Kuala Lumpur Kota Yang Punya Pelbagai Tarikan Untuk Kita SemuaAntara tempat yang wajar dilawati mestilah Menara Kuala Lumpur yang cukup dikenali untuk melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur, melihat pemandangan indah di ruang terbuka Sky Deck, berani mencuba bergambar di Sky Box yang buat kecut perut seketika, Zoo Mini yang menempatkan haiwan kecil dari seluruh dunia antaranya meerkat, rakun dan rubah telinga kelawar, yang pasti buat kita dan anak-anak teruja dengan kecomelan haiwan-haiwan di sini. Tak perlu pergi jauh hingga ke Hawkins, Indiana untuk melawat Upside Down atau Rumah Terbalik di pintu masuk ke Menara KL. Walau tak sama tapi kita akan merasa seperti Alice in Wonderland kerana dapat mengembara melalui pondok Inggeris dua tingkat yang menawan, yang telah dibina terbalik dengan sepenuhnya. Dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari, pelawat tentu seronok bergambar dan mengambil gambar dalam pelbagai adegan aneh serta pastikan ke Taman KL Forest Eco, hutan simpan paling lama di negara ini berkeluasaan 9.3 ekar dengan Canopy Walk pada ketinggian 200 meter, Teater XD, Zon Simulasi F1 dan menjamu selera di Atmosphere 360, tempat makan berputar yang pasti membuat pengunjung teruja
Kuala Lumpur Kota Yang Punya Pelbagai Tarikan Untuk Kita Semua
Kuala Lumpur Kota Yang Punya Pelbagai Tarikan Untuk Kita Semua
Kuala Lumpur Kota Yang Punya Pelbagai Tarikan Untuk Kita SemuaAlang-alang dah jejak kaki ke Kuala Lumpur, jangan ketinggalan singgah ke River of Life @ Tasik Biru antara tarikan baru di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Lokasi yang cukup strategik terletak di sekitar Masjid Jamek dan lebih tepat dipertembungan sungai diantara Sungai Klang dan Sungai Gombak. Terdapat satu waterfront yang ada air pancut berirama dan terdapat 6 buah irama berdasarkan etnik yang akan berkumandang bermula dari jam 9.15 malam dan berakhir pada 11 malam. Jadi inilah waktu untuk kita melawat dan menyaksikan dan menikmati keindahan River of Life @ Kolam Biru yang nampak membiru dengan irama dan percikan air yang memercik halus dan menghasilkan pemandangan seakan berkabus. Lebih menarik lagi apabila pemandangan indah ini dikelilingi pelbagai bangunan lama dan bersejarah ditambah dengan cahaya lampu yang menyinari. Jadi jangan lepaskan peluang kalau berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni untuk alami sendiri dan menyaksikan sendiri tarikan yang pasti membuat kita teruja dan terbuai leka dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada setiap pengunjung|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |