan turun dengan __________ sejak pagi tadi. Mereka menunggu dengan __________ kerana tidak sabar menonton konsert. Jawapan contoh:
besar merah jambu lembut sedih berat usang hijau segar letih manis cantik besar gembira biru ceria subur sedap muram lebat sabar Nota Ringkas
Kredit: Cikgu Ikmal Afi
Kedudukan: Kata adjektif lazimnya diletakkan selepas kata nama yang diterangkannya, atau selepas kata penguat. Contoh: Bunga cantik, sungguh tinggi. Kata Penguat: Kata adjektif boleh diikuti oleh kata penguat untuk menunjukkan darjah perbandingan atau penekanan. Contoh: Sangat cantik, paling tinggi, agak besar. Imbuhan: Sesetengah kata adjektif boleh menerima imbuhan awalan ‘ter-‘, ‘ke-‘, atau akhiran ‘-an’. Contoh: Tercantik, kedua, kebiruan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kata-adjektif/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kata-adjektif

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
50 Contoh Kata Kata Cinta Untuk Ucapan Kapsyen Media Sosial

50 Contoh Kata Kata Cinta Untuk Ucapan Kapsyen Media Sosial

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 83 hits
50 Contoh Kata kata Cinta untuk Ucapan Kapsyen Media Sosial Sekiranya anda sedang mencari kata kata cinta untuk diberikan kepada insan tersayang atau sekadar ingin merangka kapsyen media sosial dengan bait bait indah anda berada di artikel ...
Bahasa Melayu Tahun 2 Buku Teks Digital Nota Latihan

Bahasa Melayu Tahun 2 Buku Teks Digital Nota Latihan

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 96 hits
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak anak di Tahun 2 subjek Bahasa Melayu merupakan salah satu subjek wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar di Malaysia Oleh itu berikut kami kongsikan kepada anda buku teks digital bagi subjek ini beserta...
50 Contoh Kata Kata Bijak Motivasi Diri Kehidupan Islamik Dll

50 Contoh Kata Kata Bijak Motivasi Diri Kehidupan Islamik Dll

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 102 hits
50 Contoh Kata Kata Bijak Motivasi Diri Kehidupan Islamik Dll Untuk anda yang sedang mencari kata kata bijak pandai motivasi penenang diri dan seumpamanya artikel ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan harian Setiap orang pasti pernah me...
Rambut Low Fade Jenis Jenis Dan Contoh Gambar

Rambut Low Fade Jenis Jenis Dan Contoh Gambar

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 92 hits
Low Fade merupakan satu gaya rambut yang menjadi pilihan popular bagi kaum lelaki yang ingin tampil menarik dan kemas Gaya potongan ini menonjolkan peralihan halus di sisi dan belakang kepala bermula dari bahagian bawah berhampiran pangkal ...
Tasawwur Islam Tingkatan 4 Pengenalan Nota Latihan

Tasawwur Islam Tingkatan 4 Pengenalan Nota Latihan

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 121 hits
Subjek Tasawwur Islam merupakan satu subjek elekftif yang ditawarkan pada pelajar tingkatan 4 dan lima sahaja Subjek ini boleh disertai oleh semua pelajar yang berminat tidak kira agama dan bangsa pelajar tersebut Bagi anda yang berminat un...
Kamera Awas Di Malaysia Lokasi Jenis Saman Cara Elak Kena

Kamera Awas Di Malaysia Lokasi Jenis Saman Cara Elak Kena

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 89 hits
Kalau kau pernah nampak kamera kat tepi jalan atau atas jejambat dengan lampu merah menyala haa itu la kamera AWAS Ramai yang dah kena saman sebab tak perasan Tapi apa sebenarnya sistem AWAS ni Apa Itu Kamera AWAS AWAS ialah sistem penguatk...
Pas Mytourist Jenis Pas Diskaun Yang Ditawarkan

Pas Mytourist Jenis Pas Diskaun Yang Ditawarkan

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 80 hits
Sempena musim cuti sekolah ini ibu bapa yang ingin membawa anak anak berjalan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh dapatkan Pas MyTourist yang disediakan oleh Rapid KL bagi memudahkan anda untuk menggunakan kenderaan awam seperti bas LR...
Pelbagai Jenis Jagung

Pelbagai Jenis Jagung

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 100 hits
Pelbagai jenis jagung ada zaman sekarang ni dipasaran Dulu kalau sebut jagung kita terbayang jagung berwarna kuning saja kan Jagung warna kuning pun ada pelbagai jenis dan rasa ini pula yang warna purple putih kuning campur putih purple cam...
Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Buah Yang Bagus Diambil Di Waktu Pagi

Kisah Raya Aidiladha 2025

Sate Level Kayangan 9 Resipi Rare Yang Buat Tetamu Tak Nak Balik

Mangsa Terselamat Dakwa Pemandu Bas Ada Berhenti Untuk Periksa Brek Tapi Teruskan Perjalanan Dengan Laju