Cawangan Kelima Rsmy Best Cheese Naan Di Capsquare Kuala Lumpur
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yes sekarang ni kalau korang rasa cawangan RSMY Best Cheese Naan kat semua tempat penuh dan selalu sahaja sesak apa kata korang pergi jer kat cawangan baru mereka di Capsquare. Maha tahu ramai yang dah kemaruk dengan Cheese Naan mereka yang telah viral tu kan.
Sehinggakan sampai tengah malam pun orang duk sibuk mencari Cheese Naan mereka sehingga sanggup bebaris panjang untuk nikmati semua ini. Maha sendiri pun tengok bukan main ramai gilerr orang kat semua cawangan. Sebelum ini ada empat cawangan lain iaitu kat Masjid India, Medan Tuanku, Danau Kota, Kajang dan yang terbaru ini kat Capsquare berada betul-betul di tengah KL.
Masa Maha pergi makan kat sini singboard restoran pun tak ada lagi baru sahaja buka cawangan ni. Kalau korang yang berkerja area Jalan Raja Abdullah, Dang Wangi dan berhampirannya boleh lah datang sini. Korang boleh lihat bangunan Wisma TKT, yes restoran ni berada betul-betul ditengah-tengah antara bangunan tersebut dan bangunan Residence Capsquare. Mungkin agak terseorok sikit restoran ini tapi tempat ini lebih selesa dan luas.
Macam biasa tak perlu kot nak perkenalkan makanan yang ada kat restoran RSMY ini memang cukup terkenal dengan dua jenis signature dish mereka iaitu Cheese Naan dan juga Nasi Beriani Bukhari. Tapi yang istimewa hanya dicawangan baru ini mereka memperkenalkan kepada korang iaitu Beef Pepperoni Cheese Naan. Dalam naan tu bukan sahaja ada limpahan dan cheese yang cair juga ada potongan pepperoni yang menambah rasa daging dalam tu.
Yummm memang sedap kalau makan cheesse naan ni diwaktu masih panas kerana korang boleh tarik dan lihat lelehan cheesenya Ya Allah memang sedap. Pulak tu digandingkan dengan kuah special mereka iaitu Dhall Fry yang ada rasa pedas-pedas dalam tu. Betul lah korang yang dah pergi ceritakan memang terbaik dan meletop menu mereka ni. Maha baru pertama kali dapat pergi kat cawangan baru ini dapat juga nikmati cheese naan mereka yang selalu menjadi sebutan ramai.
Satu lagi cawangan ini sahaja mereka memperkenalkan set baru cheese naan. Dimana cheese naan ada datang dengan empat set promosi iaitu :-
Set A : Cheese Naan + Dhall Fry + Teh O AisSet B : Cheese Naan + Dhall Fry + Sirap AisSet C : Cheese Naan + Kari Kosong + Teh O AisSet D : Cheese Naan + Kari Kosong + Sirap Ais
Semua set ini sekarang hanya dengan harga promosi iaitu RM8.00 sahaja ok. Kalau korang nak tambah Chicken Tandori macam Maha makan ni kena harga lain lah tambah lagi RM10.00. Tapi memang berbaloilah.
Selain dari tu, kat sini mereka ada memperkenalkan makanan nasi campur untuk makan waktu tengah hari sahaja dari pukul 11.00pagi hingga 6.00petang. Kalau korang makan lunch lewat pukul 4.00petang hingga 6.00petang mereka akan bagi potongan harga 50%. Ini semua ada kat cawangan baru ini sahaja tau tempat lain tak ada ok. Ini bagi meraikan cawangan ini yang baru sahaja buka bulan November yang lalu.
Cawangan baru ini beroperasi setiap hari dari pukul 11.00pagi hingga 12.00malam ok. Kat sini mereka ada dua area iaitu kalau korang yang nak makan outdoor ada dan juga indoor ada yang berhawa dingin. Malam pun kat sini meriah tau memang korang akan dapat rasa yang sama tak ada beza dengan tempat lain. So boleh lah masukkan cawangan RSMY Best Cheese Naan Capsquare ni dalam list tempat makan korang ok. Maha dan cuba memang terbaik. Selamat menjamu selera
Promosi dan juga info lanjut layari :Facebook : https://www.facebook.com/rsmycsAlamat : No 2/4 Tingkat Bawah Wisma TKT, Persiaran CAPSQUARE, Off JLN Dang Wangi 50100 Kuala Lumpur.Tel : 012-231 2192
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2018/12/cawangan-kelima-rsmy-best-cheese-naan-capsquare.html