Kualiti Udara Sri Aman Kembali Tahap Berbahaya




KUALA LUMPUR, 19 Sept — Kelihatan orang awam yang masih tidak memakai penutup mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga ekoran jerebu ketika tinjauan di sekitar ibu kota hari ini.Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my menunjukkan bacaan 150 API iaitu pada paras sangat tidak sihat ketika gambar ini dirakam pada jam 5 petang.– KUALA LUMPUR 20 Sept. – Kawasan Sri Aman di Sarawak kembali merekodkan kualiti udara berbahaya apabila mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 362 setakat 7 pagi ini.
Sri Aman yang terletak berhampiran wilayah Kalimantan di Indonesia yang kini mengalami kebakaran hutan dan menyebabkan jerebu merentas sempadan, memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan berhampiran bahagian barat Sarawak dan sekitar kawasan Tawau dan Sandakan, Sabah.
Empat lagi kawasan di negeri itu iaitu Sibu (204), Sarikei (235), Samarahan (218) dan Kuching (250) pula kekal di tahap sangat tidak sihat.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc) Yeo Bee Yin semalam berkata, satu lagi operasi pembenihan awan akan diadakan di Sarawak hari ini bagi membantu menurunkan indeks pencemaran udara di negeri itu.
Kebakaran hutan yang turut berlaku di Sumatera pula menyebabkan kualiti udara di kawasan di sepanjang pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia turut terjejas.
Sebanyak 23 kawasan merekodkan bacaan tidak sihat di seluruh negara dengan IPU melebihi 101 iaitu di Minden (111) dan Balik Pulau (108) di Pulau Pinang; Tasek Ipoh (161) dan Pegoh Ipoh di Perak (119), dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Batu Muda (164) dan Cheras (155) serta Putrajaya (137).
Turut mencatat bacaan tidak sihat ialah enam kawasan di Selangor iaitu Kuala Selangor (111), Petaling Jaya (154), Shah Alam (143), Klang (121), Banting (116) dan Johan Setia Klang (156); dan tiga kawasan di Negeri Sembilan iaitu Nilai (135), Seremban (116) dan Port Dickson (115).
Selain itu, satu stesen di Johor iaitu di Segamat (105), dua stesen di Terengganu iaitu Kuala Terengganu (109) dan Besut (104) serta empat kawasan di Sarawak iaitu Miri (104), Samalaju (103), Bintulu (116) dan Mukah (167) turut merekodkan bacaan tidak sihat
Sementara itu, 40 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatatkan IPU sederhana.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. – BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/20/kualiti-udara-sri-aman-kembali-tahap-berbahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesawat Bombadier Berlegar Di Ruang Udara Sri Aman Operasi Padam Kebakaran Hutan Terpaksa Ditangguhkan

Pesawat Bombadier Berlegar Di Ruang Udara Sri Aman Operasi Padam Kebakaran Hutan Terpaksa Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 305 hits
Operasi memadam kebakaran hutan dan tanah gambut yang dijadualkan pada hari ini terpaksa ditangguhkan ekoran terdapat beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan Pesawat Bombadier CL 415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tidak d...
Enjin Pesawat Airasia Terbakar Di Udara Juruterbang Berjaya Bawa Pesawat Kembali Ke Landasan

Enjin Pesawat Airasia Terbakar Di Udara Juruterbang Berjaya Bawa Pesawat Kembali Ke Landasan

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 272 hits
Penerbangan AirAsia dari Maldives ke Bangkok terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas selepas pesawat itu dilaporkan mengalami kebakaran di bahagian enjin Menurut juruterbang pesawat FD178 yang dikendalikannya itu selamat membua...
Last Forest Fire In Sri Aman Put Out

Last Forest Fire In Sri Aman Put Out

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 262 hits
Fire fighters putting out the embers at the last section of the forest fire at Kejatau Lingga forest in Sri Aman yesterday KUCHING The last forest fire in Sri Aman was finally extinguished at the Kejatau Lingga forest after ten days of rele...
Kualitas Udara Berbahaya Anak Sekolah Di Jambi Diliburkan

Kualitas Udara Berbahaya Anak Sekolah Di Jambi Diliburkan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 202 hits
Berdasarkan data Air Quality Monitoring System Dinas Lingkungan Hidup Daerah Kota Jambi Provinsi Jambi pengukuran konsentrasi partikulat PM 2 5 menunjukkan kualitas udara di daerah itu kategori berbahaya Pemkot Jambi memutuskan untuk melibu...
Berbahaya Kepada Kanak Kanak Ini Terjadi Di Dalam Badan Setiap Kali Udara Tercemar Dihirup

Berbahaya Kepada Kanak Kanak Ini Terjadi Di Dalam Badan Setiap Kali Udara Tercemar Dihirup

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 301 hits
Jerebu yang tebal merupakan salah satu tanda jelas pencemaran disebabkan zarah kotor di dalam udara yang boleh menjejaskan kesihatan Zarah halus asap dari udara tercemar atau dikenali sebagai PM 2 5 adalah 25 kali lebih kecil dari diameter ...
Bmkg Kualitas Udara Di Palembang Masuk Level Berbahaya

Bmkg Kualitas Udara Di Palembang Masuk Level Berbahaya

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 215 hits
Asap yang masuk ke Kota Palembang masih didominasi kiriman dari wilayah SP Padang Banyu Asin I Pampangan Pedamaran Tulung Selapan Cengal Pematang Panggang Air Sugihan Pedamaran dan Mesuji
Pesawat Bombardier Cl 415 Apmm Berjaya Padam Kebakaran Di Sri Aman

Pesawat Bombardier Cl 415 Apmm Berjaya Padam Kebakaran Di Sri Aman

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 382 hits
KUCHING 22 Sept Operasi yang memasuki hari ketujuh pemadaman kebakaran hutan dan tanah gambut di Sri Aman akhirnya berjaya menggunakan kaedah water bombing menerusi pesawat Bombardier CL 415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sebe...
Air Quality In Sarawak S Sri Aman Hits Hazardous Level Of 362

Air Quality In Sarawak S Sri Aman Hits Hazardous Level Of 362

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 362 hits
KUALA LUMPUR Air quality in Sri Aman Sarawak has reached the hazardous level again Friday morning with the Air Pollutant Index reading soaring to 362 as of 7am compared to 210 recorded at 5pm yesterday Sri Aman located near the Kalimantan r...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

How To Find Undervalued Domains

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel