Kuasa Raja Raja Melayu Mahathir Geopolitik



1. Pertama kali dalam sejarah, kerajaan gagal untuk meminda Perlembagaan Persekutuan membabitkan Perkara 1(2). Hari yang sama juga Menteri Besar Johor Dato’ Osman Sapian menjadi Menteri Besar yang paling singkat dalam sejarah negara. Perdana Menteri Tun Mahathir dan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pula saling membalas kenyataan dengan keras secara terbuka.
2. Episod ini adalah lanjutan daripada perang kenyataan terbuka antara Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim susulan pembatalan keputusan kerajaan menandatangani Statut Rom.
3. Kesemua peristiwa ini berlaku serentak dalam keadaan kerajaan sedang bersedia untuk meminda Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, berunding pengurangan kos projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan China, dan juga merundingkan harga air dan ruang udara Johor dengan Singapura. Maka apakah impak kesemua peristiwa politik domestik ini ke atas kepentingan nasional kita setakat ini?
4. Sarjana Dr. Dan Slater dalam karya beliau ‘Ordering Power: Contentious Politics and Authoritarian Leviathans in Southeast Asia’ terbitan Cambridge University Press pada 2010 memberi amaran akan risiko perpecahan elit yang dikenali sebagai ‘protection pacts’ (perikatan pelindung) yang berpotensi membawa kepada kejatuhan kerajaan yang kuat di Asia Tenggara.
5. Perikatan Pelindung (Protection Pacts) ini merujuk kepada empat set elit: elit negara (atau elit pegawai kerajaan; state officials), elit ekonomi, golongan kelas menengah, dan juga elit masyarakat (communal elites). Situasi semasa menunjukkan seolah-olah perpecahan sesama elit semakin kencang berlaku dalam politik domestik kita.
6. Ketika mengisytiharkan keputusan kerajaan menarik balik ratifikasi Statut Rom, Tun Mahathir menyebut: “Ada juga yang beranggapan kalau kita tak tandatangan Statut Rom, maka mereka boleh buat apa-apa, curi duit dan sebagainya…Tapi ketahuilah kerajaan ini akan mengambil tindakan terhadap mereka…tandatangan atau tidak tandatangan Statut tersebut. Kami tak kira kamu siapa. Jika kamu jual tanah negara kepada orang lain hanya kerana wang. Kami akan ambil tindakan”.
7. Secara tidak langsung, kenyataan Tun Mahathir ini ditafsirkan sebagai merujuk kepada Istana Johor – bahkan disahkan pula oleh Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya. Apa kaitannya Statut Rom dengan kenyataan ‘jual tanah negara kepada orang lain hanya kerana wang’ yang disebut Perdana Menteri ketujuh negara ini?
8. Kontroversi hubungan Tun Mahathir dengan Istana Johor sejak kembali menjadi Perdana Menteri timbul tahun lalu apabila beliau mengisytiharkan bahawa warga asing tidak akan dibenarkan untuk membeli dan tinggal di kediaman Forest City, Johor, iaitu projek yang bernilai kira-kira RM400 bilion yang turut melibatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail.
9. Pemilikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dalam projek Forest City dilaporkan wartawan MalaysiaKini, Nigel Aw dalam laporan bertarikh 14 Julai 2014 yang bertajuk ‘The Case of Forest City and the Johor Sultan’ (https://www.malaysiakini.com/news/268649) manakala dalam edisi Bahasa Melayu bertajuk ‘Alkisah Forest City dan Sultan Johor’ (https://www.malaysiakini.com/news/268658).

10. Forest City diusahakan oleh kerjasama China-Johor melalui Country Garden Pacific View (CGPV). Sebanyak 66 peratus pegangan CGPV dikuasai oleh tiga syarikat gergasi China iaitu Country Garden Waterfront Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd, dan Country Garden Real Estate Sdn Bhd. Baki 34 peratus pegangan CGPV dimiliki Kerajaan negeri Johor iaitu Esplanade Danga 88 Sdn Bhd.
11. Baginda Sultan Ibrahim merupakan pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, dengan kawalan pegangan 64.4 peratus syarikat berkenaan. Kerajaan negeri Johor melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) pula hanya menguasai sekitar 20 peratus saham dalam syarikat tersebut.
12. Projek raksasa yang dibangunkan Country Garden Holdings Co. tersebut menyediakan kira-kira 700,000 unit kediaman di mana antara pembeli majoritinya (70%) adalah dari China menerusi skim ‘Malaysia My Second Home’ MM2H.
13. Malah, Tun Mahathir turut menegaskan bahawa tiada sebarang visa akan diberikan kepada warga asing untuk datang dan tinggal di sini.
14. ‘Pertembungan’ antara Tun Mahathir dengan Sultan Ibrahim pada hakikatnya telah berlangsung secara terbuka sejak awal tahun 2017 lagi apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan. Rujuk Sinar Harian ‘Sultan Ibrahim bidas Tun M’ dan ‘Tun M jawab Sultan Johor isu Forest City’.
15. DYMM Sultan Ibrahim mempertahankan projek Forest City sebagai peluang untuk membangunkan hartanah Johor di samping mengatakan bahawa projek berskala 2000 hektar terbabit adalah lot antarabangsa yang terbuka untuk dibeli oleh sesiapa sahaja warga asing – bukannya dari China sahaja – malah tiada beza dengan projek perumahan mewah di Selangor dan Pulau Pinang yang turut dijual kepada warga asing.
16. Tun Mahathir pula mengkritik projek Forest City sebagai menggadai kedaulatan negara dengan anggaran 700,000 warga asing yang membeli kediaman di sana akan memperoleh kewarganegaraan, sedangkan warga tempatan tidak berkemampuan sama sekali untuk memiliki kediaman tersebut.
17. Selain daripada kebimbangan demografi dengan kemungkinan kemasukan 700,000 warga asing (khususnya China di bawah skim Malaysia My Second Home MM2H), terdapat juga kebimbangan akan impak projek Forest City ke atas alam sekitar dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas.
18. Dari sudut pandang geopolitik, langkah pelaburan infrastruktur dan hartanah besar-besaran di luar negara oleh China ini adalah sebagai pelengkap kepada strategi agung (grand strategy) mereka iaitu Inisiatif OBOR (kini dikenali sebagai BRI): “Kebanyakan projek pelabuhan akan digabungkan dengan penciptaan bandar-bandar satelit gergasi di Johor dan Melaka, seperti Iskandar Malaysia di Johor dan Melaka Gateway yang turut disertakan dengan pelabuhan yang baru dibina. Di Melaka, akan ada empat buah pulau buatan daripada tanah yang ditambak, yang dibahagikan kepada (1) pulau pelancongan, hiburan, dan pembangunan hartanah, (2) pulau zon ekonomi perdagangan bebas, (3) Pulau pelabuhan Melaka Gateway, dan (4) taman perindustrian maritim” (Hans-Dieter Evers 2017).
19. Meskipun begitu, keputusan kerajaan menarik balik penyertaan sebagai negara ahli Statut Rome turut menghapuskan sebahagian kebimbangan berkenaan ancaman terhadap kedudukan YDPA sebagai Ketua Negara dan juga Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang dihujahkan sebagai boleh digugat oleh Perkara 27 dan Perkara 28 Statut Rom.
20. Kedua-dua Perkara Statut Rom itu memperuntukkan bahawa “ketua negara dan komander tentera adalah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) jika mana-mana jenayah tersebut dilakukan oleh mana-mana orang bawahan atau pihak berkuasa negara tersebut”.
21. Statut Rom turut berpotensi menghadirkan implikasi buruk ke atas keupayaan total kita untuk mencegah sebarang anasir puak pemisah mahu pun pemberontakan. Dalam situasi hipotetikal, sekiranya gerakan pemisah seperti Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) menjadi semakin agresif hingga ke tahap melancarkan aktiviti bersenjata, maka Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Angkatan Tentera Malaysia akan berhadapan dilema untuk bertindak balas semaksimum yang mungkin kerana juak-juak ini akan memperalatkan Statut Rom untuk mengheret Baginda ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
22. Dalam masa yang sama, kerajaan Pakatan turut memulakan usaha untuk meminda Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Pindaan 2019) seperti berikut:
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Perdana Menteri” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Yang di-Pertuan Agong”; dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “Perdana Menteri” dengan perkataan “Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis,”; dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan “di Parlimen” dengan perkataan “di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen”; dan dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan “Perdana Menteri boleh” dengan perkataan “Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis”. 23. Maka pada satu sisi, keputusan kerajaan untuk menarik balik penyertaan sebagai negara ahli Statut Rom memberi ruang kepada YDPA sebagai Ketua Angkatan Tentera untuk melancarkan tindakan ofensif besar-besaran jika ada anasir yang cuba menggugat kesepaduan negara.
24. Pada sisi yang lain pula, pindaan Akta MKN 2016 yang diusulkan turut memperkasakan kuasa YDPA mengatasi Perdana Menteri (meski pun langkah ini bertentangan dengan manifesto Pakatan sendiri yang ingin menghapuskan Akta MKN menjelang PRU14 yang lalu).
25. Berbeza dengan usul pindaan Akta MKN 2016, kerajaan Pakatan sebaliknya seolah-olah tergesa-gesa untuk meminda Perlembagaan Persekutuan membabitkan Perkara 1(2) iaitu peruntukan perlembagaan yang berkaitan senarai negeri-negeri yang ada di dalam negara.
26. Bukan sahaja usul pindaan Perlembagaan ini diakui kerajaan Pakatan sendiri sebagai tidak mengubah fungsi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri di bawah konsep federalisme, malah Ketua Menteri Sabah dan Sarawak sendiri tidak memberikan sebarang kelulusan berhubung pindaan ini, sebagaimana menurut Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg.
27. Secara teknikalnya, kandungan Perkara 1(2) yang sedia ada adalah seperti berikut:
(2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
28. Usul pindaan kerajaan Pakatan semalam adalah seperti berikut:
(2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada—
(a) Negeri-Negeri Tanah Melayu, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan,Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Selangor dan Terengganu;
(b) Negeri-Negeri Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak;
29. Hakikatnya Perjanjian Malaysia 1963 tidak pernah menganggap Sabah dan Sarawak sebagai setaraf dengan ‘Persekutuan Tanah Melayu’, sebaliknya diletakkan dalam kategori yang sedarjat dengan negeri-negeri lain seperti mana yang terkandung dalam Perkara 1 Perjanjian Malaysia 1963: ‘tanah-tanah jajahan Borneo Utara dan Sarawak serta negeri Singapura hendaklah dimasukkan dalam persekutuan bersama-sama dengan negeri-negeri sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu’.
30. Seperti mana menurut Dr. Muhammad Fathi Yusof, Pensyarah Kanan (Undang-undang dan Perlembagaan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM):
Dalam Akta Malaysia 1963 yang dipersetujui di bawah Perjanjian Malaysia 1963, entiti Sabah, Sarawak dan Singapura disebut sebagai ‘negeri’ atau ‘states’, sama taraf dengan negeri-negeri lain. Istilah berkenaan terus digunakan walaupun selepas Perkara 1(2) dipinda pada tahun 1966 dan 1976. Tidak pernah wujud konsep yang meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai entiti yang sama taraf dengan Persekutuan Tanah Melayu atau seluruh Negeri-negeri di Semenanjung.
31. Meskipun cubaan kerajaan untuk meminda Perlembagaan membabitkan senarai negeri-negeri yang ada di dalam negara (fokus Sabah dan Sarawak) gagal mendapat sokongan 2/3 Dewan Rakyat dan kemelut dengan Istana Johor seolah-olah semakin hangat, namun prestasi rundingan bilateral kerajaan setakat ini menunjukkan perkembangan positif buat kepentingan nasional kita.
32. Singapura telah bersetuju untuk mencari penyelesaian secara damai berhubung perjanjian air termasuk kemungkinan menyelesaikan pertikaian menerusi timbang tara atas dasar persetujuan bersama.
33. Singapura turut menghentikan Instrument Landing System (ILS) yang menjadi pertelagahan susulan pembukaan lapangan terbang Seletar. Malah, Tun Mahathir turut menyatakan bahawa Malaysia akan mula mengambil alih ruang udara selatan Johor dari Singapura secara berperingkat-peringkat mulai akhir 2019 hingga 2023.
34. Rundingan semula projek ECRL pula dilaporkan akan menurunkan kos projek menjadi antara RM34.4 bilion dan RM41.3 bilion kerana ia dibina dengan satu-landasan (single-track) dan bukannya dua-landasan (double tracking).
35. Menurut sumber The Star, pakej rundingan ECRL yang sedang dirundingkan ini turut melibatkan komitmen China untuk membeli lebih banyak minyak sawit kita di samping pelaburan terus dari China ke Malaysia.
36. Ringkasnya, di sebalik pelbagai kemelut politik domestik, kepentingan nasional kita masih terpelihara. Soalnya, sampai bilakah keseimbangan yang tidak stabil (unstable equilibrium) ini mampu bertahan?
37. Bagaimana risiko perpecahan elit yang dikenali sebagai ‘protection pacts’ (perikatan pelindung) seperti mana yang diingatkan oleh Dr. Dan Slater boleh dicegah daripada memberi impak buruk ke atas kepentingan nasional kita untuk jangka masa panjang seperti mana yang turut diberi amaran oleh Fareed Zakaria dari sudut geopolitik dalam From Wealth to Power?
Kepada Allah jualah kita berserah.
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
The post Kuasa Raja-Raja Melayu, Mahathir & Geopolitik appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/kuasa-raja-raja-melayu-mahathir-geopolitik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Repeats What He Said In 1985 About The Raja Raja Melayu

Mahathir Repeats What He Said In 1985 About The Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 297 hits
Granting Rulers absolute power may lead to them advancing their personal interests instead of their states Tun Dr Mahathir Mohamad said today News portal Malaysiakini reported that the prime minister highlighted the times the Malay Rulers c...
Punca Kenapa Raja Raja Melayu Tiada Kuasa Mutlak

Punca Kenapa Raja Raja Melayu Tiada Kuasa Mutlak

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 449 hits
Disebalik pertelingkahan dengan istana mengenai isu pelantikan menteri besar Johor Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sekali lagi memberi amaran mengenai bahaya sekiranya raja diberikan kuasa mutlak Dalam ucapannya pada satu majlis di Yay...
Raja Tiada Kuasa Mutlak Ini Jawapan Dr Mahathir

Raja Tiada Kuasa Mutlak Ini Jawapan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 426 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahaya sekiranya raja diberikan kuasa mutlak Foto Kosmo Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa raja mungkin menggunakan kuasa untuk kepentingan diri dan bukannya negara...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa Dedah Fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad Tentang Raja Raja Melayu

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa Dedah Fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad Tentang Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 276 hits
Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa dedah fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Raja Raja Melayu
Bahaya Sekiranya Raja Diberikan Kuasa Mutlak Pm

Bahaya Sekiranya Raja Diberikan Kuasa Mutlak Pm

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 387 hits
Bahaya sekiranya raja diberikan kuasa mutlak PMUcapan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada satu majlis di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini mengenai bahaya sekiranya raja diberikan kuasa mutlak bahawa raja mungkin menggunakan kuasa un...
Khalid Samad Melampau Kait Melayu Dengan Rampasan Kuasa

Khalid Samad Melampau Kait Melayu Dengan Rampasan Kuasa

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 313 hits
Oleh Ainaa Syaza KhusliWartawan Pelatih Universiti Sains Malaysia Kenyataan Menteri Wilayah skeptikal cetus prejudis pemberontakan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari mengulas dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad...
Ada Usaha Libatkan Raja Raja Tentang Kerajaan Mahathir

Ada Usaha Libatkan Raja Raja Tentang Kerajaan Mahathir

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 363 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat Sambil menegaskan bahawa...
Anwar Soal Peralihan Kuasa Perdana Menteri Tun Mahathir Selasai

Anwar Soal Peralihan Kuasa Perdana Menteri Tun Mahathir Selasai

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 372 hits
Anwar yakin akan menjadi Perdana Menteri ke 8 dengan restu Tun Dr Mahathir Foto Bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu isu peralihan kuasa antara beliau dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah selesai di antara empat parti g...
Kuasa Di Tangan Orang Melayu Kenapa Orang Melayu Dalam Bahaya Samad Said

Kuasa Di Tangan Orang Melayu Kenapa Orang Melayu Dalam Bahaya Samad Said

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 272 hits
Di bawah adalah sebahagian petikan wawancara Roketkini bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said Di tengah tengah masyarakat Melayu itu terbelah muncul mereka yang berkata kalau DAP naik DAP akan bergabung dengan Singapura nak jadi repub...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte