Ronnie Liu Antara Disiasat Kes Menghasut Hina Agong


MyMetro
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]
RONNIE Liu Tian Khiew. FOTO arkib NSTP
Kuala Lumpur: Polis melakukan siasatan terhadap empat pemilik akaun Twitter dan Facebook (FB) kerana mengeluarkan kenyataan berkaitan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, antara individu yang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman itu ialah pemilik akaun FB Ronnie Liu Tian Khiew.


Katanya, sehingga semalam, seorang lelaki berusia 52 tahun sudah ditahan di Cheras dan peralatan digunakan untuk memuat naik kenyataan jelek dirampas.

"Pada 21 Oktober lalu, satu siasatan sudah dimulakan ke atas kenyataan yang dimuat naik pemilik akaun FB itu tertulis "Now in Bangkok, they are saying no to the king (Kini di Bangkok mereka katakan tidak kepada Raja)."

"Siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan merakam keterangan saksi yang kompeten serta mendapatkan keterangan dokumen," katanya dalam kenyataan, hari ini.

KENYATAAN dimuat naik empat akaun FB/ Twitter yang kini dalam siasatan polis. FOTO Ihsan Polis.Huzir berkata, pihaknya juga menyiasat pemilik akuan Twitter Uncle Ireeve kerana memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap YDPA, selain Liew Lip Nan yang mempertikaikan video dimuat naik Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.

"Siasatan juga dibuat ke atas pemilik akaun FB Ho Ruey Terng yang memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap YDPA.

"Kita minta pemilik akaun-akaun ini tampil menyerah diri dan jika ingkar, tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat," katanya yang memberitahu semua kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dan sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara iaitu 'Kesetiaan kepada raja dan negara' bagi mengelak perlakuan yang mempunyai kecenderungan menghasut sekali gus merosakkan keharmonian negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 9:43 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/ronnie-liu-antara-disiasat-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ronnie Liu Sengaja Muat Naik Status Hina Raja

Ronnie Liu Sengaja Muat Naik Status Hina Raja

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 324 hits
BANGI 5 Rabiulawal 1442H Khamis Tindakan pemimpin DAP Ronnie Liu memuat naik satu kenyataan mengenai keadaan di Thailand yang mengadakan demontrasi terhadap rajanya seolah olah menghasut rakyat Malaysia untuk turut berbuat demikian kemudian...
Ronnie Liu Ditahan Atas Hantaran Fb Menghasut

Ronnie Liu Ditahan Atas Hantaran Fb Menghasut

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 320 hits
Adun Sungai Pelek Ronnie Liu didakwa telah ditahan polis ekoran hantaran Facebook berkenaan protes terhadap Raja Maha Vajiralongkorn di Thailand yang dianggap bersifat menghasut terhadap Yang di Pertuan Agong Peguamnya Jadavish Chandra mend...
Kuasa Agong Antara Prerogatif Dan Nasihat

Kuasa Agong Antara Prerogatif Dan Nasihat

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR Mutakhir ini Perkara 40 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menjadi topik perdebatan hangat selepas Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menolak permohonan Perdana Menteri Tan Sri Mu...
Soal Nama Dan Bilangan Sokongan Mp Antara Saya Dan Agong Anwar

Soal Nama Dan Bilangan Sokongan Mp Antara Saya Dan Agong Anwar

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 221 hits
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan beberapa pihak yang menggesanya supaya mendedahkan bilangan dan nama ahli parlimen yang menyokong beliau sebagai perdana menteri merupakan satu tekanan politik semata mata Mala...
Muat Naik Hantaran Hina Agong Polis Siasat Pemilik Facebook Guna Nama Ho Ruey Terng

Muat Naik Hantaran Hina Agong Polis Siasat Pemilik Facebook Guna Nama Ho Ruey Terng

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Polis menyiasat pemilik akaun Facebook Ho Ruey Terng selepas didapati memuat naik hantaran serta gambar menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Je...
Ronnie Liu Bebas Dengan Jaminan Polis

Ronnie Liu Bebas Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 320 hits
Oleh MASZUREEN HADZMAN KUALA LUMPUR Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung hantaran status di media sosialnya yang mempunyai kecenderungan menghasut terhadap Yang di...
Peguam Pelik Enam Kes Disiasat Serentak Terhadap Anwar

Peguam Pelik Enam Kes Disiasat Serentak Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 276 hits
Kebiasaannya siasatan tidak dijalankan secara tergesa gesa sebaliknya melibatkan tempoh masa tertentu Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim Ramkarpal Singh meluahkan rasa pelik terhadap enam kertas siasatan membabitkan Ketua Pembangkang itu Menur...
Polis Siasat Akaun Fb Hina Agong

Polis Siasat Akaun Fb Hina Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 480 hits
M Update 26 10 2020 Polis membuka kertas siasatan berhubung kenyataan dimuat naik seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ho Ruey Terng yang berunsur penghinaan dan hasutan terhadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin A...
Hina Agong Sebagai Diktator Satu Provokatif Jahat

Hina Agong Sebagai Diktator Satu Provokatif Jahat

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 238 hits
BANGI 9 Rabiulawal 1442H Isnin Tindakan pemilik akaun Facebook dengan menggunakan nama Ho Ruey Terng menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebagai diktator disifatkan melampaui batas Perbuatan...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti