Kuasa Agong Antara Prerogatif Dan Nasihat



KUALA LUMPUR: Mutakhir ini, Perkara 40 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menjadi topik perdebatan hangat selepas Yang di-Pertuan, Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan darurat di negara ini.

Pelbagai justifikasi dan ulasan dibuat oleh pihak yang berkenaan berhubung keputusan "tiada keperluan mengisytiharkan darurat" itu termasuk menyifatkan titah Seri Paduka tersebut sebagai bercanggah dengan Perkara 40

Keputusan Al-Sultan Abdullah yang disambut baik pelbagai pihak demi melindungi kepentingan negara dan rakyat, turut membawa kepada tindakan perundangan oleh seorang peguam yang memfailkan saman pemula pada 30 Oktober, memohon pentafsiran peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung budi bicara Yang di-Pertuan Agong menolak pengisytiharan darurat seperti yang dinasihati Perdana Menteri bagi menangani pandemik COVID-19 di negara ini

Perkara 40 (1) secara jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagai mana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan

Persoalannya, dalam hal proklamasi darurat menurut Perkara 150, perlukah Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Perdana Menteri

Menurut pakar Perlembagaan Persekutuan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain, bertentangan dengan fahaman umum bahawa kuasa raja dibatasi oleh Perlembagaan seperti yang dicerminkan oleh istilah "Raja Berperlembagaan", seseorang perlu merujuk setiap peruntukan berkaitan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memahami kuasa Yang di-Pertuan Agong

Berhubung Perkara 150, beliau menjelaskan, bagi Seri Paduka mengeluarkan proklamasi darurat, baginda perlu "berpuas hati", sama ada sedang berlaku darurat besar atau hampir berlaku darurat besar yang boleh mengakibatkan ancaman keselamatan, ekonomi atau ketenteraman awam

Jelasnya, "puas hati Yang di-Pertuan Agong" itu ialah pengecualian yang dibenarkan menurut Perkara 40(1) kerana Jemaah Menteri atau seseorang menteri tidak boleh menentukan kepuasan hati Seri Paduka terhadap kewujudan mana-mana satu keadaan berkenaan melainkan Seri Paduka sendiri

Bagaimanapun, kata beliau, Yang di-Pertuan Agong masih boleh menimbang aspek kewajaran sebelum membuat proklamasi darurat sekalipun baginda "berpuas hati" wujud satu daripada dua keadaan tersebut

"Dalam hal berkaitan proklamasi darurat, nasihat di bawah Perkara 40(1) tidak terpakai, maka Jemaah Menteri atau perdana menteri hanya boleh membuat permintaan kepada Yang di-Pertuan Agong," jelasnya

"Pemeliharaan prerogatif dalam Perkara 150 penting kerana darurat mengabsahkan suatu keadaan serta perjalanan sistem perundangan di luar amalan biasa. Justeru, kuasa itu perlu dikekalkan dalam prerogatif Seri Paduka," katanya yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Undang-Undang Perlembagaan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia

Selain itu, beliau berkata, Perkara 150(8) memastikan keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah, bertujuan melindungi prerogatif Seri Paduka agar baginda dapat melaksanakan tanggungjawab secara adil

Wan Ahmad Fauzi juga berpendapat, Al-Sultan Abdullah telah memperhalusi cadangan Perdana Menteri itu sebaik-baiknya dengan memanfaatkan semua saluran yang ada termasuk mengadakan mesyuarat khas Raja-raja Melayu

Sementara itu, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, isu tafsiran kuasa dan prerogatif Yang di-Pertuan Agong pernah dibincangkan oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini

"Jika kes ini (proklamasi darurat) dibawa ke mahkamah, maka sekali lagi isu ini akan dapat dibincangkan lagi dan pengakhiran kepada isu ini dapat ditemui. Satu lagi isu yang perlu dilihat ialah sama ada peguam yang membawa kes tersebut mempunyai locus standi atau tidak. Jika mahkamah memutuskan dia tiada standing maka mahkamah akan menolak permohonan beliau," katanya

Dalam situasi semasa negara, Nik Ahmad Kamal berpandangan bahawa Seri Paduka telah melaksanakan tugas berlandaskan Perlembagaan Persekutuan atas dasar kepentingan negara dan rakyat
"Dari aspek tafsirannya, sama ada selaras dengan maksud perlembagaan atau tidak, itu terletak di tangan mahkamah. Ia perlu dilihat dari aspek lain peranan Seri Paduka, iaitu sama ada keputusan Seri Paduka itu untuk kepentingan dan maslahah keseluruhan atau tidak," tegasnya

Felow Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof pula berpandangan hal 'nasihat' dan prerogatif merupakan sebahagian daripada dinamika tafsiran Perlembagaan

"Perlembagaan boleh berubah melalui pindaan di Parlimen. Selain itu Perlembagaan juga melalui perubahan dalam proses tafsiran. Kajian baharu, realiti politik, perubahan cara berfikir rakyat dan situasi semasa mempengaruhi bagaimana perlembagaan berfungsi," kata pensyarah kanan di Pusat Perdana Pengajian Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak UTM itu.

#Sumber :  - BERNAMA

     


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/kuasa-agong-antara-prerogatif-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujur Kuasa Darurat Masih Di Tangan Agong

Mujur Kuasa Darurat Masih Di Tangan Agong

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 274 hits
FB Kuasa untuk isytihar darurat terletak pada YDPA dan ini yang cuba di pinda oleh Najib dengan kenalkan Akta MKN yang mana Perdana Menteri boleh isytihar darurat tanpa kebenaran YDPA PH telah betulkan balik kerosakan yang BN buat dengan ta...
Isytihar Proklamasi Darurat Kuasa Khas Agong

Isytihar Proklamasi Darurat Kuasa Khas Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 223 hits
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN Al Sultan AbdullahSHAH ALAM Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa khas kepada Yang di Pertuan Agong untuk mengisytiharkan proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati bahawa suatu darurat besar seda...
Agong Perlu Halang Salah Guna Kuasa Kata Raja

Agong Perlu Halang Salah Guna Kuasa Kata Raja

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 240 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Selepas perbincangan khas dengan Yang di Pertuan Agong pada Ahad 8 raja Melayu menekankan keperluan semak dan imbang serta peranan Agong dalam menjamin keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa Da...
Ronnie Liu Antara Disiasat Kes Menghasut Hina Agong

Ronnie Liu Antara Disiasat Kes Menghasut Hina Agong

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 412 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myRONNIE Liu Tian Khiew FOTO arkib NSTPKuala Lumpur Polis melakukan siasatan terhadap empat pemilik akaun Twitter dan Facebook kerana mengeluarkan kenyataan berkaitan Yang di Pertuan Agong yang me...
Belanjawan 2021 Agong Nasihat Ahli Dewan Rakyat Beri Sokongan Padu

Belanjawan 2021 Agong Nasihat Ahli Dewan Rakyat Beri Sokongan Padu

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 256 hits
KUALA LUMPUR 28 Okt Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menasihati ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang ...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 400 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Agong Nasihat Rakyat Tenang Sabar Jangan Spekulasi

Agong Nasihat Rakyat Tenang Sabar Jangan Spekulasi

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 281 hits
Pada petang Jumaat Al Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Abdul Aziz Kuantan susulan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya pada paginya Gambar fail KUALA LUMPUR Rakyat diminta tenang tidak panik dan el...
Belanjawan 2021 Keadilan Hayati Titah Nasihat Agong

Belanjawan 2021 Keadilan Hayati Titah Nasihat Agong

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 269 hits
KEADILAN menjunjung kasih dan menghayati titah nasihat Yang di Pertuan Agong yang mahu kebajikan rakyat diutamakan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Parlimen bulan depan Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail berkata...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


The Helical Pearl House By A3 Projects In Ipoh Malaysia

Cops Tracking Down Duo Involved In Pasir Mas Shooting

Issue Warning Not Rm250 000 Fine For First Time No Palm Oil Label Offences Urges Mydin Boss

There Are Many Types Of Indians

Pengalaman Kerja Sambil Belajar

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit